Instagram

Thursday, November 10, 2011

Liburan

Salam Eidul Adha :D

Cerita tentang cuti mid-sem yg seminggu ini memang best. Macam-macam benda jadik dalam masa seminggu [cuma].


#1 - Encik Ah Sai Meng

Memikirkan Encik Ah Sai Meng, hatiku mulai gundah gulana.

Seperti digulai2 isi perut ini memikirkan urusan lahiriahku dengan Encik Ah Sai Meng yg belum selesai.

Pelbagai lagi perlu dipikirkan, perlu dilaksanakan.

Sementelah cuti yg seminggu ini juga tidak kecukupan hatta sesaat pun, hatiku sentiasa mengingati Encik Ah Sai Meng.

Cintaku padanya yg barusan berputik, ibarat debunga yg berterbangan diterbangkan oleh angin-angin movie, bowling dan sebagainya lagi hal-hal yg melaghakan liburan kali ini.

Akhirnya, seketul demi seketul urusanku dengan Encik Ah Sai Meng kuselesaikan dengan hati hampir menyumpah apabila tiba-tiba internet diterminate.

Andai aku terminator 3, sudahku terminate segala jadah internet di Malaysia ini.

Mujur aku hanya seorang budak kecik.





#2 - Piknik di Tekala

Ketiadaan air di Kajang menyeru ahli keluarga aku untuk keluar mencari sumber air sampai ke Langat.

Berbekalkan makanan raya semalamnya yakni ketupat palas, rendang ayam kampung, kuah lodeh dan nasi impit serta air minuman, kami berangkat ke Hutan Lipur Sg. Tekala untuk mandi.

Semata-mata.

Ha memang tak mandi kan.

So kenalah pergi mandi sungai :D SERONOK SANGAT.

3 jam berendam sampai kecut segala.

Sekembalinya dari Tekala, kami menerobos rumah kaklong dulu kat Nilai sambil menghirup udara malam yg segar disertai dgn karaoke sedas dua.

Selesai melalak, tepat 10 malam kami berangkat pulang ke Kajang dengan harapan telah adanya air.

Dan ya, air dah ada.

Rasa kecewa pula.

Kalau berterusan takda air, boleh hari-hari mandi sungai kan!! :D



---memang kajang ng langat tu macam hostel aku dengan fakulti pun..memang---





#3 - Hang out

Budak kecik ini yg temannya sedunia.

Cuti seminggu manakan cukup untuk bertemu dgn semua teman-teman setamanpermainan, teman-teman sematrikulasian waima teman-teman sepergaduhan sekalipun.

Lantas di kerabuan itu, aku bertemu jua dengan teman sesekolahrendahan aku dahulu yakni Iffah, Amalina, Alia, Ain, dan Daus.

Janjinya 10 di bowling.

Tapi aku, budak kecik yg perlukan orang dewasa untuk menghantarnya ke MP, tiba 10.30 am dan sempat ditabuh sedas dua oleh rakan-rakan lain.

Berbolingan cuma ibarat syarat perjumpaan, hakikatnya ngobrolan yg tiada penghujung lagi2 apabila segala cerita cinta monyet zaman pony tail seketul demi seketul diselak lembarannya.

Terubat rindu zaman kekanak dahulu.

Serasa ingin berpatah balik, namun bila memikirkan kepayahan untuk menjadi dewasa untuk kedua kalinya, lantas aku Alhamdulillah kerana umur masih dipanjangkan sehingga kini.




#4 - Homeworks

Hampir 5 hari di rumah, hampir juga terlupa bahawa aku ialah mahasiswi USIM.

Dalam pikiranku, aku masih lepasan matrik yg masih menunggu untuk dipanggil.

Kerana rutin 5 bulan dahulu masih sama dengan rutin 5 hari cuti kali ini.

Bezanya tiada Eiyzran yg selalu gigit pipi ini untuk diajak kendong.

Tiada Eiyzran yg selalu diminta kendong bila perutnya lapar.

Tiada Eiyzran yg mencampak2 lorinya tatkala siaran BabyTV ditukar kepada CSI MIAMI.

Rindu saat itu.

Rutin yg seperti biasa ini juga buat aku kepikiran bahawa tidak wujud 13 November 2011 =.="



"Eehh ciwek gila macam adik aku!" kata-kata rumetku yg Jawa tidak kupahami. Namun segan hati ini untuk bertanya.


3 hari lagi, selamat tinggal Kajang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...