Instagram

Tuesday, September 17, 2013

CERPEN : MIMPI LARI-LARI

           Balik kelas aku macam biasa, meluru ke dapur tengok mak masak apa. Boleh aku tibai nasi sepinggan dua sebelum kelas petang nanti. Bau dari luar dah mengancam yg amat. Cepat2 aku letak helmet atas motor, meluru masuk dapur. Kelihatan dua tiga orang makcik-makcik jiran tengah tolong rewang bahan basah kat dapur kering. Aku tertinjau-tinjau cari batang hidung mak. Mesti mak menyorok kat dapur basah ni. Semerbak bau masak merah ayam bertalu-talu menyerang hidung aku. Perut terus memainkan lagu Afterlife dari A7X. 

"Ma!"
"Allahu Akbar ayam kau terbang!" bukan main comel lagi mak melatah lepas aku sergah dia. Haha. "Kau ni ika nasib baik mak tak senduk perut kau dengan senduk ayam ni. Terhegeh-hegeh." marah mak. Aku tak peduli. Aku kena makan jugak sebelum perut aku memberontak meminta hak beliau.

Aku pergi sinki nak basuh tangan, ternampak beberapa plastik udang sebesar tapak tangan. Gilalah. Ni nak buat kenduri ke cane? Udang sebesar tidak. 

"Ma ni udang ni nak buat kenduri apa pulak ni?"aku jerit kat mak yg mungkin tengah angkat lauk ayam masuk dalam bekas. Agaknya.

"A'ah buat kenduri. Ma tolong masak."ringkas. Malas aku nak tanya. Cepat2 aku melahap makan tengahari.

------------------------------

"So, dia ke yg buat kenduri? Kat mana?" aku tanya pelik dengan muka merah padam dan jantung hampir kena pijak. 
"Ye."Mak jawab. Padu. Malas aku nak tanya dah. Benda baik. Dan benda yg dah dijangka. 



-------------------------------

"Akak kita tumpang bilik jap. Nak pakai tudung."aku jerit pada sorang akak tu. Aku pun tak cam. Pengantin lah kot. Berpurdah bagai.

"Okay masuklah."

          Bilik dia sebesar tidak. Boleh masuk ikut dua pintu. Pintu depan dari dalam rumah. Pintu lagi satu menuju ke bahagian tepi rumah. Awesome melampau. 

           Selesai pakai tudung, aku duduk kejap dalam bilik tu nak hilang penat tolong merewang. Aku pun tak tahu apa fungsi aku dalam persatuan rewang tadi. Tapi penat dia bukan main lagi. Tiba-tiba akak tu masuk bilik, masih dgn baju dia yg cantik tu. "Dorang dah sampai. Nervouslah pulak."kakak tu kata sambil betul2 tudung dia tu. Aku pun tolong betulkan apa-apa yg patut. Dan tak semena-mena aku join kakak tu tunggu dorang.

          Pintu bilik dibuka perlahan. Dua tiga orang anak dara yg muka macam aku kenal serta seorang mak dara dan seorang lagi lelaki. Lelaki yg aku kenal sangat. 



           Selesai urusan pertunangan. Aku lari keluar. Sedih pedih pulak dah. Sampai depan rumah kasut aku kena rembat. Jenis nak bagi aku banjir depan rumah ke cane ni. Terus aku sarungkan crocs purple sapa tah tapi sebab crocs tu cantek gila punya, aku lenjan je, dan lari keluar ke jalan. Lari-lari macam comel je, so aku decide untuk lari. Banjir tak payah cerita, dah nak tsunami ni. 

          Tengah-tengah aku lari ada pulak dua lelaki kt belakang lari sama kejar aku. Tak guna betul. Aku kenal sangat dorang ni. Geng rewang kenduri. 

"Stop chasing me!"aku jerit kat sorang lelaki yg dah berjaya saing-saing aku masa lari. 

"Jangan lari lagilah! Kita naik bas, jom!!"kata lelaki tu sambil tarik baju aku yg vogue tu utk naik bas yg tiba-tiba muncul kat situ. Lelaki lagi sorang tah la hilang mana. 

            Dalam bas, aku diam dan sambung membanjir. Senget betul. Kot ye pun nak ajak naik bas, biarlah bas kosong ada tempat duduk. Ni penuh macam sardin, tak pasal aku kena duduk kat tangga. Syahdu kemain. 

            Dah sampai area rumah aku, aku turun, masih berlari. Tah cemana aku pergi langgar kepala lori ais yg parking tepi jalan tu. Lori tu buat muka relek, yg aku dah terpelantun ke belakang. Darah-darah siap, punya la drama. 

            Lepas tu lelaki pengantin tu datang tanya aku okay ke tak. Tah mana celah dia muncul pun aku tak pasti. Okay kepala bana dia aku dah darah-darah ni nampak macam okay ke? Kau tau tak sebab kau la kepala aku kemek macam ni? Sempat jugak aku menyumpah sedas dua sebelum pengsan dan terjaga.

Tamat.



*cerpen ini adalah sangat raw, sejibik2 diaplikasikan dari mimpi aku tadi. So sesapa yg nak edjas buat movie atau drama petang-petang, hatta nak convert ke dalam bahasa lain; hindustan misalnya, sila contact aku kat fb okayyyyy?*


beberapa fakta cerpen mimpi yg perlu dilamputinggikan [baca: highlights] antaranya:

-rumah tempat kejadian ialah rumah aku, di mana para pengantin tu adalah totally strangers takda kena mengena dengan hidup keluarga aku. Kat situ kita nampak betapa tak logiknya mimpi ni. 

-lori yg aku langgar tu ialah lori ais TiongNam yg secara realitinya memang milik jiran sebelah rumah aku kat Kajang, aku tak tahu macam mana visual lori tu boleh sama sebijik, dan yg paling epic, entah kenapa dia tiba2 muncul masa aku lari.

-bas yg aku naik masa lari tu adalah lebih awesome sebab bas tu ialah bas USIM yg selalu aku kejar2 lepas balik kelas. Yg membuatkan aku rasa amat disaster ialah bas tu tak berhenti pun masa aku naik, bergerak dgn laju, dan dia pun spisis lori TiongNam jugak, jenis yg bela saka, muncul tiba-tiba je. 

-dua lelaki yg kejar aku tu ialah budak rewang [mimpi], realitinya mereka ialah Bront Palarae (lelaki yg tiba2 hilang tu) dan Jehan Miskin (yg tarik aku naik bas). So kita dapat nampak, bahwasanya, dalam mimpi kau boleh jumpa sesiapa je yg kau tak pernah jumpa. *mcm selekeh jugak aku pernah mimpi pergi jimba kat pavilion dgn Adi Putra*

-banjir means crying lol. 

-udang yg sebesar tapak tangan tu sangat nostalgia. Sebab udang yg digunakan dlm visual mimpi aku tadi ialah udang yg sama aku tibai berpinggan2 masa family vacation kat Sabah dua tahun lepas. Dan rasa dia awesome, fresh, lembut, sedap, buat perut realiti aku berdondang lagu Angin Syurga by Misha Omar.

-urusan pertunangan tu paling mengarut level tak boleh terima sebab boleh je kan lelaki sarung cincin kt tangan pompuan kan, padahal tunang. Mengarut ah. Aku bukan nak deny itu adalah pernikahan, cuma visual mimpi aku dah susun itu sebagai tunang. Pahe dok?
-dan lelaki itu ialah farra. haha 

So alkesahnya gitu la cerpen mimpi aku hari ni. Since ni mimpi qailulah, tidoq siang2, jenis mimpi hat syaitonirrojim suka dok kacau, aku layankan je kasik buat cerpen :D 

Mungkin ini salah satu treatment gamaknya. Btw, banjir masih ada. Tak tahu bila hilang. Nak hoiii memang gaya penulisan nampak macam aku ni spisis mentaliti kuat, kena hentak ng helmet masih sempat laser orang lagi. Helyeah betul la sangat -..-

Kita ikut je la apa yg dah disediakan dlm hidup aku. Macam pedih pulak kan nak banjir2 bagai. Annoying gila. Annoying ng diri sendiri, boleh? Ha. 


===di saat aku tak boleh terima drama petang-petang jenis tak boleh hadam, di saat tu jugak aku pergi mimpi benda mengarut yg nampak real dari segi jalan cerita. sangat puii===

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...