Instagram

Sunday, January 1, 2012

ENTRY TAHUN BARU


Sebelum memulakan kata, ingin aku highlight kan di sini bahawasanya aku lupa tarikh semalam. Serius. Tengah malam di saat jiwa muda ini memberontak ingin melepaskan diri dari cengkaman TITAS dan HUBUNGAN ETNIK (yakni menengok drama korea), aku menyedari betapa aktif dan agresifnya umat-umat akhir zaman di FB mengupdate status Happy New Year lah Selamat Tahun Baru lah, yang paling tak boleh tahan ada yang tulis 'Awal Muharam Kristian'. Walaupun rasa nak lempang meluap-luap namun aku berjaya bersabar di tengah malam itu.


Sebagai seorang budak kecik yang kadang-kadang cuba berfikiran matang, aku merasakan tiada gunanya bergembira dengan kehadiran tahun baru atau tahun depan atau apa sahaja gelaran dan nama timangan yang diberikan. Hal ini demikian kerana, tidakkah anda sedar bahawa tibanya tahun baru itu adalah tanda bumi ini juga makin meningkat usianya. Bumi ini makin tua. Makin rosak. Umur kita juga makin bertambah. Dan bertambahnya umur kita petanda mati semakin menghampiri.

(aku terfikir new year's illegal baby tu salah satu cara menambah umat bila 2 ekor setan tersebut tahu maut menghampiri mereka. Dan itu adalah totally bodoh)

Aku pun tak paham kenapa mesti ada sambutan tahun baru. Kalau dulu, saat aku masih bayi (sekitar 7-12 tahun) setiap kali tahun baru mesti ayah bawak pergi lepak dataran Putrajaya, tengok bunga api, fotografi kat jambatan Putrajaya dsbgnya. Tapi, sekarang tidak lagi. Sebab ayah cuba menjaga akhlak anak-anaknya. Apa yang ada pada malam tahun baru? KONSERT? Apa kaitan lagu2 yang ada dalam konsert tu dengan tahun baru????? WEI SERIUS AKU TAK PAHAM. Apa lagi ada? Pertandingan2 karaoke? Jamuan? ERK. SUMPAH TAK PAHAM. Jamuan tu boleh consider lagi la kan, tapi, konsert? Aduh.

Dan yang penting, new year's illegal babies? Ha yang ni lagi la nak kena bakar. APA JENIS SAMBUTAN NI WEI? AKU TAK PAHAM. Kau pergi kawen je boleh tak? HA?

(ustaz kata teguran mestilah berhikmah dan tidak menimbulkan rasa tidak senang pihak yang ditegur)

Tapi dalam kes ni aku rasa ustaz2 dan ustazah2 jangan berkompromi. Dan jangan pulak salahkan didikan agama yang kurang atau didikan ibu bapa di rumah atau pengaruh rakan sebaya. Pokok pangkalnya hati. Yang lain tu cuma faktor. OKAY? Oleh itu, aku juga, sebagai manusia yang juga banyak dosa, dan cuba untuk memperbaiki diri, tidak mampu berlembut. MAAF.

Lagi, kisah yang apatah kejadahnya boleh timbul kat Malaysia ni. Negara Islam tapi. Duhhh...! Malam tahun baru buat parti seks. OKAY ini gila dan melampau. Aku tak mampu nak cakap panjang pasal ni, tapi benda-benda gila macam ni bukan boleh buat main. Kalaulah wujud nanti, sedialah terima bala Allah. Apa jenis bencana alam yang ada sekarang ni pun peringatan dari Allah. Lagi nak buat maksiat.

***MAAF bahasa memang begitu, kasar dan tajam. Benda-benda macam ni memang boleh tahan baran dibuatnya. SERTA, aku memang takda nawaitu nak cakap baik-baik sejak awal entry tadi.***

"awal muharram takde piker nak brubah. ni kalendar yg Pope Gregory cipta nak azam2 kenape -.-" -Dato' Jah aka Nur Amiza Zaila

So, ada akal kan? Fikir, tahun baru ke tahun lama ke, sama je. Yang bezanya preparation kita nak bertemu Allah nanti. Tak kisahlah nak cipta azam ke matlamat ke objektif ke, ha ciptalah sampai penuh buku nota. Ciptalah, cipta. Takde effect pun. Setiap hari memang kena ada azam baru, takkan nak tunggu tahun baru baru nak berubah? Sengal. Dah macam raya orang melayu, tunggu raya baru mintak ampun. Huh.

Pergi bukak surat khabar, tengok apa Irfan Khairi tulis. HAH dah jangan tanya aku sapa Irfan Khairi, aku tumbuk sorang-sorang kang.

TAMAT.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...