Instagram

Thursday, November 8, 2012

Early Marriage, katanya.


Assalamualaikum...

I was kinda feel that people will get boring to read something cliche like ikhtilat, couple, early marriage and all that things. But then, that was totally wrong. Kat USIM ni je berapa banyak dah SPMM dgn firqah2 student yang organize talk2 berkaitan cinta lah, kawen lah dan sebagainya. Aku agak jakun jugak awal-awal masuk USIM macam culture shock habis, dengar senior sana-sini dah kahwin lah padahal belajar lagi. Tu kalau senior, sekali dengar budak batch aku pulak dah sempat kahwin masa cuti mid sem, masa sem 1 dulu. Lagilah jakun gila. Rasa macam adoi tua gila aku tak kahwin2 lagi, semua orang pakat kahwin habis dah. Siap boleh mengarut lagi kat mak nak kahwin cepat. Jadah apa.

Masuk sem dua, aku perasan aku mula sebal dengar orang cakap bab kahwin mahwin ni. Duit banyak dalam bank takpe jugak nak kahwin ke hapa ke. Ni duit dalam bank pun masih ber'titled'kan HUTANG, ada hati nak masuk meminang anak dara orang. Apa. 

Lepas tu mula la timbul orang cakap kahwin awal ni elok blablabla elak maksiat blablabla motivasi belajar blablabla. Alasan cliche gila. Nampak sangatlah yg kahwin tu sume pakat tak boleh belajar sebab 24 jam teringat kat pakwemakwe. Duhh. 


Duit pun tak larat nak kumpul lagi. Ilmu pun tak larat nak tanggung lagi. Buku pun serabut lagi nak baca. Mana nak pikir bini laki anak semua tu. Masak pun tak pandai lagi. Kalau dah hari-hari makan nasi bungkus dengan laki, apa bezanya kalau tak kahwin. Masak tak jugak. Kedai mamak jugak. 


TERBARU, gempar satu Malaya bila ada pasangan muda mudi yg kahwin terlebih awal. Yang lelaki 16 tahun, yg pompuan 14 tahun. Masing-masing sekolah lagi. Alahai. Apa ntah laki dia nak bagi makan kat bini tu? Sedih. Dah kahwin pun mak ayah tanggung masing-masing. Kalau dah namanya nak kahwin tu, bukankah maksudnya both sides dah ready gila nak pikul satu tanggungjawab yg besar. Untuk teruskan hidup dorang ke fasa yg seterusnya, untuk timba sebanyak mana pengalaman hidup. Means, kalau yg kahwin tu still bergantung hidup kat mak ayah, better kau tak yah kahwinlah kot. Dah kalau kahwin laki bini merempat umah mak ayah, brekfes lunch dinner mak ayah masak, aihhh tak seronok bunyiknya. 


SESUNGGUHNYA aku amat yakin lepas ni aku kena hentam teruk pasal DenaBahrin dah berjaya buktikan kahwin awal dan bercinta lepas kahwin adalah sesuatu yg baik. Ya, itu Dena Bahrin. Let's us see how it goes. That man, that married DenaBahrin memang dah jelas ada kerja ada harta boleh tanggung Dena, absolutely he did very well bila dia buat keputusan untuk tak tunggu lama melamar Dena. That's what we should call SWEET. Aku mengaku jeles dengan Dena. Gitu.


BUT THEN, pergi sekolah pun naik bas, yuran bas pun mak tanggung, lepas tu nak kahwin, tambah lagi sorang ahli, tak ke jadi double yuran bas tu nanti? I mean, perumpamaannya la. Bila sesorang tu masih ada dalam tanggungan parents dia, aku maksudkan LELAKI, dan dia belum mampu cari duit sendiri untuk sara hidup dia, just think on how he would manage to give life to his wife? Boxer dia pun mak dia belikan lagi, inikan pula nak jaga anak dara orang. Sedih. Jujur, aku dan beberapa wanita di luar sana, mungkin tidak bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki yg tak ada pendapatan tetap. 

DAN LEPAS NI aku dah ready dengar cemuhan beberapa pihak yg mengatakan perempuan materialistik. Sila cemuh. Saya tak peduli. Apa pun gelarannya, materialistik nya perempuan itu pasti ada sebab. Hm. Sekarang, ayuh kita fikir satu lagi PERUMPAMAAN ini.

  • Seorang lelaki, penganggur terhormat, belajar takat sijil, kemahiran cari duit tak berapa hebat, tapi cakap pung pang pung pang macam wakil rakyat, income seringgit dua. DAN, 
  • Seorang lelaki, menganggur 3 bulan selepas grad, bekerja office hour, makan gaji, kerja bawahan walaupun ada degree, ada sifat kepimpinan, kemahiran cari duit boleh tahan gempak, income belum cecah 5 angka, tapi matlamat dan niat dah ada.


Wahai wanita Melayu terakhir sekalian, jujurnya, lelaki 1 lebih kacak drpd lelaki 2. Korang pilih mana? AKU PILIH LELAKI 2. Sebab? Sebab aku nampak masa depan AKU akan cerah. Means, even dia kerja makan gaji, dia masih ada income, dia masih ada partition from income dia yg dia boleh bagi kat aku sbg nafkah. Dia masih ada simpanan untuk start bisnes, or utk kegunaan dia sendiri. Yang penting, dapur aku akan sentiasa berasap. Dan disebabkan dia ada kemahiran cari duit, he might be not only depending on kerja dia ofis hour yg makan gaji tu je. Dia mungkin kerja sendiri. Income pun besar. Masalah kewangan kurang. 


SESUNGGUHNYA wahai wanita-wanita di luar sana, kadar penceraian dan keretakan rumah tangga di Malaysia, majoritinya berpunca daripada masalah kewangan yg tidak stabil. Poket cepat koyak. Maka, berlaku salah faham dan tuduh menuduh. Gitu. Ni bukan aku cakap. Dato' Fadzilah Kamsah cakap ni. 


OKAY LEPAS NI mesti ada yg persoalkan, "So, apa nasib lelaki-lelaki yg tak da duit tu? Takkan dorang tak boleh kahwin?" Jadah. Nak kahwin? Pi lah kerja apa pun asalkan halal. Dah cukup duit, pi masuk meminang. Payah apa? Orang yang duduk ceruk kampung kerja tanam jagung tanam sayur tu pun boleh hidup duduk rumah banglo kereta porsche bini lawa anak ramai. Hidup elok je. Tak da cacat apa pun. Kerja tanam jagung je padahal. So, fikir2kanlah. Kalau nak kahwin, pastikan kewangan dah stabil. Jangan kerana CINTA semata mata ILAPYOU ULAPME pastu kahwin pastu cerai. Sedih.


DAN YA, entry ini melibatkan catatan kontra di situ. Pro n Cons, you decide which path you want to walk on, as long as the decision will benefit to both parties. Sebab kadang-kadang, kita lupa yg kita hidup bukan dua orang je dengan pakwe makwe cinta mati kita tu, kita lupa kita hidup jugak dengan keluarga pihak yg di sana, dan masyarakat. Jangan sebab selfish dengan cinta mati korang, ada adegan tarik-tarik rambut dan baling pinggan mangkuk antara dua pihak. 

LASTLY, kepada perempuan, sahabat2 aku yg dikasihi, kahwinlah dengan orang yg kau rasa boleh meningkatkan rasa cinta pada Allah. Itu jalan terbaik :D
Bila ada redha dari Allah, semua yg baik akan datang pada kita. InsyaAllah.
Dan, kita dah diberi panduan empat syarat memilih pasangan. Salah satunya, kekayaan. On top of that, tengok agamanya dulu. Hmm. 



**nampak tak macam aku kena tukar profesyen daripada pelajar sepenuh masa kepada perunding perkahwinan. Nampak? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...