Instagram

Saturday, January 7, 2012

BAJET BAGUS yang tak berapa bagus

Tahukah anda? 'Bajet bagus' merupakan pintu kepada riya, ujub, sum'ah dan takabbur. Biasanya orang yang bajet bagus ini merasakan dirinya serba bagus, penting, bijak hatta tidak memerlukan pandangan dan teguran orang lain.

1. Suka menunjuk - Riya'
2. Suka membesar diri - Takabbur
3. Suka dipuji - Sum'ah
4. Suka memuji diri - Ujub

Ya Allah, Engkaulah yang melorongkan kami kepada yang haq. Semoga kami tidak terlalai dengan bisikan syaitan. Ameen. -facebook sapa tah





Salam imtihan...

Last week merupakan week paling mengarut dalam hidup aku sepanjang aku bergelar mahasiswi USIM. Kenapa?

Online tanpa sempadan, buku baca aku, Secret Garden 20 episod selesai. Dan itu semua lebih mengarut apabila aku boleh pulak layan JK tanpa sebab. Dan semua pengarutan yang berlaku ini berpunca dari satu, STUDY WEEK.

Zaman matrik punya study week lebih mengarut, 7 hari cuti untuk belajar dan jumpa pensyarah, 4 hari 4 malam aku layan korea, tidur pukul 4, siang-siang sambung mengarut main game. 3 hari terakhir baru menggelabah beruk mencari mengejar lecturer. SEKIAN.

*pejadah aku mengarut*


Sebenarnya nak cerita pasal "bajet bagus" kan tadi? OKAY.



Sepanjang 19 tahun aku hidup, *ya,aku masih 19=..="*, aku berkawan dengan macam-macam jenis orang. Dan terima kasih kepada sekolah kebangsaan, aku berpeluang compete dengan non-muslim dalam segala hal. Dan mereka, maaf cakap ye orang-orang melayu sekalian, mereka (yakni non-muslim), sangat supportive, even pada aku sekalipun. Dan untuk mendengar mereka berkata,"Tu la kau, orang dah cakap dah yang ni salah, kau degil, tak percaya." ataupun, "Sapa suruh kau tak belajar semalam? Padan muka." hatta, "Aku kecewa jugak la dapat markah teruk macam ni, 98% mana cukup, kau tu 76% boleh relek je?" sekalipun, "Aku selalu jumpa cikgu, sebab tu aku pandai."


Aku tak tahu kalau orang lain, tapi kawan-kawan non-muslim aku tidak begini. Mereka cuma,"Ika, you've improved a lot. Keep it up. I'LL HELP YOU." serta,"Ika, I think you should teach me how to blablabla even my marks are higher because I think you just missed your luck this time." juga,"Ika, let's do the homework together, you can teach me this subtopic, and I'll help you in this subtopic."

*kalau dah duduk dalam komuniti besar bersama non-muslim,speaking tu harus biarpun hancur, itulah sebab aku boleh speaking even memang teruk, bukan sebab AKU SUKA BI LEBIH DARIPADA AKU SUKA ARAB.okay?*

Sementelahan, rakan-rakan melayu sebangsa seagama dengan aku, lain pula ceritanya. Cerita mereka. No, bukan semua, okay? Certain people yang rasa mereka bagus je buat begini.

"Okay sekarang aku tanya kau, kenapa bila kita dah kira......blablablablabla......jawapan dia akan jadi macam ni..?"

let's say korang jawab,"Oh, adakah kerana ia telah di..bblablabla...kan maka ia jadi begitu...?"

Dan golongan bajet bagus ini akan gelak seperti digeletek syaitan, lalu berkata,"Kau sure ke woi?"

Dan izinkan aku tanya kau, apa perasaan kau ketika digelaki seperti itu?

"$@#%#$ punya hantu."-ini kalau kau dalam keadaan desperate nak jawapan.
"Habis tu macam mana? Kau gelak pahal? Kau dah tahu en jawapan dia sebenarnya? GILA."-ini kalau kau dalam keadaan ingin memahami permasalahan tersebut.


See? Melayu. Aku bukan racist terhadap bangsa sendiri namun inilah kenyataan doe. Orang Melayu ni sinonim dah dengan kes-kes kurang asam macam ni. Tengok orang bodoh sikit mula la nak berlagak pandai. Padahal bodoh dia dengan pandai kau tu lebih kurang je wei.



Benda-benda ni bukan berlaku setakat dalam suasana belajar je, dalam segala jenis jadah suasana ada.

Ketika makan? -"Wei kuih ni aku baru belajar semalam, hari ni aku buat, dah sedap gila macam 10 tahun pengalaman. Hm, kuih apa je kau reti buat wei?"

*soalan2 macam ni kalau ada yg tanya aku, memang kena laser sampai hangus kuih kau tu*

Ketika riadah? -"Wei kau memang tak pernah main vball ea sebelum ni? Apahal teruk sangat? Tengok aku, steady je nak serve bola tu. Apa ah kau ni."


Ketika karaoke? -"Wei dengar ni aku nyanyi, kau tu, suara dengan bunyi kentut tak jauh beza. Hah, dengar ni."


Ketika ke pasar? -"Hei jah, kau ni tak reti beli sayur ke? Tengok aku ni ha, pilih sayur yang hijau-hijau semuanya, segar-segar belaka. Kesian la laki kau jah makan sayur pucat lesi."

*"#@%$%$, kalau dah sayur taugeh tu nak buat macam mana lagi??"-kata jah dalam hati.*


Dan kalau korang perasan, bermula dengan BAJET BAGUS, mereka akan proceed dengan KONDEM KAW-KAW seterusnya BANGGA RIAK TAKBUR lalu kau pun sentap.


Dan ini sangat kesian, okay.


Aku juga pernah menjadi mangsa mereka yang berpe'el begini. Pernah wei, aku cakap kau. Lagi-lagi aku ni ha, dah lah cengeng, kecik, innocent, jujur dan lurus, penakut, dan sebagainya.

Melihatkan kepada apa yang aku dapat selama ni, aku boleh cakap yg aku ni tidak lain hanya manusia yg tersangat lemah. OKAY? Tak cukup lemah ke kalau baru 3 hari tak jumpa ma dah nangis2 dalam toilet? =..="


Dan kerana kelemahan aku, sedikit kelebihan aku tertutup. Dahlah kelebihan aku terlalu sedikit, tertutup pula. Maka si dia makin ghairah meriaktakbur terhadapku. Sebagai pencinta bahasa Arab, dan masih belajar, dan masih lemah dalam nahu dan shorof, aku belajar bahasa Arab dengan sepenuh hati. Aku bukan seorang yg belajaq, dan dan tu dapat teruih masuk dalam kepala otak. Dah aihhhh!

Ceritanya, sahabatku seorang yg so-called ustaz2 gitu lohh. Pandai, cakap arab pungpangpungpang. Tapi kau nak suruh aku belajar dengan dia memang tak ah. Seram kot. Memang ada nawaitu jugak aku nak belajar dan mengenepikan rasa rendah diri serta benci dan dendam serta sentap. Tapi, kau pikir tengok, kau nak belajar macam mana kalau input hentam-kondem-riak tu ialah 90% berbanding 10% input nahu dan shorof? Aku tak mampu.

Dan biasalah, aku ni memang manusia yg diciptakan untuk kena gelak pun. Eja 'mustatir' pun tak betul. Oleh itu, sila gelakkan aku atas ketidakbetulejaan aku itu. *ni ayat sentap*

Dan aku tak nampak mana hebatnya si BAJET BAGUS kalau cakap pungpangpungpang tapi kerja tak buat. Eh selekeh la. Serius.

*eh mengapa marah-marah ni?sentap ke?haha*

OKAY itu je kot sedikit sebanyak perkongsian rohani kita pada hari ni. *puihhh perkongsian kata kau.*

Bukan untuk memalukan mana-mana pihak, kalau terasa elok juga, kita sama-sama perbaiki diri. Seperti apa yang aku sebut sebelum ini, tujuan aku blogging pada dasarnya untuk mengisi masa lapang, tapi ia berubah menjadi medium perbincangan isu-isu menarik sepanjang zaman. Dan, setiap entry aku yg bahasanya agak kasar, menusuk tertusuk, sentap tersentap, semua adalah untuk diri aku sendiri.

Nawaitu untuk berkongsi bermula setelah habis penaipan terakhir. Sepanjang menulis entry, semuanya adalah kutukan terhadap diri sendiri.


That's how I learn by mistakes. Did you see? I wrote MISTAKES, instead of MISTAKE as people do. MEANS, aku ngan korang sama je.


Ayuh tarbiyah lagi diri kita, kadang-kadang orang nampak jelas apa yg kita buat berbanding apa yg kita nampak sendiri dalam diri kita. Itu gunanya sahabat, membetulkan mana yg salah kena pada caranya :D OKAY?

SAYA SAYANG SAHABAT SAYA SE'MENYENTAPKAN' MANAPUN DIA. Itu kenyataan, jadi, jangan persoalkan. ATAU GELAKKAN.

*okay bila nak habis ni*

Untuk itu, selamat maju jaya dalam imtihan :D HAHAH.
Wassalam.



p/s:
sedikit nota kaki untuk my dear Farra,
[Farra, there are a lot of people that are used to underestimate me, but since 5 years ago up until now, you never did that. hihi]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...