Instagram

Wednesday, September 18, 2013

Surat berhabuk utk diri sendiri

Dear the fragile ika,

Aku rasa kau lebih baik relek dan berhenti buat perkara2 annoying seperti membanjir misalnya. Kemon la.

Aku sangat yakin, compared to kau yg asek jiwa kacau 24 hours ni siap membanjir natang hapa lagi, dia relek je. Hidup aman. Seronok. Malah rasanya lebih seronok dari sebelum ni agaknya. Sebab takda kau gamaknya. Terima kenyataan boleh? Jangan bodoh sangat. Dunia ni bukan kau hidup sorang.

Kalau kau rasa down sebab seketul makhluk je, baik berhenti jadi manusia. Baik jadi stationaries. Pensel ke, pemadam ke, pembaris ke. Dorang tu lagi tough. Kena lenyek setiap hari setiap masa but still give benefits to us, the human. Ini tidak. Dah la kena dump, kena tinggal, meroyan, pastu tak contribute apa pun utk ummah, lagi nak mimpi dapat bidadari syurga? Punahkan la harapan tu sekarang jugak kalau kau masih tak nak move on lagi.

Berhentilah jadi hamba cinta makhluk. Buat apa? Apa guna kejar cinta makhluk kalau cinta pada Allah pun belum utuh? Solat dhuha pun malas. Qiyam apatah lagi. Al-Quran tu pun berhabuk tak terusik. Ma'thurat pagi petang laaagi lah. Lepas tu kau nak persoalkan lagi kenapa hidup kau macam ni?

Allah bagi apa yg kita perlu, bukan apa yg kita nak. Sebab keinginan kita tu tak semestinya bagi kebaikan kat kita. In fact, kadang-kadang kita mintak benda yg kita tak perlu pun. Contohnya, kita minta nak semua A dalam subjek, tapi tak semestinya semua A tu boleh bagi kau kerja yg boleh bagi berkat sepanjang hidup. Setakat semua A tu, dengan berkat dan kefahaman sepanjang masa belajar, mana lagi penting utk kita? Mestilah berkat, mestilah kefahaman. Kalau kita jadi hafiz/hafizah kitab Audit misalnya, tak kemana pun kita kalau kita tak tahu nak apply, belajar semata utk exam. Bukan lillahi taala. Mana nak berpanjangan keberkatan menimba ilmu Allah tu?

Cemtu jugak dgn hubungan dgn manusia. Kau takkan pernah boleh impress manusia sampai dorang puas. Takde maknanya. So takyah buang masa lah. Move on, berhenti meroyan utk manusia yg takleh nak cherish kewujudan kau, kasih sayang kau, dan fokus on your own life. Buang semua.

Keluar dr fasa meroyan kau dan jadi diri sendiri. Cari manusia yg boleh terima kau as kau, bukan as a perfect human being kat mata dorang. Yakin dgn Allah.

-----

This has been so long in my draft, my personal motivator which is no other than myself. Sejak farra kawen aku mcm mati laki sbb aku lost, for these years aku tak nampak lelaki lain selain farra n now that he's married, nak dekat setahun dah kut, aku berkecai.

Kecewa like hell jgn cakap la. Sampai tahap aku jadi jijik dgn doctor. See? Aku mmg exaggerate sikit. Haha. But time heals, you know. The powerful thing is kau kena kuat n completely buang semuanya.

Now I'm good. Never better. And I learned a lot. My powerful guru is 'my-fragile-broken-self'. Aku hancur berkecai dan aku kutip sendiri pieces of me, built up myself again and here I am. And honestly, I don't even remember how farra looks like anymore. I moved on, it takes awhile but who cares? Kau je yg boleh pulihkan diri sendiri. Bukan org lain.

You yourself.

Sincerely,
The bright side of ika.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...