Instagram

Saturday, January 21, 2012

Pengaruh

Pada Zulhijjah yg lepas, aku berkesempatan pulang ke Penang, cerita lama dah tu. Tapi lepas tengok TV tadi baru aku teringat, muka kerut-kerut anak sedara aku yg masih hijau dalam industri hiburan. Ceritanya macam ni, beliau, eloklah aku gelar si An je, sangatlah eksaited kemain cerita kat aku pergi sekolah cakap BI je 24 jam. OKAY, membudayakan sangat lah kan bahasa penjajah itu, takpa, itu bagus.

Demi menguji kepintaran si An, maka aku pun bertanya maksud perkataan AWESOME. Almaklumlah 2 3 bulan ni aku merapu blogwalking, sakit mata sakit kepala aku tengok adik2 blogger umur 16 17 18 eja AWESOME tak betul. Punya lah shortform sampai jadi 'ohsem'. 2 hari 2 malam aku pikir apa maksud 'ohsem'. OKAY sambung.

Aku : Okay kalau An pandai, bgtau cika apa maksud awesome??
An : Oh awesome tu Astro BEYOND. Now you know what does AWESOME mean.
Aku : erk.. *tangan menggigil nak lempang*


KEMAIN huduh lagi pengaruh TV zaman laa ni. Tu baru aku tanya, kalau keluar dalam exam dia tanya awesome tu apa, macam mana? Tak kena gantung sekolah budak tu? Haihh budak2 zaman laaa ni..






***aku dah ada wallpaper Jeremy, boleh gerak2 mata wooo...macam tu macam tu (sambil gerak2 mata) ***

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...