Instagram

Tuesday, May 7, 2013

Aku Tak Paham

Dalam banyak hal, aku memang ada perasaan tak puas hati.


Bukan tak puas hati...

Sebab tak sefahaman...

Sebab tak setuju dgn gaya pemikiran mereka...

Sebab mereka salah...

Sebab aku betul...

BUKAN.



TAPI, sebab aku TAK PAHAM.




Dalam banyak hal, ramai yg mengelak aku, sebab aku selalu bertanya. Dan pertanyaan aku *katanya* terlalu straight forward, jujur, tak bertapis.

Padahal aku nak tahu.

Ustaz Dr. Luthfi kata,"What is the stupid question? A question that have never been questioned."

Jadi, apa yg aku tanya bukanlah soalan bodoh kan? Since mana ada soalan bodoh dalam dunia ni unless soalan yg tak pernah diutarakan. KAN?


So, bila aku bertanya, janganlah terus cop aku golongan itu ini. Aku cuma TANYA.

Lepas tu mula la nak jauhkan diri dari aku. Aku tak bunuh korang pun la kalau aku tanya dan korang tak jawab.


Just tell me that you don't know the answer of the question that I asked, enough. I can ask someone else.


Sedihlah.


DALAM BANYAK HAL...aku selalu rasa..."Apahal aku tak pernah tahu sebelum ni?"
Ini selalu, dan banyak, berlaku bila sentuh hal-hal agama, bab hukum-hakam, bab ibadah, bab sirah. Banyak benda yg aku tak tahu. Aku tak nak salahkan faktor yg aku ni tak sekolah agama so aku tak tahu dan ia adalah okay. NO. Takda reasons aku nak gunakan alasan tu, aku agama Islam, Islam tanggungjawab aku. Yang tu aku paham.

Tapi bila aku tanya bab agama kat sesetengah orang, yg maqamnya bukanlah setinggi para ulama', cuma sahabat2 aku je, mesti aku akan dapat jawapan yg mengecewakan.

"Weh benda ni basic kot, takkan kau tak tahu. Kau agama apa?"

Ini yg paling teruklah aku kena, yg lain tu macam kena cucuk ng jarum je bisa dia. Tapi sedihlah kan. Aku tanya sebab aku tak tahu. Kau ingat kalau aku tahu, aku nak tanya ke?

BILA MASUK HAL2 politik, kenegaraan, perkauman, dan seangkatan dengannya, response yg aku dapat maha hebat. Lagi hebat daripada 'kau ni kafir ke apa' punya response.

Bab ni aku malas nak sentuh sangat, pasal pemahaman orang lain-lain. Dorang semua kuat research cari macam2 demi nak pertahankan fahaman masing. Aku ni, nak research apa pun tak tahu pasal dari akar umbinya pun aku dah pening.

Tapi yg aku pelik, assignment yg lecturer bagi tak pulak kau rajin buat research, copy paste gak dari internet. #EH? Haha. Eh tak, ni selingan je okay. No offend. Tapi betul lah kan? hehe


Kesimpulannya kat sini, aku cuma nak clarify something about me that so many people doesn't know. Aku faham aku bukan artis yg update je blog terus 1000 like. No. Aku cuma nak clarify kat readers aku, dan clarify kat DIRI AKU SENDIRI yg aku perlu perbaiki banyak benda. Dan aku nak orang tahu yg aku ni bukannya tinggi ilmu sampai ada yg minta aku syarah macam2 bab agama. Ilmu aku belum sampai tahap selayaknya aku beri syarah pada orang. Aku masih belajar. BAAAANYAAAKKK sangat yg aku kena belajar lagi.

Maaflah kalau ada sahabat2 yg terguris hati pasal post2 aku kat FB TWITTER dan sebagainya. Aku cuma manusia yg zero. Tak ada apa pun pada aku. Dengan iman senipis kulit bawang ni, jangan mengharap apa-apa pada aku. Tapi yg pasti, kalau aku ada ilmu yg aku dapat dari ulama', ustaz2 ustazah2, yg sahabat2 tak tahu, yg bertanya, for sure aku share punya. Sebab seronok, okay. Sangat seronok kongsi ilmu agama, sebab kita kongsi agama yg sama. Agama yg benar di sisi Allah.

But then, if there are mistakes or misunderstands that you see in me, in my posts, in my opinions, please, correct me if I'm wrong. Because I'm still learning. And learning process involves a lot of mistakes.


Akhir kata, salam tarbiyah sahabat sekalian. Moga iman tetap teguh, hati tetap tenang.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...