Instagram

Wednesday, November 2, 2011

Syukran 'ala Mahabbatik Ya Rabb!

Ada rasa tersentuh di situ.

Bukan kerana perasan.

Sedikit pun tidak.

Malah bersyukur andai mereka menemui mereka yg lainnya dalam ikatan cinta Allah, insyaAllah.

Andai bukan aku, lebih baik mereka.

Mereka yg terpilih untuk menjadi teman mereka.

Alhamdulillah andai aku dapat melihat mereka bahagia dengan mereka yg dipilih mereka.

Terima kasih kerana mereka pernah datang dan menyentuh hati ini.

Walaupun sebentar, kesannya berpanjangan.

Terima kasih juga kerana sempat membantu.

Membantu untuk menjadikan diri ini lebih kuat, hati ini lebih tabah dan jiwa ini lebih tenang.

Terima kasih kerana selalu menjaga dan mengingatkan.

Mengingatkan supaya diri ini selalu sihat, terjaga makan, terjaga iman, insyaAllah.

Terima kasih kerana datang dan terima kasih andai pergi itu adalah penyelesaian.

Walaupun yg memulakan ialah diri ini sendiri.

Terima kasih kerana memberi peluang pada diri ini untuk menemukan pengakhiran.

Selebihnya hanya pada Allah SWT.

Semoga Allah merahmati mereka dan keluarga mereka dan mereka yg lainnya.


"Ya Allah, kurniakan mereka jodoh yg soleh solehah. Satukan hati mereka dalam ma'rifahMu. Pupuk cinta antara mereka tidak lain hanya kerana Mu. Bahagiakan mereka. Mereka sahabatku yg terbaik, berikanlah mereka imbalan atas kebaikan mereka terhadapku. Amiin Ya Rabb."





"Ya Allah,
andai tabah jadi milikku,
tabahkanlah juga hatinya,
andai ikhlas bertakhta di hatiku,
ikhlaskanlah juga dirinya,
... lindungi kami,
sayangi kami dengan cinta-Mu yang agung,
kekalkan kami dalam jalan reda-Mu..."

-Wednesday, November 2, 2011 at 4.53am


-kabulkan doa mereka Ya Allah.. Amiin...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...