Instagram

Sunday, October 7, 2012

Alkisah Enam Oktober

Assalamualaikum.

6 Oktober, genap dah sembilan bulan. Ni kalau cerai ni, dah 3 kali edah ni. Haha. Gitu. 
Memikirkannya, dah lama tak dapat video dari Madu Khaula. Heh. Ouhhhh stop sat stop sat. Hari ini, aku tak berapa nak ada mood untuk update sebenarnya. Tapi peristiwa malam tadi memaksa jari-jari gemuk ini untuk mengkletak kletuk di atas keyboard. 


Alkisah, di sabtu yang mulia semalam, aku bernawaitu nak bermalas-malas kat Baitul Wardah. Memandangkan Selasa n Rabu minggu depan aku ada test Intermediate ng Costing, maka, azam aku memberitahu bahawa aku wajib bersengkang mata mengadap kitab 10 kilo tersebut. Menjelang petang, aku call ayah. Sudahhhh katanya malam ni berkumpul rumah kakngah kat Puncak Jalil. Gitu. Udah dipelawa takkan nak cakap tak payah. Huahuahua.


Justeru, malam tadi, Along ditemani Ayiesh yg gendut, datang jemput aku kat Baitul Wardah. Pakai Neo dak bangteh. Tah apa dendam kesumat si neo tu, tengah-tengah jalan nak ke Bukit Jalil tu dia buat hal pulak pergi mati. Enjin mati, ekon mati, semua mati. Yang aku ng along dalam kereta tu ha mati kutu dibuatnya. Dahlah jammed jadah malam minggu, jalan pulak sempit kemain, gelap. Call punya call semua family, dah takda cara lain selain lepak dalam kereta tunggu. Temperature naik katanya. Temperature aku dalam kereta tu lagilah galak naik, kalau ikut tenaga Kabuto aku, nak je aku duduk bersila atas kereta sedut angin malam. Panas membahang dalam kereta tu toksah cerita.


Sedang menunggu tu ada la 2 3 kereta yg prihatin lalu sebelah slow-slow je. Aku serta merta naik darah ke kepala. 
Malaysians, memang extremely concern. Nampak kereta mati tengah jalan, pompuan pulak yg bawak, dorang sanggup berhenti sat tepi kereta, turunkan cermin tinted hitam kelam. Satgi tanya,"Eh kak? Apahal ni? Rosak ke?" Dah nampak aku kasik double signal tengah-tengah jalan tu boleh tanya lagi. Galak. Ikut rasa sayang hei rasa sayang sayang hei, nak je aku bidas,"Taklah, kitorang tengah picnic kat sini. Nak join ke?" Gitu. Aku pikir dia nak berhenti tolong apa-apa yg patut. Badan pun tough, tolak neo guna jari pun boleh gerak. Satgi dia boleh bagi salam je lepas tu tekan minyak terus blah. Nasib aku belum tahu cipta grenade sendiri, kalau tak memang hangus persona dia. Nampak baru lagi, no plat pun WW*. 

Dekat setengah jam aku tahan sabar, ada la sorang lelaki muncul dari depan. Along cecepat suruh aku tutup tingkat. Takut seram jugak. Satgi dia hulur pisau mintak duit cemana? Tinggal duit ptptn je ha. Tu pun negatif habis bayar yuran. Galak. 

Rupanya beliau nak tolong. Bagi salam, dahi bertanda. Dalam seram-seram tu, along ikut jugak ah cakap dia. Rupanya pak Arab. Probably student. Dia ajak la member dia sorang tolong tolak sama-sama encik neo ni ke depan sikit supaya tak halang jalan yg sempit tu. Mengah-mengah kau ha tolak kereta tu ke jalan depan sikit. Pastu dia tengok-tengok sikit. Agaknya dia pun tak berapa reti sangat. Dan dia mungkin ada hal, dia terpaksa undur diri. 

Yang buat aku panas hati, brader brader Melayu, ah tak melayu pun, orang Malaysia kita ni ha. Jangan kata nak turun sat tolong brader arab tadi, jenguk pun harammm, siap boleh block jalan lagi. Hati yg lemah ni meronta-ronta nak maki. Tapi fassobrun jamil. Aku sabar jugak. Lepas brader arab tu beredar, kitorang sambung tunggu lagi. Kali ni tunggu ayah pulak. Tengah tunggu tu, satgi ada satu kereta enjin turbo gedung gedang gedung gedang menuju kat kitorang dgn spotlight biru dari arah bertentangan. Keluar 2 brader melayu, muka macam tow truck punya orang, badan tough2. Sekali tengok, seram meremang. Agaknya dia tengok muka kitorang pucat memasing, cecepat ah dia bukak torch light pastu explain bagai ah apa yg tak kena ng kereta tu. Nak setengah jam dia belek2, letak jumper bagai, sumbat air bateri segala, berhenti pulak kereta hijau penuh pak arab dari kazakhstan. Muka seram2 keluar dari kereta terus masuk start enjin kereta kitorang. Aku yg lepak kat dalam tu tak seram pulak kan. 

Rupanya dia macam pandai memang bab2 kereta tersadai tepi jalan ni ha. Seram. Dah 10 minit gitu ayah pun sampai. Ada la dalam setengah jam lebih jugak kitorang menyadaikan diri kat tengah jalan tu sebelum neo tu boleh gerak semula. Lepas amek contact number brader2 melayu yg baik budi tu, kitorang meneruskan perjalanan. Sempat la pakcik2 buat jalan tar tu kena laser ng along pasal buat jalan before midnight, weekend pulak tu. Lepas aku teruskan perjalanan tu, berderet 3 bijik kereta tersadai tepi jalan. Jammed punya pasal, temperature kereta naik. Ke tepi jalanlah jawabnya.

Alhamdulillah selamat sampai jugak. Memang kesabaran teruji betul. Dah lah banjir kejap kat Nilai tadi, bawak ke Puncak Jalil kalau tak ada kesabaran yg ciput tu, cenderung runtuh semua tiang2 letrik yg ada tepi jalan tu. Heh gitulah.



Pape pun, ada hikmah. Kalau neo tu tak tersadai tadi, haram kitorang tak tahu apa masalah kereta tu. Galak. Yang penting, owner kereta yakni bangteh tak bising meroyan tengok kereta kena lanyak. huahauhua...!!


oh, 11 oktober bufday ain. rindu pulak. cis.


bye

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...