Instagram

Saturday, February 18, 2012

Welcome, New Semester!

Berada di rumah dalam keadaan internet yang sat ada sat tak dak ni boleh tahan sakit jugak. Nak nak bila masing-masing pakat dok mesej aku,"Wei ika ang dapat berapa wei? Result ang macam mana wei?" Aku pun cacing kepanasan kat rumah. Dah lah tak boleh nak cek result, nak daftar subjek pun tepat2 je masa tarikh tutup. Tu pun ihsan hotspot kaklang. Kalau tak aku amek cuti satu sem je la kan.

Oh, result aku? Bolehlah tahan. Tapi tak tahan sangatlah, tak tercapai target aku, apatah lagi first class degree. Sedih. Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada jugak A seketul dua. Semester ni subjek semua taf taf belaka. Tak taf sangat nak dibandingkan dengan sem sem yang akan datang, tapi ni taf peringkat satu. Sem ni banyak belajar benda-benda bisnes..

UBE2032 - BI (ESP 1)
UBA1062 - BA (ASP 1)
AAA1043 - PRINSIP DAN AMALAN KOMUNIKASI DAKWAH
MGA1013 - PENGANTAR PERNIAGAAN
MCA2013 - PRINSIP DAN AMALAN PEMASARAN
MEA3023 - EKONOMI MALAYSIA
MAB1013 - PRINSIP PERAKAUNAN

I look forward on those subjects yang nampak syadid je kan nama subjek dia. Nak kata ready 100% untuk belajar start sem dua ni, tidaklah 100% sangat. 94% mungkin. Lagi 6% tu perkara-perkara tambahan seperti cara-cara mengatasi malas buat esaimen dan tutorial. Ha semua tu kena ada persediaan rohani dan jasmani tu. Kalau tak memang cenderung gagal ujian.

Bila cakap pasal benda baru, abang kakak kat luar sibuk bina azam. Azam tahun baru, azam sem baru, azam sekolah baru, azam tempat kerja baru, sampai beli baju baru pun nak pakai azam pejadah..

Aku macam biasa, azam sem dua memang tak ada. Harapan tu ada, harapan untuk dapat first class degree supaya tak payah bayar PTPTN sampai mati. *Okay lepas tu ada la yg cakap 'wei belajar kerana Allah itu yang penting"*

Belajar kerana Allah itu niat, dan niat tu kena reset every single second. Bukan tunggu masuk sem baru. OKAY? Dan aku sedang berusaha reset niat lillahii ta'ala. Nama pun niat, perlu bagitahu orang ke? Sahaja aku belajar kerana Allah. Cukup antara kita dengan Allah. Macam solat la, kau niat solat ada ke kau cuit bahu member sebelah dulu nak bagitahu niat kau nak solat tu? *jadah*


Okay berbalik kepada tajuk atas. New sem. Biasa je. Seriously, cuma kelas BMB3 ada yang keluar dan masuk. Sedih gila bila dapat tahu 5 orang dari BMB3 akan masuk BMB6 dan 2 orang dari BMB4 akan masuk BMB3. 5 orang tu ialah Kak AlyaA, Kak Syida, Kak Sa'adah, Adilah dengan Aimi. Satu geng satria. Part tu je yang tak best menjelang sem dua ni.

Masuk kelas je dah tak boleh jerit nama KAK ALYA-A kuat-kuat dah. Kang orang ingat aku kena santau.

Dah tak boleh pusing belakang lepas tu buat 'blueekkkkk' kat kak Syida dah. Nanti orang tepon Hospital Bahagia.

Dah tak boleh nak puji henfon Aimi lagi dah. Kang aku yang kena baling dengan henfon.

Dah tak boleh nak tengok muka Kak Adah bila dengar aku cerita bersungguh2 dah.

Dah tak boleh nak ugut untuk mencederakan laptop Adilah dah.


Dah tak boleh buat semua tu. Rasa tak best. Harap suasana kelas esok macam biasa. Macam ada semua orang. Semua orang yang comel. Semua orang yang annoying. Semua orang yang happening. Semua orang yang buat hal sendiri. Semua orang yang work together masa lecturer mengajar. Semua orang yang macam BMB3.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...