Instagram

Saturday, February 15, 2014

Pilih.

Datang. Pergi.
Muncul. Hilang.
Bingit. Sepi.

Hidup macam permainan.
Jalan kelam, ramai.
Jalan terang, sepi.



Dan jalan yg satu itu,
Sederhana.
Hamba yg mencari.
Menongkat dalam kelam.
Melihat dalam gelap.
Buta mata tapi tidak hati.
Bila masih ingin mencari.

Kau
Yang mana?
Bingit riang dalam kelam,
Jerih perit tangis dalam terang,
atau,
Si buta bertongkat, dituntun rasa ingin mencari?

Kelam, dan kau tenggelam
Kau buta mata dan hati
Kau hilang dalam noda sendiri

Terang, dan kau mengerang
Kerana sakit melihat dosa semalam
Kau celik mata dan hati
Kau temui apa yg kau cari

Si buta,
Apa kau akan terus buta
Tanpa cahaya?
Dalam pencarian kau,
Allah selalu ada.
Allah beri cahaya.
Dan yakin, syurga menunggu kau di sana.

Kejar redha Allah, pahala kau dapat, syurga kau punya.
Kejar nikmat dunia, dosa merata, ditunggu neraka.

Pilih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...