Instagram

Friday, January 11, 2013

Selamat Hari Jadi Walid.

Salam...
Kau anggaplah ni pre-present untuk birthday kau hari tu, okay? :) Aku tak reti nak bagi apa. So, ni je lah. The real present will come after this. I'm trying not to give you something worth to eat since kau dah gemuk, so aku akan bagi benda yg kau tak boleh makan. Mohon terasa.

 
 thanks dapat medium bar cadbury black forest!! :)

Oh ya, bersempena dengan hari bahagia kau hari itu, aku nak ucapkan selamat hari tua lah. Semoga panjang umur, selamat pendek umur, semoga cepat kahwin, jadi anak soleh, cucu soleh, walid yg soleh, atuk yg soleh, hamba Allah yg soleh. Insha Allah.

Ohya, jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan, jaga hati, jaga iman. Macam mana galak kita berjimba bersama pun, macam mana over kita bergurau senda pun, macam mana melampau kau buat aku nangis pun, semoga iman kita tetap teguh, semoga hati kita tetap kuat, semoga minda kita selalu positif. Eh, kita? Kau je lah. Aku ok je. Haha.

Oh, juga belajar rajin-rajin. Kau dah kalahkan aku sekali, so bersedia, aku nak kalahkan kau balik. Okay? Hm, halalkan ilmu masa kita belajar sama-sama selama ni, halalkan ice lemon tea yg kau selalu beli utk aku sem lepas. Ada la dua tiga botol yg kau tak amek duit en? Mohon halalkan dengan ikhlas :) hihi

Hm...Sempena dengan 10 jan hari tu jugak, semoga kau jadi manusia yg macam Muhammad Syafiqh Azmi, bukan macam manusia lain yg tah pape. Okay?
 
 Ha dari kanan, walid, anak yg comel, dan mak :) HHAAHA
 
Hm...lagi ape...?

Hm...oh ya, semoga kau jadi sahabat yg baik untuk semua orang :) Kalau ada orang kata kau jahat, aku boleh back-up, sebab aku kenal kau. So, kalau ada orang tanya,"Wei, Ika tu yg mana?" kau kena cakap "ala yg comel tu" okay? Hahah.

Oh haaaa, lagi satu. Di kesempatan yg sempit ni, aku nak minta maaf lah. Eleh suka lah tu kan. Aku yg susah nak minta maaf ni pi merayu maaf kat kau. Tak payah suka sangat okay. Hm, minta maaf okay sebab selalu meng'annoying'kan kau dengan ke'cengeng'an aku.

Eh pasal kau kata kau buat aku kat kafe kk1 hari tu, let me reveal the truth, masa tu aku bukan nangis sebab kau cakap aku tak boleh makan burger special pun. Aku nangis sebab aku malu. Malu sebab TERorder burger special sedangkan semah order biasa. Haha. Lagipun masa tu aku macam tak betul sikit sebab penat en. Tapi masa tu dah ternangis kan so aku meletakkan je lah kesalahan tu kat kau. Ish.

Ha, semoga najah imtihan kali ni. Dapat result jangan lupa jaja kat aku dulu, okay. Kalau result aku lagi gempak dari kau, baru aku bagitahu kau. Kalau tak, aku takkan contact kau sampai sem depan. Wahhh drastik. HAHA.

Okay tu je la. Lastly, mohon Muhammad Syafiqh Azmi jadi insan cemerlang dunia Akhirat amiin. Juga aku doakan semoga kau dapat jodoh yg solehah amiin amiin amiin...semoga cepat nikah cepat walimah amiin amiin amiiin semoga dapat zuriat yg soleh solehah comel periang comel comel comel macam aku so aku boleh jadi kakak yg comel kepada mereka gitu. Ha. Amiin amiin amin...

Okay dah tu je. Sanah helwa ya sadiqiiiiiii !!! Eh salahhhh..sanah helwa ya walidiiiiii!!! :) hewhewhew
*shiunggggg pommmm - bunga api*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...