Instagram

Friday, February 17, 2012

"AWAK, BOLEH SAYA MESEJ AWAK?"

Cuti sudah habis bro...
Mood: gundah gelama



Merapu bersama NabMira boleh tahan best. Pagi tu aku gerak dari rumah pukul 8.30. Angah hantar sampai stesen BTS. Sampai sana aku dah macam kera masuk kampung sebelah. Apahal besar kemain stesen BTS? Aku tahulah dulu BTS pernah ada construction sikit, tapi tak sangka sampai transform jadi besar gini. Nampak sangat aku dah lama tak balik Malaysia. Okay tu tipu.

Sampai BTS, aku ajak angah teman sampai atas, celah mana atas pun aku konpius, sebelah sana TBS sebelah sini BTS. Aku rasa tertipu pun ada. Tunggu si nab bawah kemah. Ha kau jangan tak tau. Kat stesen dah ada kemah ha. Lepas Nab sampai, kitorang pun naik tren menuju ke Rawang, Mira dah ready kat sana. Ready la sangat, tinggal 2 stesen nak sampai Rawang, dia baru mandi. Rasa sentap pula.

Lepas tu kitorang mengarut sampai siang. Setel solat zuhur, kitorang lepak Mekdi dari lepas zuhur sampai pukul 5 gua cakap. Bukan main-main punya sembang. Siap hentak-hentak meja lagi. Itu kecik punya hal tu, biasa kitorang main bakar2. Cerita pasal semua hot story masa kat matrik dulu. Cesss, rindu kemain nak masuk matrik balik. Ha tu la, dulu masa kat matrik sibuk nak besar, sibuk nak masuk U, sibuk nak amek degree. Sekarang apa cerita?

Habis sembang, kitorang pun balik. Masuk tren je awan mendung. Ada sorang makcik ni, gaya dia ada la macam dia dah booking satu gerabak tu untuk dia sorang je. Sembang kat telefon bukan main kuat, macam pakai mic. Effect dari kejadian tu, balik rumah aku sakit telinga.


Next hang out dengan si bangla. Pun tak kurang merapu juga tu. Tapi dekat je. Kat rumah aku, mid valley. Aku gerak awal gak, kul 8 sebab angah aku pergi kerja kul 8. Sampai Mid dalam kul 9.10 sebab tren delay macam hapa. Dah la tak ada ekon, or mungkin ada tapi tak rasa sebab sardin marina kan. Memang.

Sampai Mid, aku malas nak naik dulu. Aku layan borak dengan makcik jaga toilet dekat stesen Mid. Aku kan universal, kalau tiang dalam tren tu boleh bercakap, jadi je aku layan borak.
Okay sambung.
Lepas bertukar2 cerita kisah silam, datanglah tren dari KL Sentral, yakni tren yg si bangla naik dari. Aku rasa bahasa aku semakin teruk.
Okay sambung.
Aku tunggu sekor2 keluar tapi tak ada jugak si bangla. Mana pergi tah budak ni. Tiba2 dia call aku, "Wei, aku dah ada kat atas." Muka aku merah padam tahan marah. Dah lah tunggu nak sejam, dia boleh naik dulu.
Lantas aku tamatkan conversation dengan makcik jaga toilet dengan ucapan assalamualaikum.

"Wei, aku tunggu kau sejam kat atas, kau boleh naik dulu kan?"aku tanya, nada mesti tak puas hati punya.
"Mana aku tau kau tunggu aku kat bawah. Aku tak nampak."jawab bangla. Muka memang haruss innocent.

Lepas tu, disebabkan aku minum milo dengan roti sekepiang je, dan si bangla tak brekfes lagi, kitorang pun decide nak mentekedarah dulu. Kononnya nak makan roti, tapi tak jumpa kedai roti pula. Kitorang naik ke food court, jumpa yong tau fu, kemain enak memilih. Masa nak bayar je, "RM 16.50 ye dik."kata makcik yong taufu.
"HAA?"si bangla jerit. Aku dah tak keruan. Yong taufu semangkuk je namblassetengah? Orang kaya pun boleh bengkrap.
"Memang dik, yang besar2 tu bukan murah. RM 3 sekeping."explain makcik tu, mungkin takut kalau diperapa-apakan oleh kami yg kebuluran ni.
"Hm okay."jawab aku sambil tengok si bangla keluarkan duit. Ya, dia bayar.

Masa makan, aku pun cerita semua cerita yang aku dah KIV sejak aku tak jumpa dia bila habis matrik hari tu. Gila best. GILA PUNYA.

Setel brekfes selama sejam, kitorang menuju ke rumah aku, MPH. Jadah apa aku boleh sesat cari MPH. Tak jumpa, serius. Lepas tu aku nampak iklan.

"We have moved to new home!"

Lepas tu ada gambar teddy bear macam muka timmy kat sebelah iklan tu. Jeez...dia suka-suka hati je pindah rumah aku ke sana ke mari. Dah tak ada dah buyung besar yg ada air-air tu kat MPH baru. Dah la kecik, sedih gila aku.

Okay, lepas tu aku merapu di bahagian novel. Harusla kan. Si bangla suggest aku novel yang best, aku tak sentuh lagi novel tu. Bizi. HAHA.
Lepas tu aku pergi bahagian komik. Memang boleh pun kan beli komik pakai baucer 200..? Buat malu aku.

Lepas tu, ayah pesan suruh belikan pen khat. Aku pun pergi bahagian stationary.

Bangla: Abg, ada jual pen khat tak sini?
Abg: Hm? Pen...? kayu ke apa?
Aku: Kayu apa? Pen la. Bukan pensel.
Abg: Pen apa?
Aku: Pen khat? tahu tak?
Abg: brand apa ye?
Aku: Brand apa pun tak pe la. Brand yg mula huruf P tu. Apa tah, lupa.
Abg: ??????????????? (dia cuba besarkan telinga dia utk dgr explanation aku)
Aku: Ala, pen khat la. Tak kisah brand apa.
Abg: Pen Hot? Pen tu macam mana? Pen tu panas ke?
Aku dan Bangla: @#$^$&^%*^& HAHAHAHAHA!!!!#$^$%&%!!!


Lepas tu aku terus blah, rasa terpukul pulak tiba-tiba. Masalah jugak ni, kemain hot lagi pen tu kan.

Habis shopping, kitorang pergi solat, then jalan2 sambil cerita macam2. Sembang bagai nak rak, cerita masa silam, rancangan masa depan dan sebagainya, sampai la kitorang berdiri di suatu kawasan yang agak asing. Kemain eksklusif kawasan dia. Aku nampak perkataan setan je. Oh, iSetan rupanya, dan The Garden.

Tiba-tiba imaginasi aku macam dah activated, konon2 aku termasuk dalam Mystery Garden lepas tu dapat potion free makcik tu bagi lepas tu esok aku bertukar jadi orang lain. *Biasanya kalau cuti sebulan, efek dia memang superb* dan, tak payah nak Secret Garden sangat la kan.

Lepas tu aku ng si bangla cuba cari jalan keluar, tak jumpa2. Kitorang guna inisiatif lain, iaitu naik lif. Tak merapu pulak, masuk lif dia macam kat hotel 5 bintang, macam tempat datuk2, lepas tu masuk pulak kakak abang pakai kot bagai, dengan fail kat tangan, dengan speaking berabuk, dalam hati aku cakap,"Aku kat syarikat international mana ni?' Terus aku rasa aku tak patut ada dalam lif ni. Rasa macam kat dunia lain pun ada. Lepas tu bangla cakap,"kita dah sesat kan?"

Okay soalan tu yang aku cuba elakkan sebenarnya. Sebagai tuan rumah kepada Mid Valley Megamall ni mana boleh sesat kan? 18 kali kitorang pusing tempat tu, nak cari jalan masuk ke Mid balik. Memang macam hapa. Siap berdebar2 lagi. Yang penting, kitorang naik sampai tingkat 6A jadah untuk cari jalan keluar padahal MidValley sampai tingkat 4. Memang sedih.

Lepas tu turun balik kat G, baru aku nampak restoran buluh yg mula2 aku sedar kitorang dah ada kat dunia lain tadi. Tiba-tiba dah jumpa balik sign board mid valley. Sedih pun hilang. Mengada-ngada betul. Lepas ni aku nekad, aku nak beli henpon ada GPS, senang nak jalan tak payah sesat2 dah.

Lepas tu bangla kena balik pula sebab curfew dia kul 5. Sedih lagi. Melangut la aku sorang2. Lepas bangla blah, aku singgah kedai komik depan pintu keluat ke KTM, lepak tengok komik jap, lepas tu beli buah. Habis makan buah aku pun ready nak balik. Aku turun je tangga tren baru pergi. Ya Allah, kemain sedih ni.


Lepas tu balik, penat.


Malam tu dapat mesej,

dari nombor yang tak dikenali..

berbunyi,


"AWAK, BOLEH SAYA MESEJ AWAK?"



-----bagitahu aku kenapa aku tak patut pijak henpon sendiri?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...