Instagram

Tuesday, January 8, 2013

Trivia Kemanusiaan. Palestine.



Ada orang kata, "Kau setakat share2 gamba Palestine, Syria, Gaza, update status pasal Palestine, minta doa untuk Palestine, Syria, Gaza, tapi kau duduk depan lappy 24 jam, kau ingat kau dapat apa?"

Ada pula orang cakap,"Aku tak perlu nak isytihar aku doa untuk Palestine, Syria, Gaza. Cukuplah Allah tahu keikhlasan aku berdoa untuk Palestine, Syria, Gaza."

Dua-dua benda baik aku rasa. Okay kalaulah tak terdetik pun keikhlasan kat hati dia untuk berdoa untuk Palestine, Syria, Gaza, but still dia post, share, update tentang Palestine, Syria, Gaza, dah kira bagus. Mungkin kat dia tak ada manfaat, tapi sebenarnya dia dah bagi tahu kat semua orang dalam friendlist FB or follower Twitter or follower Blog dia tentang Palestine, Syria, Gaza. MUNGKIN. Dan if ada satu hamba Allah yg dalam friendlist dia ni sangat2 terkesan, sangat2 tersentuh, dan inshaAllah sangat2 ikhlas dengan doanya untuk Palestine, Syria, Gaza, siapa yg dapat manfaatnya? TETAP ADA.




So, thanks to those yg selalu update pasal Palestine, Syria, Gaza. Aku adalah salah seorang yg terkesan dengan isu Palestine, Syria, Gaza. Aku manusia yg sangat lemah jiwa bagai...aku tak pernah update tentang Palestine, Syria, Gaza pun sampailah satu hari aku jumpa gambar2 Palestine, Syria, Gaza dekat wall FB aku. Di post oleh seseorang yg aku tak kenal pun. Thanks to him, aku kenal perjuangan Palestinians. Padahal sebelum ni aku tak pernah ambil peduli sikit pun tentang isu Palestine, Syria, Gaza, pergolakan Mesir, Libya dan sebagainya. Mungkin sebab persekitaran, dan juga sangat kurang atau senang cerita, TIADA peringatan, maka aku tak ambil peduli. Dan aku terus galak update pasal Palestine, Syria, Gaza. So, janganlah suka2 nak hukum 'kau munafik, minta orang doa tapi kau lagha dengan dunia maya'. Kau bukan Tuhan untuk menghukum, kau takkan pernah tahu keikhlasan hamba Allah. Kau takkan pernah tahu perasaan orang yg kau tak kenal. Sedangkan perasaan kau sendiri kau susah nak pastikan, jangan tuding jari memalsukan keikhlasan orang lain.
 

Dan that second one, dia doa banyak2 setiap malam, dia tahajjud setiap malam, soalat hajat minta Palestine dibebaskan. Tapi dia tak pernah pun update, isytihar kat dunia tentang Palestine. Dia hidup macam biasa, macam orang yg tak peduli, macam orang yg tak tahu. Walhal hati dia tak pernah berhenti berdoa. Jadi kau nak hukum dia sebagai apa? SELFISH? Cukup. Doa dari hujung dunia pun sampai untuk Palestine. Itu kalau dunia ni ada penghujungnya. Doa, senjata paling kuat. Ini yg terbaik. Tak mengapa kalau ada yg kata 'kau tak tahu erti perjuangan, kau tak tahu isu dunia Islam, apakah kau masih bangga dirimu digelar Islam sedangkan saudaramu bertumpah darah di sana dan kau bersenang2 di sini?' Sebab Allah tahu, Allah dengar doa kau untuk saudara di sana.
 


Aku terpanggil nak buat entry ni sebab aku sendiri. Aku merasakan kadang2 diri aku adalah watak dalam kes pertama, dan kadang2 aku merasakan watak aku dalam kes kedua. Tapi sedih bila tengok orang kondem habis-habisan kepada hamba2 Allah yg selalu update pasal Palestine, Syria, Gaza dekat FB or Twitter.
"Kau setakat update kat FB tapi tak buat apa2 buat semak wall aku je."

"Kau tak penat ke share2 gamba ni, semak kot."

"Setakat share tapi sendiri tak buat tak guna la."

Allah kata kalau ada sebesar zarah kebaikan, tetap ada pahala. Aku mohon Allah kurniakan redha untuk setiap post aku untuk Palestine, Syria, Gaza. Aku jarang update Palestine, Syria, Gazadekat blog sebab sambutan tak menggalakkan. FB dan Twitter ramai orang boleh baca.

Dan aku mohon Allah kurniakan aku hati yg ikhlas untuk Palestine, Syria, Gaza. Dan untuk negara2 Islam yg lain. 
  


Aku menulis kerana terpaksa. Kali ini, betul-betul terpaksa. Sebab aku tak tahan marah tengok orang2 yg 'dah lah kau tak buat apa2 langsung, lepas tu kau nak bising wall kau penuh dengan post pasal Palestine.' tapi aku tak nak hukum dia, aku nak bersangka baik. So, aku andaikan ada doa dari dia untuk Palestine, cuma dia rimas tak dapat tengok update orang lain sebab penuh kat wall dia dengan post2 Palestine. Kan? Boleh jadi, kan?

Hm. Cukup. Ayah kata kalau dah tak larat nak tegur, doa je bagi dia sedar sebelum tersasar jauh.

Last but never least, doa sekali untuk Palestine, Syria dan Gaza, ya :)

1 comment:

Jah said...

sabariah ya ika

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...