Instagram

Friday, January 6, 2012

Moral of The Nonsense Story

Salam Penghulu Segala Hari...

Di Jumaat yang penuh barakah ini ingin aku memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati keindahan alam ini. Alhamdulillah.


*Rasa comel pulak bila buat ayat skema-skema :D HAHAH.*


Semalam punya cerita, seharian aku tak senang duduk. JK punya pasal. Terima kasih kepada IndoCafe yang dah memberikan aku satu nikmat kesakitan yang luar biasa di bahagian kepala. Maaf kepada dinding atas keretakan selepas hentakan kuat dari kepala aku.



Lepas habis JK, aku sambung study. Kepala masih melekat di dinding. Kadang-kadang posing gaya baru untuk study boleh tahan bermanfaat. Dan menjadi lumrah bagi seorang pelajar macam aku ni, bila study atas katil, bersandar kat dinding, tahanlah dalam sejam, masuk jam kedua je dah mula nampak bintang2 segala bagai. 2 minit kemudian, dah ada kat Mesir. Eh? Tiba-tiba je? Ha, itulah indahnya belajar atas katil, kau tahu?



Sebelah malam, tiba-tiba JK datang lagi. Kali ni dihempuk rasa kecewa yang mendalam serta kesedihan tanpa sempadan. HAIHHH. Jam 1++ am, aku mengganggu si Nabila Huda, ratu pokemon. Bergayut sampai habis kredit, lalu tidur. Dan tidurnya aku setelah 2 jam tamat gayutan. Mungkin 3++ am.



DAN TADI, TADI, TADI....

Aku punya tahap kemengantukan mencecah paras beku. Negatif. Siap nampak bantal lagi kat kertas exam. Dah lah soalan bulat-bulat. Sejarah hidup aku sebagai pelajar daripada tadika 5 tahun sampai la ke USIM ni, soalan bulat-bulat tu aku pandang 1/4 daripada sebelah mata je. Kemain style lagi aku baca-bulat-baca-bulat tiba-tiba "EH? DAH SIAP?" Aku tengok jam ada la lagi 2 jam nak tamat.


Hati celaru, otak terganggu, mata pulak dan tinggal 1mm je nak tutup. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku pun letak kepala atas meja. Dan.....



"Assalamualaikum, masa menjawab telah tamat. Sila berhenti menjawab. bla bla bla...."





---apahal aku rasa sekejap sangat aku pegi mesir tadi?---





4 papers to go. Sabar ye ika.




Kim soo hanmu...geobukyiwa durumi...
samcheongapja dong bak sak..
Chichikapo sarisarisenta weori weori saepeurikka

:D HAHAH. OKAY BYE.




p/s: moral of the nonsense story, sila jangan JK terlebih-lebih kelak merana jiwa. Beli buku La Tahzan, baca lima kali. OKAY?



***aku mohon, tolonglah jangan tanya aku apa itu JK.Itu Jiwa Kacau. TAU?***

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...