Instagram

Monday, January 9, 2012

Masih Ada Kesempatan

Salam buat sahabat,

Ketadian aku ditegur oleh seorang sahabat sekuliah, katanya, melihat pada aku secara luaran, sopan dan elok, budi juga baik, katanya. Nampak bijak dan sudah pasti ilmu banyak di dada. Pujian terlalu tinggi itu banyak maknanya. Diteruskan lagi dengan teguran, tak elok berbahasa kasar. Apatah lagi dengan dia, yg baru saja di add. Aiwehhh... Sedikit sentap, tapi maaf sahabat, anda bukan orang pertama. Dan aku bukan tak pernah ubah cara penulisan aku di FB.

Memang begitulah lumrahnya, luaran saja yg nampak, sudah mahu menghukum dalaman. Kan aku dah kata, APPEARANCE SHOWS NOTHING, EXPERIENCES ARE EVERYTHING. Makanya sahabat, tolonglah, jangan memandang tinggi terhadap pakaian luaran seseorang sebelum mengenali siapa dalaman dia. Boleh jadi cantik di luar, indah luaran, dalamannya sedikit kasar atau tidak disenangi. Boleh jadi juga huduh di luar, tapi dalamannya kemain indah.

Sungguh, aku menerima teguran itu dengan hati terbuka, dan terima kasih sebab sudi menegur. Sebab bukan semua orang punya kuasa untuk menegur. Dan kau sahabat, menegur aku sesaat selepas add di FB. Sesaat belum cukup sebenarnya untuk menghakimi seseorang. Tapi kau bertindak berani.

MAAF CAKAP, kerana kau bukan orang pertama, makanya itu semua sudah lali.

*dan sebenarnya kalau kau perasan, aku tak cakap dengan kau pun, aku cakap dengan kawan aku, yg pe'el nya lebih kurang aku, yg cakapnya tiada lampu merah juga seperti aku, dan maaf cakap, kadang-kadang itu perlu untuk mengelak diri ini dikatakan "dalam FB bukan main sopan, cakap depan macam jantan" dan itu lebih sakit*

Aku cuba bersifat seimbang dan tidak keterlaluan menurut aku, bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana dalam FB begitulah aku di luar. Sungguh aku bukan perempuan ayu, cakap berbisik tertunduk malu. Namun, aku bertindak mengikut keadaan, andai ramai syabab di suatu kawasan maka aku akan jadi perempuan ayu untuk menyelamatkan diri sendiri, andai tiada syabab di situ maka aku akan jadi siapa aku. Dan betul, syabab bersepah di FB tapi kalau tak sudi menerima hakikat diri ini, tolong pergi. Terima kasih teguran yg membina, doakan diri ini mampu menjadi wanita ayu cakap berbisik tertunduk malu, tapi BOLEHKAH AKU?

Macam aku cakap tadi lah kan wei *ceh mula dah*, AKU TAK MAMPU TUKAR 19 TAHUN PERANGAI AKU NI KEPADA MANUSIA LAIN DALAM SEKELIP DUA MATA. Maaf.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...