Instagram

Monday, December 24, 2012

Sahabat Soleha :)


People don't understand how we love each other. We've known each other for only 2 years. We get to know each other and seeing each other every single day for only 10 months. Yes, 10 months during matriculation program. 
Now, we're far apart. One in south, another in west. So far that we couldn't see each other. But we're still connected. Extremely close. 


Assalammualaikum pembuka bicara bagi hatiku yang sepi tanpa kehadiranmu, wahai saudari yang kian jauh dariku, adakah kau dapat merasakan apa yang kurasa? Angin bertiup, badai berlalu namun kau tak jua muncul muncul.dimanakah kau wahai teman?adakah kau lupa pada janji janji yang kita simpulkan dahulu?
[Soleha Hassan, Friday, 21 December 2012, 2328]


Waalaikumussalam penyantun bicara hatiku yg turut sunyi tanpa tawamu. Wahai kasih yg jauh di timur, sungguh aku sangat merasa rindu padamu walau aku tak pasti apakah itu yg kau rasakan. Hujan panas silih berganti, purnama menjelang penuh, kau jua tidak muncul. Aku masih di sini, merasa lemah dan lemas tanpa tawamu. Tidak pernah sekalipun aku melupakan janji kita, namun apa yg aku khuatirkan, masih adakah masa utk janji itu terpatri. Duhai kasih yg mendatangkan senyum di bibirku, hal yg pasti saat ini, rindu dan kasih aku padamu, lillahi Taala. Kerana engkau sahabat, juga kasih yg hadir di saat aku merindu. Jangan khuatir aku melupakanmu, kerana hanya Allah yg Berkuasa atas segalanya, dan hanya mati yg memisahkan jasad dari rohnya, hanya Allah yg berhak memutuskan apa yg tersimpul, dan hanya Allah yg Maha Mengetahui bahawa aku merindumu, sahabat fillah ku.
[Nurzalikha Othman, Friday, 21 December 2012, 2335]


Wahai pencinta murabbi, aku bukanlah permata juga bukan mutiara di lautan, aku hanyalah aku.seorang sahabat yang sentiasa merinduimu.lillahi taala. Galakan,dorongan yang sentiasa kau berikan kepadaku menjadi asbab aku terus melangkah berjuang di dunia yang sementara ini. Aku sangat merindukanmu walau apapun terjadi. Di saat aku memerlukanmu kau tiada disisi membuatkan aku kadang kadang tersadung melangkah di dunia ini. Menjadi lumrah kehidupan bagiku yang hidup berjauhan denganmu.Kau sentiasa hadir dijiwaku. Hatiku sentiasa menyebut namamu walau waktu kian berlalu.Kuharap kau sentiasa merinduiku.
[Soleha Hassan, Friday, 21 December 2012, 2346]


Aku mengerti hatimu duhai pelengkap sendu tawaku, kerana aku juga begitu. Kata-kata yg kau pernah curahkan dulu, di saat kita masih berlari-lari ke kuliah, bersuka-suka di astaka, masih terpahat di ingatanku. Sungguh, aku merinduimu. Sungguh aku mengharapkan agar umur ini dipanjangkan agar dapat bertemu kembali. Apapun yg menjadi asbab langkahmu diteruskan untuk berjuang, sesungguhnya ia dari Allah dan aku hanya pengantara. Usah kau tersadung saat aku berada jauh. Letakkan aku pada hatimu, wahai sahabat, inshaAllah kau akan merasa aku dekat. Sebagaimana aku merasakan dekatnya engkau dengan aku sekarang. Sungguh hati tersentuh, kau kembali.
[Nurzalikha Othman, Saturday, 22 December 2012, 0003]


Sesungguhnya kata katamu ibarat bunga yang menguntum mekar di hatiku. Aku begitu tersentuh dengan katakatamu wahai sahabat. Teringat kembali saat kuterlena pada hampir kesemua kuliah, dan disaat itulah kau mencuri curi gambarku. Di saat kau bersekongkol dengan semua orang mengenakanku.ahh, aku sangat merindukanmu..
[Soleha Hassan, Saturday, 21 December 2012, 0045]


Bunga yg menguntum mekar di setiap meja kerusi di dewan kuliah dulu? ;) Aku juga sangat merindui semua itu. Kata orang untuk mengenali hati budi seseorang mengambil masa yg lama. Tapi kau, sahabat, 10 bulan cukup mengajar aku erti ukhuwwah yg terbina. Kau, salah satu tiang yg menegakkah ukhuwwah kita.
[Nurzalikha Othman, Saturday, 22 December 2012, 0145]

She loves me, that's enough :)

For thou, Ha, I do love you. Just thought of you makes me smile. Do pray for our friendship last til Jannah inshaAllah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...