Instagram

Wednesday, June 3, 2015

Belajar.

Living a life means learning. Kau akan berhenti belajar bila kau berhenti bernafas. Dan akan bermula ujian kau di alam lain.

Every single thing yg jadi dalam hidup kau adalah pelajaran.

Bila kau jatuh, kau belajar utk bangun.
Bila kau sakit, kau belajar utk amalkan gaya hidup sihat.
Bila kau sedih, kau belajar utk gembirakan org.
Bila kau sunyi, kau belajar utk menghargai.
Bila kau lapar, kau belajar utk cari makan.
Bila kau marah, kau belajar utk sabar.

Never give up and be strong. Semua yg berlaku dlm hidup kau adalah proses pembelajaran. Kita belajar benda baru setiap hari. Tak mudah nak hidup. Tapi Allah ajar dah. Kita belajar utk survive.

Jangan pernah rasa down, putus asa, kecewa dgn diri sendiri. Sebab ada org lain yg masih boleh bahagia walaupun serba kurang. Allah bagi kita umur setiap hari, kita survive, bangun setiap pagi, Allah bagi peluang utk kita belajar lg. Jangan sia-siakan peluang yg Allah bagi ni. Jangan merenung nasib sampai hilang pedoman.

Bersyukurlah, apa pun ujian yg datang. Sayangnya Allah kat kita, bila kita kadang² lupa kat Dia pun, dia masih bagi kita bernafas. Bersyukurlah dalam sekecil² perkara sekalipun.

Semoga redha Allah sentiasa bersama kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...