Instagram

Sunday, April 9, 2017

24y10m

Aku terlajak terbuka bila dah rapat dengan seseorang. Aku letak 99% kepercayaan yang hang takkan betray aku, takkan burukkan aku, akan jaga rahsia aku, akan cherish kewujudan aku kat dunia ni dan akan terus tolong aku.

That’s how I treat people I’m comfortable to be with.
And that’s why I often being betrayed.

Sad. But it’s life. Bukan semua orang boleh value kau macam mana depa value diri depa sendiri. Too few dan yang ada pun kadang-kadang takkan ada untuk kau selamanya.

well, inside me now is still this little kid


Aku adalah salah seorang yang selalu failed bab first impression. First impression orang kat aku, dan aku punya first impression terhadap orang. Imagine in a year, dua kali aku kena game. First, pasal hutang. Bab tu settle la tapi still, aku kecewa sebab macam mana aku layan dai macam hakak sendiri, menangis sama-sama bila dia call cerita problem and everything, ended up berkecai punah segala.

The problem is, otak aku seolah tak diprogramkan untuk detect makhluk-makhluk sampah yang nak ambil kesempatan kat aku. Senang sembang aku ni jenis leluhur positive percaya je kat orang slow blur bendul la semua ada. Tapi once aku dah kena betray kaw kaw punya, terus la aku su’uzzhon ngan semua orang. Kucing mengiau sebelah pun aku rasa insecure dia ni nak bunuh aku ke.

But still, I keep repeating the same mistake all over again. I put trust on random people, and get betrayed. I adore the physical appearance, and then they left, leaving me in painful scars all over my inner soul.

Lalu datang seketul sahabat, “Beb, keep your positive vibes, never give up. Bukan semua orang boleh husnuzzhon ngan strangers macam kau. Bukan semua orang berani nak open to new people. Kau ada benda tu, use it for good. Kau kena betray, relek je. Depa manusia. Kau pon manusia. Mungkin kau pun ada betray orang lain that’s why kau kena betray, tanpa kau sedar. Sebab kau sejenis lembab, kau tak tahu pun kau tengah ignore orang lain, sakitkan hati orang lain. So just be yourself and treat others the way you think you should be treated. Kau complicated, sebab kau yg buat diri kau complicated. Sebenaqnya kau ni simple je. So relek dan teruskan sebarkan kebaikan.”

Phooshhhh. Dia serupa katana yg merodok straight to the heart beb tapi tulah kalau hang duk berlagak macam hang sorang ja hidup dalam dunia ni memang hang akan sesat sehingga kiamat. Memang patut ada katana sebilah dua mai rodok hati hang yg gelap hitam tu kasi cerah sikit. Berbekalkan katana ni aku terima yg aku sebenaqnya banyak gila kekurangan sedar ka tak sedar ka aku memang kekurangan. Sebab manusia. Manusia memang ahsani taqwim tapi manusia tetap banyak flaws ciptaan diri sendiri yg tak sedar Pencipta kat Sana duk tengok ja, tak sedar yg malaikat duk catit amalan kiri kanan depan belakang. Manusia. Lughahnya memang lupa.


Semoga Allah rahmati aku dan kalian dengan kerahmatan yang berpanjangan.


1538
090417

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...