Instagram

Thursday, May 30, 2013

Tarbiyah untuk Para Diri yg digelar Du'at.

"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan."

Hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly. -Imam Maturidi






Dear Du'at, we've read, listened, watched, experienced a lot. Just so you know SOME of the du'at tend to invite[da'wa] to the people those who WANT to learn. But they don't approach those who are not. I repeat, SOME.

 
Agama bukan teori. Ia praktis. Ia hidup. Ia jalan. Dunia ini RnR, agama itu jalan, akhirat itu destinasi. 

 
Kalau beragama secara teori, maka kau jadi tahfiz teori agama, semata. Tapi beragama secara praktikal, maka kau pemegang agama benar. Bahasa mudah, cakap tak serupa bikin.

Semua orang ada harapan, ada peluang, ada kepercayaan. Beri ruang. Beri peluang. Beri harapan. Da'wah itu bukan pada yg mahu, tapi pada yg menolak juga. Itu sebab perlu da'wah. 

Kita selalu lupa, kita mulakan hidup dalam keadaan tidak tahu. Maka agama datang menyentuh hati, dari cara mana pun. Dan kita masih lagi terlupa, ada antara kita yg mulakan hidup dalam keadaan tidak tahu, dan agama tidak datang menyentuh, faktor luaran. Salah siapa? Salah mereka? 

Tidak. Jadi kenapa menghukum? Skeptikal agama. Salah, hukum. Betul, sanjung. 



*Aku turut aneh dengan sebilangan yg menggelar mereka du'at, ceramah agama jadi halwa telinga, qiyam malam tak pernah lepa, puasa sunat sentiasa, masjid jadi tempat bertapa, tetapi bila didekati dgn golongan jahil hakiki, yg mencari hati, hati Islam, hati suci, mereka menjauhi.

"Dia tu penagih dadah kot, macam2 penyakit ada kat dia tu. Nak dakwah macam mana lagi? Hati tu dah kotor. Pintu taubat pun dah tertutup untuk dia. Orang macam tu, buang masa je nak ditarbiyah. Matinya nanti lebih menguntungkan."
-ini baru jahil hakiki-


Ayuh du'at, kejar redha Allah, tarik tangan orang sebelah, lari menuju Jannah, insyaAllah najah. 

Skeptikal agama, ayuh tarbiyah hati, sebelum menggelar diri, du'at sejati. Ayuh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...