Instagram

Saturday, December 31, 2011

Cinta vs Kahwin.

Terima kasih kepada EyQa Ariffin, masuk USIM ni aku dah pandai gatal nak kahwin pulak.*sambil berdoa ma tak baca entry ni*



Semalam nawaitu aku ialah untuk belajar ekonomi bersama sahabat-sahabat lain in order to habiskan chapter yang tak berapa nak berjaya cover lagi. Maka setelah pulang dari menghabiskan duit di Tesco, selesai maghrib aku ke bilik Syima Hambali untuk sembang kosong sebelum memulakan revision.

Namun yang demikian, sembang kosong itu bertukar menjadi sembang berisi apabila topik perbincangan ialah tentang kahwin. OHMAIII. *aku kecik lagi!*


Dihadiri Hanisah Shafiee sebagai panel pertama, aku sebagai panel kedua dan Syima Hambali sebagai panel ketiga juga sebagai pengacara majlis. Kemain galak bersembang pasal kahwin, datang pula Zamilah Safia'ai bagi memeriahkan majlis. OHMAIII dan majlis bertambah meriah apabila mek milah berkata,"Korang ni dah jatuh hukum wajib kahwin dah ni."


Majlis masih berada dalam keadaan ilmiah kerana TIDAK DIHADIRI oleh EyQa Ariffin. Kalau minah ni ada, majlis akan jadi huru-hara kerana beliau masih belum habis meroyan. Mungkin. HAHAH.





Berkata tentang kahwin sedikit sebanyak mengembalikan ingatanku pada seorang doktor. Bagaimana jari menari dengan begitu pantas sedikit pun tidak mengikut arahan otak dan saraf-saraf atau apa sahaja yang membawa data dari pangkalan data di otak menuju ke jari jemari atas nama penaipan. Kerana kelemahan dan ya, kekurangan diri yang tidak mampu menyimpan walau sekelumit rahasia, akhirnya terluah juga sesuatu yang dikira 'bangang'. Maaf, itu adalah istilah untuk diri sendiri yang selalunya memang akan menyesal selepas melakukan sesuatu yang boleh tahan kurang pandai.




OHHH adakah aku sedang bercerita? OKAY. Namun begitu, terima kasih kepada idea kurang bijak yang telah terluah itu, aku kini melepaskan sesuatu yg aku sayang untuk mencari sesuatu yang lebih berhak utk disayangi dan dicintai. Cinta Allah dan Cinta Rasul. Juga Mardhatillah. Aku ingin merasakan cinta itu :D
*Tuhan beri aku cinta...untuk temaniku dalam sepi...weeee--------*



Dan ya, aku masih dalam keadaan berharap. Harapan agar suatu hari nanti dipertemukan semula hati ini dan hati itu dalam cinta Ilahi. AMIIINNNN :D



Ha, kan aku dah kata. Kerana EyQa Ariffin, kini aku tahu, apa itu kahwin. CIS.



***Lantas teringat kalimah2 kuasa veto dari ma tahun lepas.

"Ma, bila ika boleh ada pakwe?"
"Tahun terakhir ika kat universiti."



tsk tsk tsk :'(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...