Instagram

Thursday, November 21, 2013

MAAF!!! n THANKS!!! (why is it sooooo hard? -.-)

Susah sangat ke nak ucap terima kasih?
Payah sangat ke nak ucap minta maaf?

Gamaknya bela lombong emas dalam mulut tu?

Hm. Eh tak tak aku tak marah sesapa. Cuma kecewa sikit haha.

That moment bila kau tolong someone yg dalam kesusahan, end up kau kena marah,"Aku okay je! Yg kau nak sibuk jaga tepi kain orang pasaipa?", maka pada waktu itu, disebabkan aku manusia yg hina, maka aku rasa tahap keikhlasan aku yg infiniti pada awal2 tadi tu, telah merudum jatuh ke paras negatif. Seriously, aku bukan jenis berkira. Makan apatah lagi. Sebab aku sendiri tak suka member2 buat perangai berkira dia ng aku.

Tapi, bila sampai satu tahap aku nak tolong pun kau tolak mentah2, tu kira spisis tak sedar diuntung tu. Tak sedar beruntungnya kau hidup dengan orang lain, kot2 kau tercampak kat deserted island, baru kau tau macam mana hidup bermasyarakat. Gitu.

Eh tak, bukan marah. Kecewa je haha.

Disebabkan aku ni manusia hina yg tak baik mana yg sedang kejar cita2 jannah dan redha Allah, aku nak nasihat diri aku sendiri sebanyak 18 kali dan utk mengkorang-mengkorang juga. TERIMA KASIH tu simple je. Kita manusia yg ego infiniti dgn bongkak takbur serupa syaiton ni je yg rasa TERIMA KASIH tu berat.

Contoh paling comel lah aku bagi, bila korang beli makanan, or groceries lah, kat kedai-kedai runcit tu, instead of wanting to listen the seller's 'thank you', why not kau TERIMA KASIH kat dia dulu? Jangan ada sifat 'Hoi pasaipa aku plak kena terima kasih, aku bagi untung kedai dia hang tau dak, pasai tu aku beli macam2. Dia yg patut sembah lutut aku ucap terima kasih.' Jenis ni, kita wajar bagi kasut saiz 9 setengah kat dia. Jenis selfish, hidup sorang2 bawah tempurung mewah.

Nak lagi contoh? Sebagai student yg leluhur macam aku ni, biasa aku balik lari2 kejar bas dari kampus ke rumah sewa. Each time naik bas memang dah terbiasa TERIMA KASIH PAKCIK kat pakcik bas tu. Tak, aku bukan gebang diri sendiri. Cuma nak cakap, senang je TERIMA KASIH tu sebenarnya. Sampai satu masa, yg bawak bas pada waktu itu ialah ABANG, muda nya tak sampai tahap pakcik2. Jadi, bila aku TERIMA KASIH PAKCIK kat dia, muka dia merah serta merta dan ketawa kecil. Jauh di sudut hati, aku faham dia kecewa ahah.



Bab MINTA MAAF ni plak. Okay, mungkin agak berat bagi seseorang. Ni aku nak story, dulu masa sekolah menengah, aku ada sorang kawan ni jenis yg berbakti pada semua living things n non-living things. Dia punya tahap berbakti tu sampai, kalau terpijak rumput kat kawasan sekolah, dia akan bergegas keluar dari kawasan rumput tu dan cakap,'Ala, rumput, sorry ye awak, saya dah terpijak awak. Maaf ye, rumput. Maaf.' Nampak? Hebat!

Pernah sekali buku nota dia tertinggal gamaknya kat sekolah, kebetulan dia naik satu kereta ng aku nak balik rumah. Sepanjang jalan duk berzikir,'Maaf buku, saya tertinggal awak. Nanti esok saya datang awal2 pagi cari awak ye. Maaf ye buku. Maaf3.' Mula2 memang rasa nak gelak sambil dalam kepala otak dok cemuh 'apa mereng nauu minah ni' tapi lama2 aku kagum ng dia. In fact, sampai sekarang, tabiat dia tak berubah. Saiz dia je berubah. Dulu besar berkilo dari aku, sekarang slim melim cantik pulak tu.


See? Ada okayyy orang yg leluhur macam tu. Comel kot. Korang tak rasa comel ke kalau mak korang masak lauk feveret korang pastu hidang kat meja makan pastu korang TERIMA KASIH MA kat mak korang? Hoi comel gila. Kalau aku jumpa jenis lelaki yg berbudi berbakti serupa itu kat mak dia, mohon masuk meminang aku sekarang. Pasaipa? Pasai anak lelaki yg berbakti pada ibu itulah calon suami terbaik, okay?


Ha tu je lah nak cakap. Akhir kata, mohon ringan2kan mulut berTERIMA KASIH, bukan pada manusia je, pada Pencipta paling utama. Dan ringan2kan juga meMINTA MAAF kalau ada salah2 yg tak sengaja atau sengaja. Bukannya payah pun, kita je yg jadikan benda tu payah.


Maaf ye mengkorang-mengkorang sekalian, kalau ada yg terguris, sungguh coretan ini cuma utk menyedarkan diri sendiri jugak. Siapa yg terasa, elok juga. Muhasabah sesama kita yukk.


ktanxbai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...