Instagram

Saturday, March 24, 2012

Marahkan Angry Bird, laptop dibakarnya!

Marah. Siapa tak pernah buat aktiviti ni? Tak payah nak menyorok sangat, aku nampak tu. Memang semua orang pernah marah. Tapi, adakah korang rasa puas bila marah? Best ke marah tu...?


EH JAP...MARAH TU APA??
*Kadang2 soalan minta pelempang adalah perlu bagi mengelak sebarang kemarahan*






Dengan penuh rendah diri, aku mengaku aku juga seorang yang cepat marah. Tapi, hidup dikelilingi manusia yang pelbagai spesies dan dari habitat yang berbeza menyedarkan aku betapa sabar itu harus jadi sahabat setia. Dan yang penting, bukan semua orang boleh terima apa yang kau cakap, dan bukan semua cakap orang kau boleh terima. Betul tak? Kalau tak, takkan la kau nak marah-marah, kan? Mengada-ngada.


Kenapa manusia marah?
Sebab tak sabar. Kau tak payah nak fikir jawapan level2 prof. Sebab aku boleh bagi jawapan mudah. Kalau manusia tu sabar, dia takkan marah. Orang marah ni sifat sabar dia kurang sikit. Tak pun tak ada langsung, tapi susah nak cari spesies macam ni. Banyak ke sikit, mesti ada jugak sifat sabar tu.


Macam mana nak tahu yang dia tengah marah?
Kau tanya macam ni,"Adakah kau sedang marah?" Kalau dia cakap tak, ada dua kemungkinan, sama ada dia marah dan cuba sembunyikan, atau dia memang tak marah. Tapi, kalau dia diam dan cuma memberi 'hadiah' di pipi, maka dia benar-benar marah. Dan kalau dia cakap,"Ya, aku marah." maka dia bukan sahaja marah, tetapi juga lurus dan jujur. Dan apahal kau nak tanya dia marah ke tak? Can't you tell by just looking? Kau tengok muka dah semerah cinta stilleto dah, telinga berasap, muka tak menahan macam incredible hulk tertelan buah khuldi, lagi nak tanya orang tu marah ke tak?
*eh tiba tiba nak marah pulak*


Macam mana nak tangani orang yang tengah marah?
Kau tangankan je dia!
Okay jangan buat macam tu, kau bagi tangan, dia reply pakai kaki. Seribu penyesalan pulak nanti kan.
First, kau kena buat muka relek. Kau jangan nak buat muka ketat pulak, silap2 ada yang kena smackdown. Buat muka tenang, muka paling suci yang kau ada even muka kau tak suci mana pun. Dan tenangkan hati kau dulu. Jangan nak JK(Jiwa Kacau) lebih2 pulak. Lepas tu, tegur je dia macam kau tak tahu apa-apa walaupun lutut kau dah menggigil gila dah ni. Lepas kau tegur, tanya khabar dia, khabar iman dia, khabar hati dia.
Tengok reaksi dia, if dia start angkat tangan, kau boleh buka langkah seribu. Kalau dia diam membatu, kau boleh teruskan komunikasi secara halus.

Orang marah ni, macam api yang tengah membara. Lagi-lagi spesies yang susah nak sejuk. Memang ambil masa jugak nak pulihkan. Jadi, kau jangan cuba-cuba nak apikan dia lagi.

Si Jenab tengah marah dengan Markonah, kau datang pergi cerita pasal Markonah mengorat pakwe Si Jenab. Kalau ikut hukum alam, bukan Markonah sorang je masuk hospital, dengan kau kau sekali ikut Markonah.

Oleh itu, kau cerita je cerita-cerita yang boleh tenangkan hati orang yang marah tu. Tapi, biasanya orang yang tengah marah ni, telinga dia mesti ada problem sikit. Either dia memang malas nak layan, or dia masih memikirkan orang yang dia marah, atau nawaitu dia untuk mendengar sudah hilang.

So, jangan nak cerita benda-benda bosan seperti "Kau, semalam aku shopping baju macam yg kau beli hari tu. Sebijik." dan lepas tu kau blah macam tu je. Aku yakin, akan ada selipar terbang dari belakang dan kena tepat dan padu pada kepala kau. Serius.


Patah balik kepada konsep api tadi tu, untuk memadamkan api, memang kau guna ABC Powder, tapi jangan nak advanced sangatlah. BAck to concept, boleh? Guna AIR. Apa Airnya?


Boleh je kau kasik air masak kat dia, suruh minum, selawat banyak-banyak. Boleh. Lepas tu tanya dia apa masalah dia. Kau nak tahu tak, orang yang tengah marah, once dia luahkan apa yg dia marahkan sangat tu, sebenarnya dia tengah refresh otak dia, sambil muhasabah. Masa dia diam, marah, tadi tu sebenarnya otak dia dalam keadaan 'no internet connection' atau 'server failed to load' atau 'buffering' spesies lambat gila tu. So, dia memang tak boleh nak fikir dengan baik. Jadi, tanya sebenarnya apa masalah yg melanda dia tu. Dan sebagai seorang pendengar, SILA JANGAN KONDEM DIA BALIK. Kau jangan nak "Ha tu la kau, mulut tu macam hapa je. Sebab tu orang mengata kau. LEpas tu kau nak marah-marah pulak. Ehhh memang tak ahhh!" Okay lepas tu kau kena ready ABC Powder real punya.


Just ask them a very simple thing, apa yg menyebabkan dia marah sangat. We let them know what is actually the reason behind the situation. Kadang-kadang orang marah ni bukan sure sangat pun dia marah sebab apa. Sebab tu kita kena tanya, apahal kau marah? Apa sebabnya? Mana puncanya? Supaya dia boleh fikir, "Apahal aku marah sangat ni?" And once they can't explain why they got angry, or they don't even know the reasons, itulah saatnya dorang akan mula reda, marah tu akan mula hilang. Dan muhasabah yang datang.


Percayalah, kadang-kadang orang marah ni sebenarnya tengah marahkan syaitan. Jadi, jangan simbah lagi minyak petrol petronas ke BHP je kat dia. Cakap baik-baik je. Jangan kondem lebih-lebih.


This is optional, aku seru pada mereka-mereka yang tiba-tiba terbaca entry ini, ada banyak lagi cara nak mengatasi orang yang tengah marah ni. Kadang-kadang cara yang tak disangka-sangka. So, you should try to be the one who helps the hot-tempered spesies punya orang. Baru kau rasa macam mana susahnya jadi kaunselor. It's not the point. Yang penting, apa tindakan kau untuk manage hati yang tengah marah. Dan applykan pada diri sendiri, inshaAllah tak lama lagi kita boleh kawal marah sendiri. Instead of hurting other people with your temper, it's better for you to find the cure." Al-wiqayah kheir min Al-3ilaaj."


Ni doa ketika marah, aku cadangkan kau baca doa ni kuat2 kat telinga orang yg tengah marah tu.


Ala, macam ajar syahadah pada orang yg sedang nazak gitu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...