Instagram

Sunday, December 2, 2012

First Impression



People's first impressions towards me, never change. 

#arrogant
#fierce
#selfish
#passive
#foreverAlone

Dan aku tak tahulah tang mana muka aku ni yg macam forever alone tu. 

Seriously, up to this second, not even once I've heard anyone tell me that I'm friendly, lovely, or even cute-.- for their first impression towards me. 

Sekali bila dah tidur setoto baru hangpa tau aku ni lagu mana. 

-------------------------------------------------

"Dulu masa awal2 kau masuk umah ni aku takut ng kau. Aku tak tau macam mana nak hidup ng kau!"-eton

--SEKARANG CAMNA--

"Kau gila. Seriously gila. Jauh beza dgn first time aku jumpa kau. Aku tak sangka kau begini."

-------------------------------------------------

"Kau tau tak aku penah tak suka kau dulu. Aku rasa kau ni sombong. Tengok muka pun tau."-aeng

--SEKARANG CAMNA--

"Tak tau nak kata apa. Kau macam adik aku!"

------------------------------------------------

"Aku takut ng kau Ika. Aku tanak tegur kau. Kau garang."-Ha

--SEKARANG CAMNA--

"Ika gila. Nampak je #%#@ tapi suka nangis. HAHA."

------------------------------------------------

"Makcik, Ika tu garang kan makcik? Suara dia tu @#$@#."-ain kecik

--SEKARANG CAMNA--

"Aku rindu kau, nak jumpa kau!"

------------------------------------------------

Bukan nak kata apalah. Mana yg cakap aku sombong selfish bongkak forever alone sume tu pakat dok kata aku gila lah otak jem lah senget lah lucu lah comel lah comel lah comel lah. Tuuu aku nak kata apa lagi? 


Kemon la kawan baru, hang tak kenai aku lagi dah dok kata aku menyombong. Kot la hang tegoq aku lepas tu aku blah macam tu ja, ha buleh la hang kata aku menyombong. Kesian kat aku tau dak, asai masok tempat baru ja aku yg kena approach orang, yg lain buat muka pelik kat aku macam tengok apa lagi aihh..bukan aku nak makan hangpa pun. 











Tu belum lagi hat yg duk mengata aku ni garang. Tu lagi satu yg aku tak paham tu. Garang teqa mana sangat la aku ni. Nak kata aku marah kat depa sampai tunjai2 kepala, tak dak pon. Aku elok ja cakap baik ja, tak dak pi rodok tikam ng pisau semua, tak dak. 




NERD. Yg ni lagi satu keajaiban dunia. Mentang aku pakai spec tebai bingkai penuh pi kelas bawak buku kiri kanan dalam beg besaq hapa semua, dok kata aku NERD. Ni cek oi, orang nerd ni biasa hat dekan dekan nuu. Aku ni belum tahap dekan lagi, tengah malam galak FB Twitter, siang2 tengok gambaq korea, bangun pagi tak mengadap buku, mengadap roti buku ja. Dok kat aku NERD. Hang dengaq dulu gaya aku bercakap ni macam mana, baru hang tau. 












Sapa yg kenai aku semua pakat menyesal pasai dok percaya 1st impression depa. Padahai tu semua tipu daya dunia tu. Aku elok aih, insyaAllah tak sombong. Garang? Kalau dah hang mai kat aku tunjai kepala aku, takkan aku nak biaq kot? Mesti aku taboh double punyaa kat kepala hang. Normal la tu. NERD? Dah2 la tu percaya perkara khurafat. Benda semua tak dak kaitan ngan aku aih. 


Oleh itu sahabat sekalian alam, janganlah 100% percaya pada 1st impression hangpa terhadap seseorang. Bukan kata tak boleh percaya langsung, walaupun betul, 1st impression sangat memberi impak besar, yg kekal dalam kepala otak, tapi cuba approach dulu. Manusia ni, rambut je sama hitam, kepala otak lain2, hati lain2, berat badan pun lain2. 

OKAY? 

Dan aku, tak dinafikan tak dak satu pun first impression aku yg betul. Mungkin aku yg tak tau nak guna 1st impression tu dgn baik kot.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...