Instagram

Wednesday, February 1, 2012

Untuk Kau.


"...Kau...aku sudah penat dengan dosa..adakah kau sedar...?.." -anonymous

Kata-kata ini mungkin bukan ditujukan untuk aku, mungkin juga ya, tapi siapa peduli. Kepada siapapun kata-kata ini ditujukan, daripada siapapun kata-kata ini lahir, bukan persoalannya.

Persoalannya, kenapa dengan kata-kata ini? Apa salahnya dengan kata-kata ini, kalau betul pula, apa yang betulnya? Apa fungsi kata-kata ini dalam kehidupan manusia? Kalau ia untuk binatang, apa pula fungsinya?

"...Kau...aku sudah penat dengan dosa..adakah kau sedar...?.." -anonymous

Sekali pandang, kata-kata ini boleh tahan sentapnya pun aduyy.

"...Kau...aku sudah penat dengan dosa..adakah kau sedar...?.." -anonymous


"...Kau, aku sudah penat dengan dosa yang aku tanggung selama aku hidup. Justeru, pergilah jauh, kerana kau hanya akan membuat aku lebih berdosa..."


Ini bukan dari Google translate, bukan juga dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Terhad. Ini adalah dari tafsiran aku sendiri, dari tafsiran seorang budak kecik yang berusaha untuk mendewasakan diri.

Jangan risau, bukan sahaja kau atau kau, atau juga kau, malah aku juga, aku juga hampir terhenti degupan jantung, kerana terkejut dengan kehebatan performance aku dalam menafsirkan sesuatu yang seperti ini. AKU SENDIRI TERKEJUT.

Padahal....

"...Kau...aku sudah penat dengan dosa..adakah kau sedar...?.." -anonymous

...kata-kata ini aku jumpa lama dahulu, setahun berlalu, namun baru hari ini, saat ini dan detik ini, terdetik di kepala otak aku, tentang tafsiran bagi kata-kata ini. Mengambil masa selama setahun baru disedari akan tafsirannya, adalah sesuatu yang menyedihkan. Boleh tahan.

Namun, bak kata orang putih, better late than never, walaupun selalunya aku tidak bersetuju dengan kata orang putih itu terutama dalam aspek-aspek kehadiran ke kelas tutorial. TERUTAMA.

Ya, better late than never. Daripada tak pernah tahu, biarlah dah tahu biarpun lambat. Kerana aku pernah repost kata-kata ini di status FB aku, dan reply daripada sahabat-sahabat sangat tidak membantu. Repost kedua aku, abang aku memberikan satu reply yang...bila baca....rasa.....macam......nak buat.....sesuatu....yang....tragis.....seperti.....menyelam dalam loji misalnya.

Aku sentap sedetik dan..."Ya, ini mungkin juga."...
Aku juga hampir terkejut, abang aku satu-satunya yang sengal ubi itu juga mampu menafsirkan ini dengan sesuatu yang WOW. *itu bukan singkatan seperti pfft, itu adalah memang WOW*


OKAY cukup-cukuplah bercerekarama. Kau..aku sudah penat dengan bahasa pujangga, adakah kau sedar? OKAY penat tahu berbahasa puitis ni. Kalau orang lain mungkin kedengaran puitis, tapi bila dengar aku cakap dengan gaya pujangga cenggini, bukan lagi puitis, puihhh makan diaaaa....


POINT aku ialah *baru nak mula point*...betapa manusia sekitar sedar dengan dosa yang sedia ada berbakul-bakul, dan takut untuk berniat menambah barang sebakul dua dosa lagi. TAKUT. YA.


Aku pernah mengeluarkan kata-kata....

"Silakan jauhi aku, andai aku adalah dosa buat kamu."

Sebab aku terasa dengan kata-kata itu. Aku terasa kata-kata itu khas untuk aku. Almaklumlah aku ni memang perasan orangnya.

Maksudnya...selagi kau ada dalam lingkungan 100 meter dari aku, aku rasa sedang berbuat dosa.



Aku tidak berkecil hati, sebaliknya bersyukur. Syukur kerana mengetahui masih ada manusia spesies itu di dunia yang tua ini. Syukur.

Mungkin kerana aku yang ngeproach, atau dia yang respon, tidak menjadi hal. Yang penting, dia tahu, adanya dosa dalam hubungan yang tidak halal. Sebesar zarah pun ia, tetap dipanggil dosa.

Dan syukur, I managed to...*jap.pahal tukar bahasa?*..aku mampu memahami dan mengubah layar. Kau tahu, aku pelajar marin yang bagus juga :D

NGAHAHA. OKAY saat ini merapu sudah jadi sebahagian dari aku.

Isi pentingnya, jika kau tahu dosa sedang mendekat, hindarilah, jika terlalu dekat, maka lawanlah, jika sudah melekat, maka bertaubatlah.


Semoga kau yang jauh, kau yang dekat, juga kau yang di situ itu, serta aku, dikurniakan Allah, hati yang tabah, dan akal yang waras, sekurang-kurangnya, cukup waras untuk mengenal dosa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...