Instagram

Thursday, January 24, 2013

Kakak Usrah vs Kakak Rebonding.


Aku pantang betul dengar orang cakap cani.

"Duhh harapkan tudung je labuh....."

atau..

"Harapkan pakai tudung je woi..."

Wei paling kurang dia boleh mengharap pada tudung dia tu, kau nak harap apa? Rambut karen kena air karat? It may be such harsh words but I'd love to tell you one thing, kau confirm masuk neraka selagi rambut berkarat tak bertutup. Okay? Oh no plus dengan mulut kau lagi tu...hm..

-okay tak bermaksud nak berkasar, cuma nak kasi tau. Seruan suruh pompuan tutup aurat tu dah sampai beribu-ribu tahun dulu kot. Kau nak tunggu seru apa lagi? Tunggu dapat barah otak boleh hidup sebulan dua je lagi baru nak sahut seruan ke cane?

Eh bukannya bengang. Aku ramai je girlfriends yang free hair. But then, as long as kau tak cakap banyak, tak mengutuk kat belakang, aku boleh consider lagi yg kau sebenarnya manusia yg baik cuma kau tidak tahu tentang sesuatu perkara. Tapi kalau dah reti hukum agama, tapi buat muka innocent macam tak tahu apa-apa, alih-alih mengata kakak-kakak usrah yg bertudung labuh bagai, kalau tak kena lempang tu nak wat cane? Ha?

Tak. Lempang bukan caranya. Aku tahu. In fact, mulut aku pun boleh tahan laser jugak. But hey kalau nak mengata pun pandang-pandang la. Kenapa kena pertikaikan appearance someone yg ikut betul2 hukum Islam? Waeyo? Why?

It's okay kalau kau panas pakai tudung labuh, start from bawal 50' it's okay. 45'? It's okay. Tapi bukan hak kau nak mengata kakak-kakak usrah tudung labuh tu dengan kata-kata yg kau sendiri pun belum pasti. Ukuran ilmu, respect, attitude bukan kira berapa bidang labuh tudung dia. Tapi, bukan bermaksud yg diorang, kakak-kakak usrah tu, perfect.

Well, at least, dia tahu jaga diri, yg penting, dia tahu jaga agama, dan tahu hukum yg basic tu. Hukum menutup aurat. Dia tahu yg tu. Kau? Wei, sedih. Kau tahu hukum tutup aurat. But then kau bahagia tayang rambut. Rambut kau cantik, wangi, I know. Tapi, cukuplah. Kalau tak mampu nak ubah diri sendiri kepada yg lebih baik, janganlah mencela orang yg nak berubah jadi baik tu. At this moment, aku tak rasa bersalah untuk katakan, kau nak ke neraka, pergi sendiri. Jangan ajak orang. Kakak usrah tudung labuh tu nak pergi syurga. So, don't touch her. Walaupun aku tahu sebagai seorang dai'e, seseorang kena ajak sahabat dia masuk syurga sama-sama.

Tapi, kalau kau rasa SERU kau belum sampai, just keep praying that Allah will give times, more than what you've predicted, for you to realize your obligation as a Muslimah. Janganlah guna ayat belum sampai seru or whatsoever, that was extremely pathetic. Jangan guna ayat tu. Kau diam je lah. Tak pun pelan-pelan kayuh, pakai tudung adik ke apa ke. Yang penting, jangan cakap apa-apa yg boleh buat orang sentap. Sebab kau tak tahu, orang tu semayang ke tak, kalau dia semayang, dan dia berdoa, nasiblah. Kau tahu kan doa orang yg teraniaya? Eh teraniaya lah tu kalau kau malukan dia depan orang ramai, kan?


Ustaz Luqman pesan, jangan menghukum ibadah orang. Sebab ibadah tu antara dia dengan Tuhan dia, dengan Allah. Kau tahu apa kegiatan dia pukul 3 pagi? Kau tahu? Tak, kan? So, jangan hukum dia kata itu-ini. Salah ke dia, betul ke dia, Allah lebih tahu.

Kepada kakak-kakak usrah tudung labuh, semoga istiqamah, semoga Allah kurniakan kalian hati yg teguh sebagai dai'e di muka Bumi ini. Jangan tinggalkan medan dakwah, walaupun perit. Bak kata cik Mun, Mujahidah itu pahit, kerana syurga itu manis. Ada ganjaran untuk kalian, insyaAllah. Teruskan dakwah kalian :)

Kepada kakak-kakak rambut wangi, semoga kalian sentiasa dipandang Allah, semoga kalian terpilih untuk menjadi hamba-Nya yg taat inshaAllah.


**coretan hari ini bukan untuk menuding mana-mana pihak atau menyalahkan mana-mana pihak, cuma rasa bertanggungjawab apabila sahabat dakwah dimalukan dalam keadaannya yg masih baru dalam dunia dakwah, dalam keadaannya yg masih baru mengenal Islam.

Maaf kalau ada yg tidak senang dengan penulisan kali ini, mohon tinggalkan komen. Aku menganggap hal ini serius.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...