Instagram

Sunday, July 29, 2012

Matlamat Samurai


Cecuti begini, aku agak rajin menghabiskan masa dengan menonton muvie2 yg penuh dalam cakera keras luaran aku ni. Almaklumlah, hidup bila cuti lama memang begini. Macam takda life kata orang putih. Gitu.


Semalam, aku galak melayan Samurai High School. Terima kasih kepada Kak Yasirah Ali yg semangat waja mencurah bakti menabur budi bagi aku banyak gila muvie Jepun. Okay, itu bukan persoalannya. 



Main pointnya, aku nak amek dari cerita Samurai High School ni. Highlight dia memang pasal samurai dan segala perkara khurafat yg lain. Namun, ada terselit satu nilai murni kat situ. Ha ini yg buat aku semangat nak mengentry pada malam yg hening ni. 


Cerita pasal matlamat. Aim. Goal. Dan segala yg sewaktu dengannya. Sebelum ni aku pernah terpikir tentang matlamat. Lagi-lagi dalam bidang aku sekarang ni, benda matlamat ni macam saliva je, hari-hari telan. Matlamat syarikat lah, jangka pendek jangka panjang jangka sederhana bom jangka dan segala jangkajangka yg lain. Semuanya pakai matlamat. Dan kesambilan, aku teringat ceramah ustaz masa kat sekolah aku dulu, cerita pasal matlamat utama hidup muslim. Dan masa ceramah kerjaya yg aku pergi masa tamat sekolah menengah dulu, cerita pasal matlamat hidup khusus dalam aspek kerjaya, dalam ceramah-ceramah yg aku pernah pergi semua cerita pasal matlamat. Dan yg aku nak highlight kat sini ialah matlamat peribadi. Means, apa yg seseorang tu nak jadi, matlamat hidup dia, jasa yg dia nak sumbangkan, apa yg boleh puaskan hati dia, that's it. 



Dan ya, bila cerita pasal 'dia' yang kat atas tu, jelas nyata dan zahirnya, itu ialah aku. Apa yg aku nak jadi, apa yg aku nak sumbangkan, dan apa yg boleh buat hati aku puas. Gitu. Aku sangat berfikir panjang lepas tengok episod 2 cerita samurai highschool ni. Terus tak jadi nak proceed. Terus aku bukak satu satu picture folder dalam lappy ni, entah apa matlamat aku bukak picture folder ni pun aku tak tahulah. Mungkin ada sesuatu di dalamnya. Ya, memang ada. First folder is "SMKSI", dalam tu ada ramai makhluk asing yg dah buat aku tergelak tersenyum menyentap menangis terduduk terjatuh dan segala meng dan ter yg sewaktu dengannya. Ada Nedy, Ma'a, Nisah, Mimi, Arina, Maryam, Iffa, ramai lagi. Ada juga Hisyam, Kirin [I've once hated him so much], Uzey, Afiq, Megat, Aidid, Aizat Syam dan sumpah ramai gila lagi. Nak sebut seketul seketul kena buat entry baru. 


Apa kaitannya dorang dengan matlamat aku? Nothing. Apa yg aku nampak, matlamat dorang. Nedy, pernah cakap, 'aku nak masuk UPNM sebab aku memang nak cabar diri aku.' and she made it. Now, she's a first year student of UPNM, Bachelor of Human Resources. See? Matlamat dia dah tercapai kat situ. Nisah? "aku tak tahu nak jadi apa, tapi aku ada keinginan nak mengajar orang kot. Mungkin pengaruh mak aku." GITU. Mungkin matlamat dia tak begitu clear, but at the very least, she did have some. And now, Nisah, student of KUIS, English Education. SEE?? Matlamat dia mula jelas kat situ.


Aidid? Satu masa dulu kitorang penah buat rakaman video, matlamat Aidid lepas habis sekolah, disebabkan dia terpaksa masuk PLKN, maka dia kena trim semua rambut dia. "Aku nak kena botakkan kepala. Takpe, 3 bulan je, tengoklah nanti. Aku tak potong dah rambut aku." Now? Aidid all-new-style, rambut dia bukan takat kat kepala je lebat, misai janggut semua dia kasi biar bertahun. Nampak tak bahawasanya matlamat dia tercapai kat situ?


See? Dalam sekecil-kecil hal pun mesti ada matlamat. Nak pergi toilet pun kena pakai matlamat. Habis tu, takkanlah kau menonong je bayar tiga posen masuk toilet kat Metro Point tu lepas tu keluar balik. Gitu? TAK GITU. Hal toilet pun kena pakai matlamat, apatah lagi nak hidup. Lagi bermatlamat-matlamatlah kau kena pakai. Gitu.


Disebabkan ini blog aku, jadi aku nak jugak cerita pasal matlamat aku. Sebelum tu, ingin aku ingatkan rakyat-rakyat jelata sekalian, aku adalah orang yg AKAN MENYESAL selepas membuat keputusan. Gitu. It can't be helped. Dalam sekecik-kecik perkara pun aku akan TERmenyesal. Pernah sekali aku terpijak lipas, lepas tu terus tak pergi sekolah. Bila bas sekolah lalu depan rumah aku, aku rasa menyesal. Hanya kerana seekor lipas yg tak berdosa, lima subjek aku ketinggalan. Sekolah bukan macam unibersiti. Boleh pilih kelas mana nak skip. Kan? Dan ya, aku menyesal sebab aku tak sembur ubat lipas malam tu, menyebabkan lipas tu berlegar-legar di halaman rumah dan aku memijak beliau tanpa memakai apa-apa alas kaki. Penyesalan itu kekal hinggal ke hari ini. 
--sebelum melencong lebih jauh dan cenderung sesat, ayuh kita kembali kepada MATLAMAT--



Matlamat aku masa kecik-kecik, boleh juga dikatakan impian, cita-cita dan harapan. Untuk menjadi seorang pensyarah bersama Naim, anak sepupu belah ayah aku yg sebenarnya sebaya aku. Masa kecik famili dorang rajin datang rumah aku, dan aku, sejak kecik dah menunjukkan bakat untuk menjadi seorang pendidik yg terulung. Gitu. Juga Naim, yg mulutnya nampak je macam satu tapi sebenarnya ada sembilan, kurang sikit dari aku, aku ada sepuluh, juga menunjukkan bakat yg sama. Oleh kerana pengaruh itu, aku sangat eager untuk menjadi pensyarah.

Bila naik sekolah rendah, matlamat aku ialah nak skip darjah, so bila lulus PTS aku boleh lompat terus darjah lima. Gitu. Tapi jadah mengapa tahun aku PTS dah dimansuhkan. Hancur luluh matlamat. Aku mula bina matlamat yg baru, iaitu dapat naik stage setiap tahun bermula darjah empat. Tak kisahlah anugerah apa pun, yg penting naik stage. Dan alhamdulillah, setiap tahun aku naik stage amek hadiah anugerah kecemerlangan. Tak besar mana pun anugerah tu, cuma matapelajaran terbaik je. Sebelum UPSR, matlamat aku bertambah, untuk dapat 5A. Tapi rezeki tak mari, aku dapat 4A, tapi Allah bagi aku anugerah yg lebih seronok, aku dinobatkan sebagai tokoh pelajar. Gitu. 

Naik sekolah menengah, bermulalah konflik jiwa aku dalam menentukan matlamat. Lagi-lagi masa form 3, macam nak pecah kepala aku nak pilih Science Stream ke Acccounting. Masuk kelas account, aku masih tak perform dengan baik, dan matlamat aku sangat kabur. Aku ikut je flow hidup aku. Masuk matrik, hidup lagi hati kering. Kawan seketul pun takda. Amek masa sampai 1 sem untuk sesuaikan diri. Habis matrik, nak pilih U pulak untuk degree. Bila nak isi borang UPU, baru aku nampak matlamat aku. Ya, aku pilih USIM drpd first choice sampai forth. Gitu. Asalkan aku dapat masuk USIM, untuk belajar Arab balik. Dan kat situ, matlamat aku tercapai. Aku dapat masuk usim, dan dapat belajar arab balik. Dan tidak lari dari masalah jiwa aku, masih di situ, terdapat setitik penyesalan. Tapi, bukan salah aku. Dan itu tak perlu di mention.


DAN SEKARANG, aku dah hilang matlamat sekali lagi. Untuk apa aku belajar, apa yg aku nak jadi lepas grad nanti? Aku sebolehnya tak nak jadi macam angah. Belajar bermati-matian course Fizik Industri, LI teruk-teruk kat kilang, end up jadi manager dekat call center syarikat alarm kereta. Bukan aku pandang rendah, jujur aku sangat kagum dengan angah. Tapi, sedih kot. Belajar lain, kerja lain. Sekarang, aku belajar course Account, course management. Takkan aku nak end up jadi guru bahasa melayu? Itu adalah sesuatu yg mustahil. Sangat mustahil. Menjadi guru BAHASA MELAYU belum pernah ada dalam kamus hidup aku. BM aku huru hara macam ni. Nak jadi cikgu BM? Sedih. 

Kesimpulannya, aku belum jumpa matlamat aku. Dan sekali lagi, buat kesekian kalinya dalam hidup aku, aku akan ikut flow, takdir, ketentuan yg Allah dah tuliskan untuk aku. Tanpa apa-apa matlamat. Aku harap ini tidak consistent. Aku harap matlamat aku akan muncul dalam sedikit masa lagi. 

Hidup tanpa matlamat adalah lifeless. Sangat lifeless. Macam bayar tigaposen masuk toilet lepas tu keluar balik. Sedih.




***psstt,,aku pernah ada matlamat untuk kawen dgn doktor. tapi itu matlamat budak kecik. shouldn't be considered as matlamat, i guess. ngahahaha

>..<"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...