Instagram

Tuesday, November 12, 2013

Chenta Alaska

Dingin menggigit hingga ke tulang belulang
Sejuk menghimpit tubuh menggigil
Tapi dingin serupa itu
Belum tentu mematikan hati

Dingin chenta serupa boneka
Dibelek kerana chantek
Dipuja kerana rupa
Disanjung kerana agung
Dichenta kerana lawa

Bayu Alaska bawa pergi masa dan rasa
Kau. Si boneka chantek.
Sekarang kau terbalik
Dibiar tanpa jaga
Dihina dan merana
Dibuang dan terabai

Punah. Segala yg kau rasa.
Suka. Chenta. Sayang.
Punah segala.

Yang tinggal utk kau, Boneka,
Cuma satu rasa.
Chenta Alaska.

Chenta yg dingin
Terbeku di hati
Terperangkap dalam benci

Rindu? Kaseh? Sayang? Chenta?
Persetan. Aku cuma boneka.
Tempat kau singgah lepas lelah.
Tempat kau tumpang kesah chenta.
Tempat kau bawa susah resah.
Tempat kau buang keluh kesah.
Tempat kau tinggalkan chenta yg punah.

Dan kau angkat kaki pergi
Bawa semua rasa chenta
Bawa semua mimpi indah
Bawa semua harapan 

Kenapa?
Kenapa kau tak bawa segala kenangan
Yg kau tinggalkan di tempat persinggahan?
Nyah kau. Bawa pergi kesah chenta kau.
Berambus dr Chenta Alaska,

Kesah chenta yg aku simpan.
Beku jauh dalam hati.
Sebab kau, datang bawa bayu Alaska
Lalu pergi dan biar aku beku
dalam Alaska jahanam yg kau tinggalkan.




*kebetulan scroll image kat google utk edit gambaq, nampak gunung hape tah kat alaska nu. Indah kemain, dan aku pun jatuh chenta dgn alaska. Jadi puisi-tengah-jalan ni pun terbina, di pertengahan aktiviti aku meng'scroll' gambaq2 kat google image. 

No offend. Puisi ni memang nampak macam suka2, takda point en. Tapi tegha nak siapkan puisi-tengah-jalan ni habis segala huruf kat keyboard ni tenggelam pasal membuang sedikit amarah hahahha. Dan ya, puisi ini penuh makna. I don't give a damn if no one understands this, but I felt the pain, I wiped my own tears, so aku peduli apa kalau korang tak faham. 

Serius tak peduli. Hm.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...