Instagram

Thursday, January 9, 2014

Pasgha Menyeghah Sebelum Waktunya

Memang kita kena redha dengan segala yg Allah dah susunkan untuk kita. Itu akan melapangkan dada dan mententeramkan fikiran.

TAPI. Kalau usaha takda, duduk tercongok mendongak langit tunggu rezeki datang bergolek, lepas tu nak redha dengan ketentuan Allah, redha jadi miskin, redha jadi sakit, redha kena bash, redha kena pijak, redha kena kutuk, redha kena fitnah, NO. Itu bukan redha lagi dah. Tu lemah.

Muslim dan Mukmin bukan orang2 yg lemah. Redha muslim dan mukmin selepas habis peluh penat lelah berusaha dan berdoa. Bukan duduk dalam penghawa dingin tunggu duit masuk, tunggu ubat masuk, tunggu segala nikmat tanpa gerak kerja, tanpa usaha.

Nabi SAW sedari kecik pun dah bekerja membanting tulang mengembala kambing.

Dan kau masih nak duduk termenung di tangga batu berpelikat berbaju pagoda berkopiah putih kaki berlunjur mendongak langit dan berkata "Aku redha aku miskin." ?

Sampai bila? Allah beri kesihatan untuk kerja cari rezeki. Sampai bila mahu jadi tangan yg di bawah? Menagih simpati orang, mengharap belas ihsan orang, mengharap bantuan orang? Sampai bila?

Tak mahukah kau menjadi tangan yg di atas, tangan yg menghulur kasih, tangan yg menyumbang tenaga, tangan yg memberi ihsan kepada orang lain pula? Tak mahu? Bila nak maju?
Al-yad al-'ulya kheir min al-yad as-sufla

Bukak luas2 minda dan hati. Kenapa Allah beri kau sakit? Sebab Allah nak uji sekuat mana kau mampu bertahan, sebab akan ada ganjaran. Kenapa Allah bagi kau susah? Sebab Allah nak tengok effort kau cari kekayaan dunia di samping ilmu ukhrawi supaya kau senang di sana nanti. Setiap yg Allah uji itu tanda Allah sayang, dan itu nikmat untuk kita. Kenapa masih nak maju KE BELAKANG apabila banyak peluang di hadapan?






*dengar apa kata Dr. MAZA tentang 'doa boleh mengubah takdir' *

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...