Instagram

Friday, February 10, 2012

Accident - Malang Tidak Seperti Kentut, Ia Tidak Berbau.

Lepas belek surat khabar tadi, baru aku perasan yang aku dah setahun tak baca suratkhabar. Sejujurnya, aku memang tak minat baca surat khabar sebab kertas dia tak best, tambahan pula, ia tidak seperti buku dan senang bercerai, selain itu ia terlalu besar dan menyebabkan aku rasa tak selesa nak pegang atau baca sambil barang. Justeru, beberapa tahun lalu, aku membuat keputusan bahawa surat khabar adalah salah satu bahan bacaan paling tidak penting untuk aku.


Baiklah, tujuan entri kali ni bukan nak cerita pasal 'PENGALAMAN SAYA SEBAGAI SEKETUL SURAT KHABAR'. BUKAN. *adik2 yang nak upsr, tolong abaikan penjodoh bilangan tersebut*


Semalam aku selak surat khabar, berita dua beradik meninggal sebab accident dengan lori, melibatkan lima kenderaan. DAN BANYAK LAGI. Ada 2 3 kes accident jalan raya dalam satu published newspaper. Kau bayangkan, dan andaikan. Satu hari = satu kawasan = 3 kes accident. Dalam dunia ni ada berapa hari? Ada berapa kawasan dekat Malaysia ni? Cuba kau darabkan dengan 3 tengok. Berapa? Tekan calculator scientific CASIO 570. Sure calculator kau merajuk, rasa terpukul, dan decide untuk berhenti dari menjadi seketul calculator scientific. Pasaipa? Tak terkira beb. Kalau infiniti tu ada kuasa, jawapan dia mungkin 'infiniti kuasa infiniti'.


Bila jadi je accident, soalan pertama yg keluar dari mulut aku ialah "ada yg meninggal tak?" Bunyi macam biadap, ya, aku tau. Tapi apa lagi yang aku boleh cakap? Apa lagi yang aku boleh tanya? Nak tanya salah siapa? Sempat pulak bina mahkamah kecik kat jalan raya tu untuk bagitahu siapa salah? Sempat? Aku memang fobia dengan accident jalan raya. Sangat.


Umur aku 9 tahun, aku kena langgar dengan sebuah wira putih masa tengah menunggang basikal dengan adik lelaki aku. Dekat kawasan perumahan je pun. Tapi aku mengaku, tu salah aku. Kepala otak budak lagi, ada rasa riak nak tunjuk kat setaman yang aku boleh bawak basikal tak pegang handle. Memang riak betul masa tu. Dan keriakan aku masa tu terbalas juga. Masa nak belok ke lorong rumah aku, tiba-tiba wira putih muncul, dan masa tu aku masih dalam arena berbasikal tanpa handle. Belum sempat aku capai handle, aku dah kena langgar. Tercampak kat cermin depan kereta tu lepas tu bergolek jatuh ke tanah. Dan aku boleh bangun balik, angkat basikal yang dah senget tayar depan tu, terus ajak adik aku balik rumah.

Makcik yang langgar aku tu mesti ingat aku Incredible Hulk, tak pun vampire, atau mungkin lebih teruk lagi, beliau ingat aku amalkan ilmu kebal. Balik rumah, aku perasan ibu jari kaki aku berdarah, dengan siku darah, dahi calar-balar, lutut pula sengal-sengal. Tapi mak ayah aku tak perasan langsung. Dua tahun kemudian, makcik yang langgar aku tu upah mak aku jadi pengasuh anak dia. Memang style. Then, at that time she finally revealed the truth that happened 2 years ago.


Aku yang dah lupa kes eksiden tu, terus ingat balik sampai sekarang tak lupa-lupa. Terima kasihlah makcik sebab dah tanam eksiden tu dalam kepala saya.


Mungkinkah sebab pengalaman ni aku jadi fobia dengan eksiden? Tak jugak, dua kali aku terima panggilan telefon lewat malam, berita menyedihkan. Kawan aku meninggal, sebab eksiden. Feb 2010, arwah Acap eksiden dengan kerete (kalau tak silap), waktu malam, ondaway nak beli nasi untuk ayah dia. Paling sedih, several days before he passed away, he did told me that he wanted to buy me ice cream, since kitorang dah bertahun tak jumpa. Bukan sedih pasal aku tak dapat ice cream, sedih pasal dia cakap, 'aku nak belanja kau ais krim cepat'.


Dan sekarang, aku sedar statistik kemalangan jalan raya kat Malaysia tercinta ni makin meningkat. Meningkat dengan cukup bergaya.

Tadi, aku ondaway balik dari rumah kaklong kat Nilai, depan INTI, kesan kereta eksiden dengan cermin kaca sepah-sepah. Kaklong cakap, "Ish, EKSIDEN LAGI kat sini." EKSIDEN LAGI. EKSIDEN LAGI. Maksudnya, perkataan eksiden tu macam biasa je. Macam suatu aktiviti riadah. Paham tak maksud aku? Maksud aku, alangkah mudahnya nak eksiden, mudahnya nak tengok eksiden secara live, mudahnya nak jumpa bekas2 jalan raya yg ter'eksiden'. Juga, mudahnya nak tengok kesan darah lepas eksiden. MUDAH.


OKAY sekarang baru boleh tanya salah siapa.

POLIS yang tak jaga trafik?
PEMANDU KERETA yang drunk n drive?
PEMANDU LORI yang terlebih muatan?
PENUNGGANG MOTOSIKAL yang pakai helmet takda tali?
PEMANDU TRELLER yang memandu sambil sms bini kat rumah?
PENUNGGANG BASIKAL yang baru balik sekolah?
PEMANDU FERRARI yang baru dapat lesen?
PEMANDU KANCIL yang galak menyelit?
PEJALAN KAKI yang bawa anjing dan harimau bersiar-siar?
BRADER2 LEMBU yang lupa pandang kiri kanan masa melintas?
AMBULANS yang bawak mangsa eksiden???


salah siapa?


POLIS yang tak jaga trafik?
---hidup dorang untuk duduk tepi jalan 24 jam ke?

PEMANDU KERETA yang drunk n drive?
---stupid people do stupid things n that can't be help.

PEMANDU LORI yang terlebih muatan?
---rajin kau nak tolong timbang lori seketul seketul?

PENUNGGANG MOTOSIKAL yang pakai helmet takda tali?
---tali rafia kan ada!

PEMANDU TRELLER yang memandu sambil sms bini kat rumah?
---tak lari der bini kau.bawak lori diam2 sudah.

PENUNGGANG BASIKAL yang baru balik sekolah?
---jangan pegi sekolah

PEMANDU FERRARI yang baru dapat lesen?
---sapa suruh berlagak pakai ferrari

PEMANDU KANCIL yang galak menyelit?
---perasan kecik,kancil tu boleh terbang je kena tiup angin kat kawasan angin lintang

PEJALAN KAKI yang bawa anjing dan harimau bersiar-siar?
---sapa suruh bela anjing?cuba kau bela hamster?takyah jalan jauh2.

BRADER2 LEMBU yang lupa pandang kiri kanan masa melintas?
---dorang tak pegi sekolah, apatah lagi sekolah memandu.

AMBULANS yang bawak mangsa eksiden???
---sapa tuduh ambulans memang nak kena lempang sekor sekor.



Nampak? Point nye sekarang, aku nak bagitahu, semua salah. SEMUA SALAH. Kalau SEMUA PAHAM BAHASA, PAHAM UNDANG-UNDANG, ADA SIFAT SABAR, ADA AKAL, insyaAllah eksiden boleh dielakkan melainkan kalau dah ajal dia sampai situ, bukan salah dia pun boleh jadi eksiden. Kuasa Allah, kun fayakun.


Kes-kes yang bawak kereta bawak moto macam tengah berlumba tu memang sukar dimaafi, kalau kena kat batang hidung sendiri boleh tahan lagi, tapi kalau sampai melibatkan pengguna jalan raya yang lain yang berhemah, yang ikat tali topi keledar ketat2, yang off henpon bila nak drive, yang baca doa naik kenderaan sebelum gerak, yang naik kereta pegi masjid, yang naik moto pegi kedai beli panadol untuk anak, yang tak berdosa masa tu, apa cerita? OKAY mungkin dah ajal mereka, nak buat macam mana? Tapi, yang tak sampai ajal lagi tu, beringatlah sikit.

Sama-sama fikir pakai otak yang ada, akal yang dah dianugerahkan. Kalau nak selamat, buatlah orang lain selamat.


Ni peringatan dan perkongsian untuk sahabat-sahabat yang baru dapat lesen, yang dah ada lesen, dan yang sedang dalam tempoh mendapatkan lesen, errr juga yang belum ada lesen macam aku ni. Sila beringat.

Dan Farra, di mana pun kau berada, please just be careful. Malang tak macam kentut, ia tidak berbau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...