Instagram

Friday, January 11, 2013

Monolog Dalaman - First Love



Kadang2 aku rasa rindunya Ya Allah. Hati ini, keras mana pun aku didik untuk berhenti berharap, untuk berhenti ingat semua yg dah jadi, untuk berhenti jadi lemah, rupanya memang tak mudah. Hati ini, macam mana kental pun aku ajarkan supaya tak lemah bila mula teringat, supaya tak resah bila terbayang, tapi degil.

Aku cuba untuk tidak mengadaptasikan sifat semulajadi aku yg perasan ni. Tapi Hati aku kata,"Itu kau, Ika." Syaitonirrojim memang pakar. Kalau mampu aku rejam seekor dua malam ni, nescaya tidur malamku lebih lena inshaAllah. Entah kenapa semalam Hati ni mengada-ngada nak godek henpon lama. Katanya nak cari nombor Cik Lin, pensyarah matrik dulu. Bila scroll down contacts, maka terpaparlah nama itu. Nama yg dah dua tiga kali aku tekan delete lepas tu cancel. Mujur ma bagi pakai henpon beliau, sekurang2nya aku tak nampak nama tu, tapi masih wujud dalam henpon baling anjing tu.

Dua minggu lepas format laptop, dengan harapan saja2 terlepas pandang dua tiga file yg tak mampu nak delete tu, terhapus dengan sukacitanya. Tapi akhi Naqieb lebih pakar menyimpan dan membekap semua file. Sampai ke tangan aku laptop tu kembali macam dulu, cuma lebih laju. Dan file2 tu, masih ada.

Pagi tadi bukak video2 tu. Sayunya Hati Allah je yg tahu. Mengadu kat ma, kata ma, siapa suruh simpan? Kata percaya jodoh Allah bagi? Kenapa nak mengharap sampai macam tu sekali? Mungkin ma lupa anak manja ma ni kemain payah nauzubillah nak buang barang.

Sekarang, aku tak tahu. Ayah kata, biar renggang asal jangan putus. Ada hikmah untuk dia, ada hikmah untuk kita. Ujian Allah bagi sebab Allah sayang. Ujian hati Allah bagi sebab Allah tahu kita boleh manage, manage untuk beri cinta lebih pada siapa. Ujian tu pun nikmat. Nikmat tu pun ujian. Kalau Allah bagi kita senang tu sebab Allah nak uji kita ingat tak nak bersyukur pada Dia. Kalau Allah bagi susah Allah nak uji tengok pada siapa kita minta.

Seronoknya kalau jadi macam ma. Positif je. Best kalau jadi macam ayah, selalu ada solution. Dulu dia selalu cakap aku anak yg tabah. Aku rasa dia tipu, untuk pujuk hati aku supaya kenal erti tabah yg sebenarnya. Selalu dia kata dia tahu aku boleh. Walaupun aku rasa dia tipu, untuk yakinkan yg aku boleh berusaha. Selalu dia kata dia tahu aku kuat, walaupun aku tahu dia tipu, untuk tolong aku kuatkan diri aku. Saiko. Dan aku termakan. Sebabkan kebergantungan, aku tak tahu kuat macam mana lagi aku mampu paksa diri aku ni, aku tak tahu level ketabahan aku ni dah sampai mana. Aku tak sedar pun kebolehan aku ni, tapi still, aku ikutkan jugak jalan yg ada. Aku yakin ini jalan yg Allah bagi untuk aku.

Aku yakin Allah bagi aku untuk buat keputusan tinggalkan dia yg aku dah terjatuh sayang, supaya aku tahu kenapa aku kena berhenti. Allah bagi aku buat keputusan untuk tetap tunggu dan doa sebab Allah nak ajar aku erti sabar. Dan sekarang aku yakin, aku memang tabah. Allah bagi aku buat keputusan untuk diam sebab Allah nak aku mengadu dengan Dia je.

Aku selalu takut dengan keputusan aku, termasuk kali ini. Aku tak yakin, aku takut dengan outcomes nanti. Tapi aku layankan jugak. Sebab aku cuma boleh yakinkan diri aku, Allah akan tolong aku. Aku ajar diri aku cakap hari-hari Allah ada tolong Ika, Allah ada teman Ika. Jangan takut.

Jadi sekarang aku faham kenapa dia buat macam tu. Kenapa dia selalu letakkan keyakinan dia pada aku. Kenapa dia selalu yakin aku kuat, bila aku rasa aku manusia paling lemah. Kenapa dia selalu yakin aku tabah, bila aku rasa aku manusia paling kuat nangis. Kenapa dia selalu yakin aku boleh buat, bila aku sendiri tak mampu nak mula apa-apa pun. Aku tak pernah pikir yg aku akan berfikir macam mana yg aku fikir sekarang. Aku tak peduli kalau ni semua bukan niat dia yg sebenar. But I'd loved to think this way. Ada hikmah, ada hikmah, ada hikmah. InshaAllah.

Aku yakin Allah dah simpan yg paling baik untuk aku. Mungkin bukan dia, mungkin dia, mungkin yg paling dekat, mungkin yg paling jauh, tapi aku yakin, Allah dah sediakan yg terbaik.


Monolog dalaman malam ni paling bermakna, dengan juraian air mata. Maaf sebab banyak khilaf, banyak mungkir janji. Mungkin sebab dah 2013, dan dulu 2011. Lama? Sangat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...