Instagram

Monday, September 9, 2013

Kesah Chenta Mayaaa

"Aku tak faham apa hal lah perempuan ni payah nauuu nak move-on. Daaahh buat puisi tiga suku nak menunggu sampai habis waktu umur nyawa segala bagai. Mengarut. Move-on lah layyydiieessss sekaliannn. Hidup korang nak disisakan untuk menunggu je ke?"

***Ini persepsi aku terhadap perempuan-perempuan bekas kecundang cinta satu sisi [one-sided love] yang meroyan berbulan bertahun menunggu respon dari crush mereka. dem tak dem, kena batang tengkuk aku sendiri. Padan muka. What goes around, comes around. And it comes, right now. Betul terpacak atas kepala aku. Nice.


Aku tak nampak beza kesah chenta orang lain. 
You've got crush since first time you met. 
Ini kesah chenta cliche. 
Biasanya if jodoh panjang berakhir dengan kahwin. Opkos kapel dulu dua tiga empat tahun.

Tapi masalah problemnya kesah chenta aku ni mayaaaaaa sangat. 
Serupa fall in love dengan retis2. 
Serupa jadi kipas susah mati retis2 jambu dari korea selatan.


Aku pernah ditanya beberapa tahun dulu, to be exact, sekitar umur aku 15 tahun. Baru-baru nak kenal donia mayaa ni. Ditanyanya aku dengan soalan setaraf untuk akak2 lepasan SPM.

"Apa pendapat kau tentang virtual relationship?"

Tak galak pulak aku nak selak kamus oxford dwibahasa selai selai nak carik virtual tu natang gapo. 

Jadi minda kanak2 aku masa tu berpendapat, virtual relationship adalah hubungan yg takkan ke mana. Gitu. Nama pun maya. Tah ye ke idak wujud orang yg kau chenta tu tak tahulah. Tah ye ke idak orang tu memang orang yg kau chenta di luar maya. Tah ye ke idak dalam maya umur nye sebaya kau, tengok ke luar rupanya duda anak lima cucu sorang. 





Berbeda dengan pemikiran pramatang aku sekarang, aku rasa virtual relationship just another crap yang menyerang aku macam C4 yg ditujah tepat2 kat hati dan akal warasku. dem.


Sama ada ia akan berakhir dengan happy ending macam citer Barbie Mariposa tu yang live happily ever after tu....

ATAU

ia akan berakhir dengan disaster di mana eventually kau punya crush akan menikahi crush mereka yg berjaya mereka curi hatinya...dan kau masih berdiri serupa tiang elektrik, senyap, sunyi, sepi, tak boleh nak move on, dan akhirnya berendam air mata berbulan bertahun....

ATAU

kau yg akan dinikahi oleh secret admirer kau sejak tadika then you left your virtual crush senyap2 since dia pun senyap2 je kan..


Mana nak tau.. Kan what goes around comes around. 
Tak semestinya kalau kau yg crush ngan orang tu, kau yg kena give in semua benda kan?
Tak semestinya kau akan tunggu kucing sebelah rumah berjanggut baru dapat respon dari dia kan?
Tak semestinya kau yg akan merana rabak mata hati tengok dia happily ever after dgn orang lain kan?
Tak semestinya jugak kau yg kena tanggung rabak jiwa bertahun kan? 

Ada kemungkinan kan yg kau adalah org yg akan lari jauh dari virtual crush kau tu lepas give in apa semua kan? 
Ada kemungkinan yg kau akan penat lelah tunggu respon dia dan eventually hati kau mula terpaling, kan? 
Ada kemungkinan kan by the time virtual crush kau tu on their way nak bagi respon dan tiba2 masa tu lah another secret admirer kau datang ketuk pintu hati kau bagi salam berupa bait chenta ala-ala hendustan kan? 
Ada kemungkinan jugak kan yg rabak jiwa kau tanggung bertahun tu akan fade away by times kau punya secret admirer starts filling your heart with dia punya lovely action and passion kan? 



Allah punya kuasa membolak-balikkan hati. Kesah hati ni Allah pegang, beb. Bukan kau, atau sesiapa saja. By the time kau dah tak mampu jaga hati sendiri, jom balik pada Pemegang Hati. 



Eceyyy cakap serupa makan popcorn kan? pop pop keluar dari mulut. Petah bicara. Serupa dokter chenta. Padahal hati yg menanggung yg merasa. Berendam air mata. Kalah habis badak berendam lumpur. 


Semoga Allah masih pegang hati aku. Semoga Allah lindungi aku dari hawa', tutupi aku dgn haya'.
Kesah chenta kesah rindu ni kalau buat novel sampai muka surat setinggi KLCC pun tak habis. Punah segala azam nak menghilang, puiii sangat tau. 






***fefeeling sedih pedih sebab semua kemungkinan di atas tak ada satu pun yg kena kat aku. elok je semua ibarat impian menggapai bintang di langit.duhaiduhai.***



Ktanxbai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...