Instagram

Monday, June 25, 2012

No more '1' in front

Aku rasa macam baru semalam je aku buat entry 19th year aku, tiba-tiba jutaan notification dari Facebook menerusi telefon-bimbit-baling-anjing aku menyedarkan bahawasanya aku dah 20 tahun. Nak taip pun ngeri, nak sebut apatah lagi. Aduh.

Tapi, 3 hari sebelum tarikh itu, aku ada buat satu wishlist yang pada aku cukup kelakar dan hampeh. Buat wishlist tampal kat Wall FB lepas tu orang like. Ingat like tu boleh kabulkan semua wishlist aku tu ke? Tolonglah.

Ini adalah antara perkara-perkara dalam wishlist aku.


And amazingly, semua wishlist aku yang merapu tu memang tak menjadi kenyataan dan sedih. Eh tak aku sebenarnya tak kisah pun sebab before this memang haram tak pernah aku buat benda2 gurly ni.

Kena pulak ulangtahun kali ni masa tengah exam week. Memang seronok. Bermula dari 17 Jun lagi hati aku meronta2 nak balik gila. Bukan nak balik gila, nak balik Kajang. Sampaikan makan Double Cheese Burger pun rasa Ayam Masak Merah buatan ma. Duhhh...dia punya keinginan nak balik tu macam keinginan seketul itik hitam yang huduh untuk menjadi seketul swan yang WOW. Nampak tak aku dah pandai buat hiperbola kat situ? OKAY.

Dan akhirnya 19 Jun tu, dengan tabah rela hati dan suka cita, aku pun balik Kajang sorang2 naik tren. Nasib aku balik around 2pm so at that time tak ramai yg menggunakan tren. Kalau tak, nak pijak lantai tren pun payah. Dia punya padat macam sardin, sardin pun sentap, buat keputusan untuk tidak menjadi sardin kalau tengok keadaan dalam tren around peeked hour, masa orang nak balik kerja. Aku selamat sampai dalam 45 minit selepas tu. Seronok gilaa~~

Balik rumah, esoknya yakni 20 Jun yg comel :) , mak tanya aku macam ni,"Ika, ayam ni Ika nak ma buat masak merah ke nasi ayam?" Soalan comel ni ditanyakan beberapa kali sampai aku tak tahu nak jawab apa sebab dua dua ada dalam mata aku masa tu. Bila aku jawab "dua dua" mak aku terkebil-kebil. Mungkin tak sangka demand aku setinggi tu. Mak berlalu sambil memotong ayam dan aku meneruskan penelaahan buku Ekonomi Malaysia. Tak seminit lagi, ma jengah lagi dari tirai dapur, "Ika, nasi ayam ke....masak merah?" sambil senyum. "Nasi ayam.." aku jawab dengan pensil garu kepala. "Betul ni?" ma tanya lagi. "Hm..betul. Masak merah." Aku jawab, aku perasan masa tu perut aku macam bunyi2 sikit. "Ika nak yang mana?"mak tanya lagi. Aku tak tahu kenapa hari tu ma sangat tabah dengan kelembapan aku. "Ni last, nasi ayam. Ma jangan tanya dah tau. Nanti kang ika tak tau dah nak apa." Aku jawab. Ma gelak sambil sambung potong ayam.

Hari tu, 3 kali aku makan nasi ayam ma buat. Amaun biasa bila ma masak sedap kat rumah. Selalu aku makan sekali sehari, bila ada nasi ayam, rasa macam hidup semata untuk makan sahaja. Tambahan lagi, ma order durian 4 biji D24 punya spisis pulak. Isi macam baby tidur tu alahai meleleh saliva tengok. Tu baru tengok, bau dia pehhh menusuk tertusuk... Sekali rasa... Nikmat dunia... Sedap gila~~~

Seronok SANGAT!!! Unik kan aku, comel pulak tu. Orang lain sibuk selebret grand2 kat hotel bintang2, paling sedih pun KFC. AKU??? Kat rumah je wei, tapi nikmat dia lain macam. Dalam sehari, aku dapat makan macam2. Seronok!

TAPI...aku perasan sesuatu sejak aku masuk USIM. Hati aku rasanya makin bersifat kekacaan. Kena usik sikit nangis. Kan, walid? HAHA hantu punya walid..nak compare aku dengan semah yg kurus keding tu..ayat tak macam sentap pulak..

"Kalau semah makan 2 ketul burger special pun takpe je...tapi kalau kau??? huhhh"

Banjir pulak usim lepas tu. Ha.


OHHH wishlist terakhir aku tak termakbul. Dan aku tunggu sampai 12 malam kot. Huhu..lepas tu terus nangis. Cengeng gila kan. Okay. Aku faham. Tapi tak pernah kot dalam beberapa tahun ni dapat wish dari encek doc. Tu yg sentap. Okay lepas ni aku tanak dah buat wishlist segala bagai. Merapu je.


Sempena bufday aku yang tak ada kek tahun ni, aku nak ucap thanks kat semua orang yg doakan aku. Dan, thanks ma n ayah hadiahkan Ika durian. So sweet!!! HAHAHA. See, mak ayah korang ada hadiahkan korang durian masa bufday? Tak ada kan? Sedih.


Hmm..about the last wishlist, I don't even mind already. But then, I keep on my anxiety towards.............this:


And I keep on thinking that it was him. haihh


This is the video linked on the name Madu Khaula.. I wonder who... Hm...this's the 5th video. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...