Instagram

Monday, March 5, 2012

Surat untuk Nur 'Ain Nailah Suhaimi

Aku kenal kau tak sampai 10 tahun macam mana aku kenal best friends aku yang lain.

Kau ingat lagi tak ayat pertama masa kita mula kenal? Bila aku masuk bilik kau, yang kemudiannya jadi bilik kita.

"Assalamualaikum, erm..kitorang masuk bilik ni petang malam ni. So, just nak tengok korang. By the way, aku Ika."
"Oh, ye. KOS APA??" --aku tak tau kenapa kau tanya soalan ni first.

"Aku akaun. Nama kau? Lagi sorang?" "Aku Ain. Lagi sorang, hm dia keluar. Nama dia Fifi. Lagi sorang tu kos apa ea?" --kau sangat eager nak tau kos aku dgn Asma kan?
"Dia budak hayat. Hm..aku naik dulu lah. Malam nanti kitorang pindah barang. Just nak inform korang je. Jumpa malam nanti okay?" "Oh okay bye."


Senang je kot cara kita kenal, tak ada maknanya nak ber'saya awak' skema-skema di awal perkenalan. Since kau pun kepala lebih kurang aku, even kita lain2 kos, cepat je doe kita rapat, kan?

Dan kau pulak jenis yang eksaited bila aku bercerita, which is same goes to me. Sebab tu aku suka cerita dekat kau dengan penuh eksaited, ditambah pula dengan ke'eksaited'an kau bila respond kat cerita aku maka berlakulah situasi eksaited infinity kat situ.

Kau ingat tak bila mula-mula kau cerita pasal german kat aku? Lepas tu terkantoi gambar pulak.

Kau ingat tak gamba dia terjatuh masa kau bukak dompet masa kita tengah online dalam bilik study?

Lepas tu muka kau cuak habis sebab kau memang tak ada nawaitu nak tunjuk gambar dia kat sesapa. But then terkantoi pulak kan, kat aku pulak tu. Dan lepas tu kita eksaited2 je cerita.

HAHAA.. *cis, apahal mata bocor time2 ni pulak!*

Lepas tu kau ingat tak kita selalu buat muka bila study, lepas kita rearrange furniture dalam bilik tu? Lepas tu kau tak habis-habis nyanyi lagu Grenade sampai 18 kali ulang.

Lepas tu bila mood insaf tu datang, masing-masing layan nasyid dalam MP3 Fifi. Memang tak boleh blah la kan.

Lepas tu kau ingat tak aku letak gambar comel kat contact number aku dalam henfon kau?

Lepas tu aku suka main tukar2 ringtone kau sampai kau lambat angkat fon sebab kau tak perasan tu bunyi henfon kau. HAHA sumpah lawak gila weh.

Lepas tu kau ingat tak kau selalu mengarut dan membebel sebab inbox aku selalu full. Siap volunteer nak tolong delete kan mesej2 dari FB. Lepas tu kau baca pulak mesej2 doktor dalam inbox aku pulak kan?

Kau ingat tak bila aku suruh kau delete kan gambar n mesej2 superman? Lepas tu tiba-tiba lepas aku tukar fon, ada lagi gambar dia dalam tu. Mesti kau tak delete an masa tu? HAHA.


Ain, aku rindu kau.



Kau ingat tak bila kita first time pergi outing dengan Asma ng Fifi, lepas tu amik2 gambar lah hape lah. Siap posing dekat mekdi tu yang tak tahan tu.

Kau ingat tak ain, masa kita selalu lepak2 sama2, jalan2 ngarut2 cuci mata dekat astaka petang2. Lepas tu main badminton macam hapa je dekat depan Lab. Comel gila kot masa tu.

Kau ingat tak masa kau jaga aku masa aku sakit hari tu? Dah lah aku tengah sakit, lepas tu kau marah aku pulak kan.
"Kau ni, dah lah. Janganlah nangis, lagilah sakit nanti. Sabar sikit."

Lepas tu aku lagi nangis. Serius masa tu aku rasa kalau aku kuat nak angkat tangan, mesti dah berbirat dah pipi kau. HAHAHA!

Lepas tu kan ain ingat tak masa bulan ramadhan, kau selalu ajak aku pergi tawareh masa awal2 ramadhan lepas tu lama-lama kau pun tak pergi. Kita end up tawareh jemaah dalam bilik je kan. Masa tu masing-masing tak nak jadi imam sebab tak ingat lirik selawat lepas selesai tawareh tu. HAHAA.
ingat tak time ni kita kena kejar ngan pak guard lepas tu menyorok kat cafe..hahha


Lepas tu bila aku jadi imam, aku jugak yang selawat. Bila kau jadi imam, masih lagi aku yg selawat. Lepas tu lama-lama kita pun selawat sama-sama.

Kau ingat tak bila aku sentap gila dengan kau sebab kau tak tegur aku langsung dalam bilik? Masa tu aku tengah jiwa kacau gila.

Ingat tak aku sms kau "aku rasa macam tak ada orang nampak aku je." lepas aku keluar bilik lepas tu duduk dalam toilet setengah jam untuk nangis. Ingat tak?

*lap-lap air mata*

Ain, kau ingat lagi tak aku selalu suruh kau ikatkan rambut aku? Sikatkan rambut aku. Lepas tu potongkan kuku aku. Aku rindu gila kot semua tu!!!! *tersedu-sedu*



Kau ingat tak masa aku kena infection kat belakang badan aku, kau yg tolong sapu ubat tiap-tiap malam.


HAAA!!! Yang paling kelakar, kau ingat tak bila kau huru-hara sebab Timah dengan Marisa cari kau pasal design baju Blok? Lepas tu aku sumbat kau masuk dalam loker, si Asma siap kunci lagi. Serius masa tu aku risau kot kau mati lemas dalam tu.

Dah lah si Marisa tanya aku macam2, lama pulak. HAHA. Lepas tu Asma cakap aku layak dapat Grammy Award pasal hebat gila berlakon. Konon2 kau keluar tak balik2 padahal kau dah kena sumbat dalam loker.

Kau ingat lagi tak bila kau selalu pergi Vega dengan classmate kau sampai pernah sekali aku merajuk gila kot. Dah lah katil dah gabung masa tu, since aku dah biasa tidur dengan kau, then selalu pulak kau tidur Vega, bawak Timmy pulak tu. Kesian Fifi wei, setiap kali kau tidur Vega, aku paksa dia tidur dengan aku sebab aku dah tak biasa bila tidur sorang. Jahat doe kau!!! *nangis2*


Kau ingat lagi tak bila kita main-main lif dekat lab? Lepas tu kau tunjuk aku lab kau, yelah aku budak akaun kot, masuk lab pun tak pernah.

Kau ingat tak masa tu kau first time ajak aku lepak Vega, masa tu macam nak habis sem dah. Siap tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham. Yang tak tahan tu siap nangis2 pulak, si Eqa pun naik sama. HAHAHA...!!

Ain kau ingat lagi tak masa result muet tu? Tak payah cerita lah kan, sampai mati aku tak lupa. But then, that was the greatest moment. First time aku rasa takut, bersalah n at the same time rasa terpukul gila. HAHA. Bila fikir balik, jahat gila kita doe.!

ain, ni baju kau yg aku pinjam..:D

Ain, ingat tak masa dapat result sem berapa tah, yang kau sikit je sangat nak dapat 3, tapi mak kau cakap apa tah masa tu. Tapi muka kau aku ingat lagi masa tu. Kau bersyukur gila kot, tapi mak kau cakap ape tah. HAHAHA.

Ingat tak masa raya haji hari tu? Kau bersungguh pergi HEP ke mana tah yang dorang potong lembu tu, lepas tu siap bawak balik makanan untuk aku lagi. Dah lah tu, boleh paksa aku makan pulak. Sayang gila kat kau dooeee!!! Serius!!!

Ingat tak masa bufday kau hari tu, lepas kau kena prank dengan seseri, balik bilik dengan baju yang dah tak macam baju. Lepastu dalam toilet pulak, kau mengadu kat aku macam mana dorang campak air basi segala tu kat kau, padahal aku kat luar ni dah ready dah nak bagi air basi kat kau pulak. HAHAHA!!! Kau boleh percaya je yg aku ni concern abis dengan kekotoran baju kau kan?? HAHAHA!!

Kau tau tak seksa doe nak panjat toilet sebelah tu, dengan baldinye lagi. Serius payah, nasib baik aku tak tergolek. Kalau tak, dah terbayar dah air basi tu kan!! :D
*kesat-kesat hingus*



Ingat tak masa kita kena susun balik furniture dalam bilik tu kpd yg asal yakni semua benda jadi single balik. Masa first night tu aku minta izin nak tidur dengan kau since aku dah lupa macam mana nak tidur katil single. Berbulan aku tidur dengan kau, tiba-tiba kena tidur sorang pulak, dah la katil aku menghadap tingkap tengah tu. Tapi lepas tu kau macam dah mengantuk gila pulak kan, terpaksalah aku buat-buat berani tidur sorang padahal tak boleh tidur kot masa tu.


Lepas tu ingat tak masa birthday prank au yang kau jadi mangsa, macam kena ragging dengan senior. Kau cakap kat aku, perasaan takut bila dikelilingi oleh dorang, mama wani sume tu macam kena ragging dengan senior kau masa sekolah. Masa tu tegang gila an kita dalam bilik, dengan au yg dah sembap gila muka, dengan kau yang down gila pasal tu, aku pulak tak tau macam mana boleh rasa down jugak, since wani tu clasmate aku. HAHAHA but then semua tu comel gila kot!!

Ingat tak masa kita nak balik bila dah tamat matrik, masa tu aku terfikir, macam mana aku nak hidup tanpa kau? *okay memang klise tapi betul la!!!*

Dah lah kau balik dulu pulak tu!!! Apa jadah punya awal kau balik, sedih gila kot!!! *meraung*





Dear Ain, bila satu hari nanti kita terpaksa terpisah dalam jangka masa yang lama, kau bukaklah entry ni tau!!! Kita kenal sekejap je kot. Dalam masa 10 bulan dekat matrik tu, macam2 benda dah kita buat, legally n illegally. Lepas tu lepas beberapa bulan baru jumpa balik. Lama kot... Lepas ni kita tak tau bila boleh jumpa lagi, by that time mungkin kau dah bawak Viva kau tu, aku pulak masih lagi naik public transport, dan tiba-tiba kot kot dah ada something shiny kat jari manis kau ke kan? Mana la tau, aku yg gila nak kawen, tiba-tiba kau yang dapat anak dulu. HAHAHA.

My dearest Ain, bila kau rindu aku, baca entry ni banyak2 kali tau!!! *boleh naik traffic aku AHHA* nope, baca je. Then, nangis je lama-lama. Sebab keyboard aku basah tahu tak nak menyiapkan entry penuh syahdu ni. Okay aku memang dah syahdu dulu sebelum start entry ni. Serius. Ain, bila kau rasa susah, call la aku banyak2 kali even aku tau kredit kau tu bukan untuk aku sorang.. Call je k. Tak pun kau mesej aku, then I'll call u back. Sebab aku kan memang suka call kau.

Ain, bila satu hari nanti tiba-tiba kita jadi macam orang asing, kau wajib bukak entry ni balik so that we can make this up again and be just like before. Sebab akusayang gila kat kau. Aku tak rasa kau macam kawan aku, aku rasa kau macam kakak aku yg sangat comel gila!!! *jangan pertikaikan kenapa kau kena jadi kakak, plis* Kau macam kembar aku, serius.

Ain, nanti bila kau sedar yang aku makin susah nak didekati, atau kau makin susah nak contact aku, tolong resend entry ni kat wall FB aku so that aku akan fikir balik, dan ingat balik yang aku dah lama abaikan kembar aku.

Bila kau rasa aku macam dah berubah, tak kisah lah baik ke jahat*nauzubillah*, kau baca entry ni baik2. At least kau tahu yang aku yg nature nya macam ni. At least if aku jadi jahat sikit, kau tau yg aku sebenarnya tak macam tu. And perhaps u can help me to get new life. Mana tau kan, aku tersasar sebab putus cinta ke*nauzubillah*, tolonglah baca ni baik-baik okay??


Ain, aku rindu kau. Ya, aku harap sangat kau nangis masa baca ni lepas tu kau call aku lepas tu kau akan cakap, "Ika, aku rindu kau." lepas tu aku pun nangis sama and kau lupa yang kau dah habiskan kredit kau untuk menangis bersama aku. Ya, itulah harapan aku. Sebab, mana adil kalau aku banjir sorang2 kat usim ni kan? Sumpah aku rindu kau, Ain.


Sampai sini je lah. Aku dah tak mampu nak menaip dah. Mata aku dah kabur kot.



Yang benar,
ika yg comel

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...