Instagram

Wednesday, May 16, 2012

Gelombang DP

Ibarat gelombang Tsunami yg datang tak berjemput. Seorang demi seorang terkena tempiasnya. Yang terselamat, Alhamdulillah. Yang terkena, aduhhh. 




OKAY tak perlu nak nervous sangat. Bukan bencana alam, mahupun bencana buatan manusia. Tidak. Cuma suatu gelombang yang datang tiba-tiba tanpa sesiapa pun menjemputnya. Gelombang apa? Ha itu yang kita tak tahu. *aku cenderung nak lempang kalau ada orang guna ayat ni depan aku*


Gelombang demam panas namanya. Mana tak, dalam seminggu je sampai 5 6 orang demam dalam kelas aku. Bermula dengan aku, yang angin-angin demam tak berapa nak kick lagi. Diikuti Syima Hambali, demam panas kemain, sekali dengan Syuk, kemudian Atiqah, dan aku, masih lagi demam. Semuanya spisis demam panas menggigil tapi gigih pergi kelas. Hebat tak? 


Nasib baik kumpulan demam kali ni bukan spisis yg kena jentik lepas tu pengsan. Kalau tak jenuh tak cukup ambulan nak hantar sorang-sorang pergi wad kecemasan. Aku sorang je la pun. Kalau demam macam dah perkara wajib pula kena pengsan-pengsan ni. 





Cuma agak sadis, tempat landing aku agak sedih. Boleh pulak kepala otak aku ni berputar time tengah tunggu turn nak mandi before pergi kelas pagi tadi. Rasa terpukul pulak. Cukup-cukuplah Isnin aku manfaatkan untuk mengarut sorang-sorang dalam bilik tak pergi kelas, dah la tak dapat MC. Boleh pulak pagi tadi pergi landing depan bilik mandi, cam sedih kemain. Time kasih ah banyak2 kat 4 orang hamba Allah yg dah hangkut aku bawak ke bilik. Dah la takdan mandi. Duhh. Maaflah yang berempat, aku tak tau sapa anda. Aku sedar pukul 11 pagi. Agak 3 4 jam jugak aku hilang ingatan tak sedar apa. 



Punah harapan nak puasa ramai-ramai hari ni. Mana yg pakat nak puasa semua demam. Sedih. Padahal aku dah yakin 200% yg aku dah sihat pagi tadi. Serius punya. Kemain semangat nak pergi tutor akaun.


Apa pun jua dugaannya, semoga kalian cepat sembuh. Aku semakin beransur pulih. Cuma hidung masih seperti paip bocor dan suara semakin Selena Gomez. 


Suk EyQa Syi, semoga cepat sembuh. Petanda Allah menyayangi kalian, ingin dihapuskan dosa-dosa kecil kalian. Berdoalah agar diberi hikmah disebalik kejadian ini. Siapa tahu, demam ini sebenarnya nikmat untuk kalian di masa akan datang inshaAllah.





***Time kasih Ma, susah2 ajak kak Lina datang tengok ika. Maaf ma, tak sengaja tak jawab fon tadi. Kesian ma, risau ika pengsan sorang2 dalam bilik eh tadi sampai terus datang usim. Ampun ma, tak berniat pun. Huhu. Kak Lina, thanks a lot. Menyusahkan betul ika ni kan =.=" huhu***

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...