Instagram

Monday, December 26, 2011

Kisah Study Weak

Cuti study week ni aku manfaatkan untuk balik Penang. HAHAH.
Okay aku memang suka gelak lepas buat benda useless.


Cuti cuma 7 hari dan 3 hari pertama aku menyidaikan diri di Penang di samping menghadiri kenduri kahwin sepupu aku. HOKAY. Sepupu aku semua dah kahwin dah. Aku je tak kahwin lagi. Cis. *kalau ma baca ni jenuh aku kena lecture sampai esok*

ERK.

Ketika semua anak-anak dengan gaya hebat kalut nak tengok pengantin, aku pula dengan gaya hebat cuba menyiapkan muqalah arab 5 perenggan sambil skype. Nampak macam hebat kan? Dan ketika itu jugalah ma kalut panggil aku dengan si Intan nak kenalkan kitorang kat sedara-mara yg ada. Almaklumlah aku ni khususnya memang selalu balik Penang pun kan. Sedara-mara pun ada yang tak kenal. Ada yang aku tak kenal, dorang kenal aku. Ada yang aku kenal, dorang tak kenal aku. Ada jugak yang saling tak mengenali, tetiba je,"ohhh kita sedara kaa???"


See? Cuba kalau aku tak balik Penang? Mesti tak tau yang kaum kerabat ma aku ni lagi ramai dari yang sepatutnya ramai. HAHAH. Ada manfaat jugak study week aku ni. *ohmaiii muqalah tak siap lagi*


OKAY tu intro je. Pokoknya aku nak cerita pasal minggu terakhir before study week hari tu. Macam-macam benda alah kena setel kan. Termasuklah munazhoroh arab, presentation article BI, fakrah arab dan sebagainya.


Bermula dengan munazhoroh arab pada hari Isnin. Seronok tak terkata kan nak debat dalam Bahasa Arab. Lidah tak dan lentur lagi nak kena berdebat pulak. Gembira sangat. =.="
Tapi alhamdulillah, berkat persediaan yang agak last minute yakni 2 hari sebelum munazhoroh, akhirnya aku agak bersedia. Tapi almaklumlah nevesbrekdaon aku ni memang high level. Jenuh terketaq time nak berdebat. Tapi syok + alhamdulillah, dapat jugak meletakkan diri dalam kalangan pendebat terbaik bersama 9 orang yg lain kot.


Tapi, sahabat aku si Syima Hambali paling impressive, debat ala parlimen memang menjadi-jadi :D Comel sangat Syima debat dengan tangan2 sekali dah macam Karam Singh Walia.


Seterusnya, presentation article BI. Group aku buat tajuk "HACKER: Causes and Effects to the Internet Users." Meskipun sedikit pergolakan dan rusuhan berlaku namun segalanya berjalan lancar sehinggalah tamatnya presentation. Sekalung terima kasih dan penghargaan kepada Fakhri Idris dan Asri Wahid atas sumbangan mereka dalam menjayakan gimmick untuk presentation group aku yang terdiri daripada aku sendiri, EyQa Ariffin, Murn dan roy. Alhamdulillah, presentation kitorang berjaya buat Mdm Jamaliah Chamili sedikit impress. Terus dapat markah best :D Bahagia. Komen-komen membina dari madam untuk group kitorang sedikit sebanyak mengembangkan hidung kami berempat. HAHAH. Comel kan?


Esoknya kena hantar fakrah arab. Fakratainnn. Faqoth! =..="
Dan aku dah hantar semalamnya, ustazah pulangkan balik fakrah tu sebab hebat sangat bahasa. Guna bahasa arab moden tahun 2020 mungkin. HAHAH. Memang best ayat ustazah,"Saya baca kamu punya ayat ni, saya nak tergelak la. Cuba kamu baca, kamu ada rasa nak gelak tak?" Dan aku gelak =..="


Seterusnya pulak, kena buat muqalah pasal komputer. Dengan pantas aku mewikipedia lalu memplagiarisme beberapa perkataan dengan niat kerana Allah Taala.

Namun, aku tidak hebat enough untuk menyiapkan dalam sekelip dua biji mata. Tidak. Ku harungi liku-liku muqalah di Penang, sedang makcik2 dan pakcik rewang, tidak lupa abang2 dan kakak2 kerja bawah khemah sedang bertungkus lumus merewang bersama ketika kenduri sepupu aku. Rasa sebal tatkala line internet seperti siput tabiatnya. Namun kugagahi hingga ke perkataan yang terakhir. Siap sudah, tinggal untuk ditranslate ke bahasa arab. Kerana budak kecik yg bijak ini, dengan bijaknya tak bawak mu'jam seketul pun. Nak harapkan google translate? HARAPAN. Jenuh aku kena taboh ng Ustazah.


Rakus boleh tahan setelah pulang ke USIM malamnya kelas jam 8 tapi aku masuk jam 9.34. Nampak macam hebat tapi malu boleh tahan bila madam berkata,"Ni dah pukul berapa baru masuk ni?" dan terus meneruskan pembelajaran. Siap tanya,"Where's my attendants? Bergerak ke tak tu? Zalikha, have you signed the attendants? Pass back to me." See? Madam memang sayang aku :D HAHAHAH okay kadang-kadang kena bertindak PERASAN so that takde lah sentap sangat bila kena marah. KAN?


Done with those assignments yang boleh tahan memeningkan, study week yang dah bermula, sedikit sebanyak menenangkan jiwa. Boleh study dengan bahagia lepas ni tanpa memikirkan apa2 esaimen.


Quite boring this week, but then it's better than before. Too busy with esaimens sampai tak belajar sepatah haram. This week, nawaitu aku untuk belajar dengan gilang gemilang.


BUT, how am I gonna study smart as well as hard when.............................



--Open my reference book, at the same time watching Secret Garden--
--Open my reference book, while listening to Korean songs--
--Open my reference book, while staring things out side the window--
--Open my reference book, while day dreaming--
--Open my reference book, while suddenly someone is calling me--
--Open my reference book, while thinking about exam--

Then, how?!! So much barriers to study.


Rasa terpukul jugak bila dorang kata,"Ika, rajinnya kau buat nota! Dari semalam sampai petang ni, DAH BAB 2 DAH????"

-The actual meaning is,"Ika, apa masalah kau ni mengadap benda ni dari semalam tapi baru sampai bab 2???"


OUCHHHHH =..="

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...