Instagram

Monday, December 12, 2011

Mereka Taksub, aku Takjub.

Kat sini aku pernah cerita dulu tentang bahasa jiwa facebook. Bahasa yang sangat improper for kids yang menggunakan internet. *maaf kadang-kadang memang terpaksa merojak sebab kurangnya vocabulary dalam pelbagai bahasa*

Dan pada hari ini, aku baru jumpa cerita yang tengah hot *atau mungkin dah sejuk sikit* dekat blog. Cerita adik Amira Afiqah yang diganggu privasinya. Sabar ye dik. Ada pihak tidak berkepala otak telah mencipta satu laman blog menggunakan gambar dan nama adik kita ni, dan ia*refer kepada pihak tidak berkepala otak* telah mengepos entry2 berbaur kebencian yang nyata terhadap KPop. Erk? Okay KPop salah atau tidak, jangan tanya aku. Aku meminati KPop, mujur tidak taksub seperti mereka-mereka ini.

Ceritanya sekarang, macam mana dengan bebas dan bergayanya, pihak tidak berkepala otak sangat mudah untuk memanipulasi kita. KAN? Itu satu hal, satu hal lagi, bahasa budak-budak zaman sekarang ni.

Bahasa kemain cantik lagi. Tah dari mana dorang belajar pun tak tahulah. Bahasa kalah orang dewasa. Malah lebih teruk. Teramat teruk. Saing-saing adik aku je umur dorang ni. Kalau adik-adik aku ni, dah lama lunyai aku kerjakan. Mak pak antaq pi mengaji tinggi-tinggi, dia duk kalut mencarut sana-sini. Aku cili mulut tu satgi tau la.

OKAY tiba-tiba rasa marah pula. Wahai adik-adikku yang rata-rata mereka adalah Melayu, Islam pula tu. Jom kita muhasabah balik naa, adik-adik kak yang dikasihi, adik-adik dapat apa kalau duk agungkan apek-apek Kpop tu? Ha? Adik dapat apa? Tengok apek Kpop tu peluk peminat warga cina di KL hari tu, yang Melayu dok meleleh ayaq liyoq kat bawah stage, dapat apa cek ooiii?? Rugi.

Kak bukan nak kata apa la kan, kak pun minat Kpop jugak. Kak layan juga SHINee, kak hafal lagu-lagu SS501, kak layan juga You're Beautiful, kak layan juga Secret Garden. Tapi takda la taksub macam hangpa. Depa tu public figure, kot la hangpa nak jadi macam depa sekalipun, ikutlah adat. Kita ni Melayu cek oii, kulit coklat-coklat, kaki pun pendek. Toksah duk berangan la nak saing depa. Kita guna pendekatan lain naa.

Cuba adik-adik kak yang dikasihi sekalian, jadikan diri adik-adik sebagai public figure melalui kecemerlangan dalam pelajaran. *tu dia ayat, hebat kemain*

Baru boleh banggakan mak pak kita. Dapat macam-macam anugerah, dapat macam-macam ilmu, boleh improve diri sendiri to be a better person. Manusia ni bersifat baru, sayangku. Sentiasa berubah. Tapi perubahan itu biarlah ke arah kebaikan. Bukan ke arah yang tidak diredhai Allah.

Peluang kita sebenarnya luas. Pilihan ada kat tangan kita. Sama ada kita nak atau tak nak. Sedia atau tidak. Yakin atau tidak.


Jadi, tak perlu kita nak menyusahkan orang lain, menakutkan orang lain, mengugut orang lain, demi mempertahankan sesuatu yang kita suka, minat, cinta ke hapa ke. Sebab semua tu tak kekal. Unless kau dah istikharah 18 kali, masih nampak apek KPop tu ialah jodoh kau, okay sila teruskan. Tapi tak payah la. Bersepah kot lelaki Melayu yang masih ada agama, harta, rupa dan latar belakang keturunan yang baik.

Jadi, jagalah bahasa, jaga perangai, jaga adat. Kau tau tak tok nek kita dulu ada kata,"Biar mati anak, jangan mati adat."

Ni sekarang ni kalau mak pak kita masih gunapakai kata-kata tok nek kita dulu, kak rasa korang semua dah takde dah kat dunia ni. Habis kena sumpah dengan tok nek. Nampak tak betapa pentingnya adat daripada anak?

But then, tak perlu ikut sangat kan? Dan kau pun, tak perlu taksub sangat kan? Sampai habiskan beratus nak pergi tengok konsert KPop. Aihhhh pembaziran gila kot. Beli tiket mahal-mahal bukannya ada ekon pun, bukan boleh nampak clear seketul-seketul jerawat apek KPop tu pun, bukan boleh salam peluk cium depa pun. Kalau hang jerit,"Oppa!! Saranghae yo!!!" pun hang ingat depa dengaq ka? puihhh..


*aku tak paham lagi macam mana depa-depa yg pi konsert tu punya la histeria bila si Leeteuk cakap "assalamualaikum". macam tak penah dengaq. pelik la aku.lagi pelik bila ada yang pengsan-pengsan*


Lantas aku terpikir, lau kana Rasulullah SAW bainana, andai Rasulullah SAW bersama kita, beginikah reaksi hangpa? Andai Rasulullah masih hidup sehingga sekarang, adakah kita akan begini? *sebak*

Ayuhlah adik-adik yang dikasihi sekalian, kembalilah kepada fitrah kejadian manusia yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kak nasihatkan, minat tu takpe. Tapi jangan sampai taksub, lupa diri, lupa agama.

Dalil yang biasa kita dengar, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri."

Jom berubah ke arah kebaikan. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang melakukan amal kebaikan :D


:)هذه التذكرة لنفسي ولأنفسكم


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...