Instagram

Friday, October 5, 2012

Surat untuk Bangteh yg Dah Nak Kawen

Pertama sekali, sekalung tahniah kat bangteh sebab dah berjaya buat adik dia nan seorang ni rasa nak berhenti belajar lepas tu kerja terus. Tak sampai setengah tahun bawak balik BB, minggu lepas dia balik bawak SAMSUNG X3. Aku tercabar bila tengok henpon 'pinjam' SAMSUNG lama ihsan abang ipar aku sebab henpon aku rosak. Sedih. Si Intan yg kecik tu pun SAMSUNG CORBY. Gitu. Ma pun dah maju SAMSUNG CHAMPS. Nak taip mesej pun pakai jari je slide sana slide sini. Shiung shiung bunyiknya. Aku? Keletak keletuk dengan keypad. Gitu.


Oh itu bukan main point nya. Dua tiga menjak ni bangteh rajin bergayut sana sini dengan BB dia. Aku agak, lepas dia tarik X3 satu, dapatlah aku tarik BB dia. Harapan. Memang dapat. Dapat gelak. "Kau jangan nak BB sangat, Ika. Belajar dulu." Aku rasa terpukul. Terus pasrah sambil rembat X3 dia main game.


Oh yang tu pun bukan main point. Berbalik kepada bergayut sana sini dengan BB, ya, dia kerap bergayut. X3 dia pun ada gambar wallpaper yang ##$$^$%^#$. Huh. Lepas tu bila setiap kali call aku mesti cakap pasal rancangan masa depan dia. Nak tolak Neo amek Waja lah, nak simpan duit beli rumah lah, nak tukar kerja baru lah. Dan yang paling wow sekali, nak kawen. Part kawen tu aku macam, #@%#% sikit.


Nak kata aku tak sokong, tak lah pun. Aku okay je. Dah kalau sampai seru, kau nak kawen, kawenlah. Dah cukup harta benda kumpul 7 keturunan makan tak abes, ha kawenlah. Lagipun aku senak perut dengar dia cakap pasal rancangan masa depan dia setiap kali call aku. Paling senak ofkos lah part kawen tu. Ha kawenlah, kawen.


Namun, jauh di sudut hati aku yg paling dalam. *ha gitu* Aku ada satu perasaan yg hihi pelik sikit. Disebabkan dia je sorang abang yg aku ada dalam dunia yg fana ni, kan. Maka, apa pun keputusan hidup dia sedikit sebanyak bagi effect kat aku jugak. Tak sedikit pun, banyak jugak. Buktinya, keputusan dia untuk tak jadi sambung belajar menyebabkan aku tak jadi daftar MUET bulan 11 nanti. Bukan kes tak lepas, cuma aku saja nak amek muet ng dia. Dan bila sebut pasal kawen, agak besar jugak impak dia kat aku.


Aku tak tahulah kalau orang lain, tapi aku, sangat merasakan ketidakselesaan bila dia sebut pasal nak kawen. Hm. Sebab aku jeles. Agaknya lah kan? Sebab, hey korang faham tak perasaan bila korang ada SATU je abang kat dunia ni lepas tu abang korang yang SATU tu nak kawen dah. Perasaan dia macam pelik sikit au. Macam sebak-sebak gitu. Ha, kan.


Bila fikir balik, zaman kanak-kanak aku dulu, aku dgn abang aku macam langit ngan bumi. Tak rapat langsung. Sampai ada suatu masa, aku sangat yakin yg dia bukan abang aku, yg dia tak sayang aku langsung. Agaklah kan, kalau dah tiap2 hari bergaduh berebut robot transpomes, lepas tu dia selalu smackdown aku ngan adik. Tapi dia selalu main ng adik laki aku tu je, apa-apa hal, ajak adik. Main kereta control pun ajak adik. Lepastu bila aku nak pinjam dia tak bagi. Masa kereta control adik dah rosak, adik pinjam dia punya, bagi pulak. Biased gila ngan aku. Pernah sekali aku merajuk ngan bangteh, aku jerit kat dia, "Bangteh tak sayang Ika!!" lepas tu dia boleh jawab, "Ha memang pun!" Lepas tu aku terus nangis.


Setat daripada tu, ayah beli permainan barbie doll ke hapa ke masak-masak ke, haram aku tak layan. Aku gaduh nak jugak kereta control, robot transpomes yang ada control tu en, lepastu boleh jalan sendiri, lepastu tu patung Robocop. Gitu. Ha ada lagi satu tu permainan set Polis tu. Siap ada gari dengan pistol. Itu yang aku layan. Layan macam orang bodoh je la kan main sorang-sorang. Dah tu, abang aku tak sayang aku, tanak main ngan aku. Asek ajak adik je. Gitu.


Masa zaman sekolah pulak, dia terpaksa jaga aku kat sekolah. Masa aku darjah satu, dia kena datang awal sekolah petang supaya boleh jemput aku kat kelas sebab aku sekolah pagi. Lepas jemput aku, kena hantar aku pegi kelas kaklang sebab aku balik dgn kaklang, tapi kaklang keluar lambat. So, dia kena teman aku. Masa tu aku rasa dia macam terpaksa je buat macam tu.


Bila dah besar panjang dah sekolah menengah, kitorang lagi la tak rapat mana. Almaklumlah, aku sekolah lain, dia sekolah lain dah. Jumpa pun sabtu ahad je lah, nama je duduk serumah. Tapi kadang-kadang aku tegur dia jugak. Ha, masa tu dia dah tak wrestling aku dah. Kitorang dah boleh main PS sama2 bila balik sekolah. Lepastu, dia willingly ajak aku main game Metal Slug ngan Wresling kat PS. Masa tu adik sekolah pagi petang, sebab tu lah dia tak ada geng siang2. HAHAHA nampak tak masih ada biased kat situ. Adik takda baru ajak aku. HAHA.


Lepas tu, bila aku menengah atas, dia dah pindah Sabak, study kat Poli. Masa tu barulah aku rasa ada abang. Gitu. Sebab hari-hari call dia, eh tak lah hari-hari. Cuma kerap call dia. Lepastu kadang-kadang dia bagi duit belanja kat aku. Seronok. Masa tu, dia dah reti cerita masalah dia kat aku dah. Kau tau tak bila abang kau yg SATU tu cerita masalah dia kat kau, kau akan rasa macam BERGUNA gila lahir kat dunia ni. Gitu. Lepas tu, aku masuk matrik, dia masih kat Sabak. So, sangat jarang jumpa. Tapi call tu wajib lah at least seminggu sekali. Lagi-lagi awal2 masuk matrik tu aku homesick macam apa je, kan. Ohya, sebelum masuk matrik, aku sempat masuk hospital selama seminggu. Dekat Penang gitu, abang aku rela ponteng kerja lepas tu datang kat aku dari KL-Penang semata. Comel kan?



Setat dari bila pun aku tak perasan, bond antara aku ng bangteh makin rapat. Sangat. Aku dengan adik beradik lain memang sangat rapat sejak kecik. Dengan bangteh je tak, sebab masa kecik dia tak sayang aku, kan. sobsob T..T

Dan pada malam yg hening ni (hari tu punya cerita), aku rasa syahdu pulak bila teringat Intan menangis lepas bangteh cerita dia tengah plan nak kawen. Haha. Tapi jangan nak HAHA sangat kot. Masa Intan menangis malam tu kat meja makan, aku sebenarnya sebak gila jugak, tapi cover habis la kan. Untuk bagi tak banjir jugak, aku telan habis dua gelas mirinda oren depan mata sampai perut aku senak. Gitu. HAHA. Heh Intan memang setiap kali ada adik bradik yg nak kawen dia akan nanges. Almaklumlah dia anak bongsu, semua orang sayang lebih kat dia. Lagi2 bangteh, asal balik je mesti beli apa-apa utk Intan masa kecik2 dulu. Aku je lah menganga dari jauh tengok Intan dapat macam2. HAHA. Lepas tu bangteh je yg panggil BALQIES kat Intan, yg lain panggil Intan je. Lepastu bangteh siap bagi nama manja lagi kat intan, BOTAKMON. Sebab intan botak masa kecik2 even tak cukur pun. Memang spisis rambut tak tumbuh masa kecik.  Hahah. **pahal cerita pasal Intan pulak dah**



Hm..setakat itu je lah coretan hari ini. Kepada bangteh, abang Ika satu satunya kat dunia yg fana ini, Ika nak kongsi sikit kata-kata keramat Ma masa Ika cakap Ika nak kawen hari tu.

Ma pesan,
"Korang nak kawen ke, nak pindah ke, nak hapa ke, sara keluarga ni dulu, sara adik-adik dulu, nak harapkan ma ayah, susah dah, tolong adik-beradik yg susah kalau diri tu dah senang."

Pesan ayah,
"Nanti dengan adik-beradik jangan berkira sesen pun, jangan gaduh adik-beradik pasal duit, pasal harta. Yang penting, hati tu satukan dengan adik-beradik. Korang 7 beradik macam tali, ayah pegang dekat hujung, mak pegang kat pangkal, selagi mak ayah ada, korang takkan putus. Tali yg mak ayah pegang ni takkan putus. Kalau mak ayah dah takda nanti pun, tali tu takkan putus sampai bila2. Ayah mak dah didik korang 7 orang, jangan cerai berai adik beradik. Korang 7 orang ni, ada 7 ni je la dalam dunia. Hilang salah sorang tak boleh ganti dah dengan yang lain. Ingat tu, Ika."


Ayah selalu pesan, jaga tali ni baik-baik, mula masa Ika kat matrik lagi. Sekarang, Ika nak kongsikan dengan bangteh. Ingat ni ye teh. :')



***lepas ni mesti bangteh pikir balik en nak kawen ke nak hold dulu..HAHAHAHAHHA***



p/s: bgteh, kte dah tengok banyak contoh kan, from both sides, macam mana tali tu boleh putus just because 'that' thing. sebab tu ayah pesan banyak2 kali pasal ni, kan? hihi... nanti kalau bangteh dah kawen, bgteh still kena sara ika selagi ika tak kawen. hihihi. betul tak? NGAHAHAHA.

ktanxbye.
LOVE,
Ika yg comel.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...