Instagram

Sunday, May 21, 2017

X

The world gets so scary nowadays.
A person you think you know, becomes a person you knew.
No one knows who's changing.

Bilamana aku percayakan seseorang, dan dia memang sememangnya sangat boleh dipercayai, tempat rujukan masalah, tempat cerita masalah, tempat lepaskan marah, dan dia berbesar hati (aku rasalah) untuk tolong (walaupun sekadar baca) dan respon dan nasihat.
Dan tiba-tiba berubah jadi seseorang yg lain. Selama berbelas tahun, hari ni baru aku tahu yg dia serabut dgn kisah aku, masalah aku, marah aku. Lain nau dgn respon dia selama ni. Serba salah aye dibuatnya.



Ya, aku harap hg baca ni, maaf sebab menyusahkan. Aku bersumpah hg takkan serabut lagi dgn aku. Itu janji aku. Selamat hidup dgn tenang dan aman.

Sunday, April 9, 2017

24y10m

Aku terlajak terbuka bila dah rapat dengan seseorang. Aku letak 99% kepercayaan yang hang takkan betray aku, takkan burukkan aku, akan jaga rahsia aku, akan cherish kewujudan aku kat dunia ni dan akan terus tolong aku.

That’s how I treat people I’m comfortable to be with.
And that’s why I often being betrayed.

Sad. But it’s life. Bukan semua orang boleh value kau macam mana depa value diri depa sendiri. Too few dan yang ada pun kadang-kadang takkan ada untuk kau selamanya.

well, inside me now is still this little kid


Aku adalah salah seorang yang selalu failed bab first impression. First impression orang kat aku, dan aku punya first impression terhadap orang. Imagine in a year, dua kali aku kena game. First, pasal hutang. Bab tu settle la tapi still, aku kecewa sebab macam mana aku layan dai macam hakak sendiri, menangis sama-sama bila dia call cerita problem and everything, ended up berkecai punah segala.

The problem is, otak aku seolah tak diprogramkan untuk detect makhluk-makhluk sampah yang nak ambil kesempatan kat aku. Senang sembang aku ni jenis leluhur positive percaya je kat orang slow blur bendul la semua ada. Tapi once aku dah kena betray kaw kaw punya, terus la aku su’uzzhon ngan semua orang. Kucing mengiau sebelah pun aku rasa insecure dia ni nak bunuh aku ke.

But still, I keep repeating the same mistake all over again. I put trust on random people, and get betrayed. I adore the physical appearance, and then they left, leaving me in painful scars all over my inner soul.

Lalu datang seketul sahabat, “Beb, keep your positive vibes, never give up. Bukan semua orang boleh husnuzzhon ngan strangers macam kau. Bukan semua orang berani nak open to new people. Kau ada benda tu, use it for good. Kau kena betray, relek je. Depa manusia. Kau pon manusia. Mungkin kau pun ada betray orang lain that’s why kau kena betray, tanpa kau sedar. Sebab kau sejenis lembab, kau tak tahu pun kau tengah ignore orang lain, sakitkan hati orang lain. So just be yourself and treat others the way you think you should be treated. Kau complicated, sebab kau yg buat diri kau complicated. Sebenaqnya kau ni simple je. So relek dan teruskan sebarkan kebaikan.”

Phooshhhh. Dia serupa katana yg merodok straight to the heart beb tapi tulah kalau hang duk berlagak macam hang sorang ja hidup dalam dunia ni memang hang akan sesat sehingga kiamat. Memang patut ada katana sebilah dua mai rodok hati hang yg gelap hitam tu kasi cerah sikit. Berbekalkan katana ni aku terima yg aku sebenaqnya banyak gila kekurangan sedar ka tak sedar ka aku memang kekurangan. Sebab manusia. Manusia memang ahsani taqwim tapi manusia tetap banyak flaws ciptaan diri sendiri yg tak sedar Pencipta kat Sana duk tengok ja, tak sedar yg malaikat duk catit amalan kiri kanan depan belakang. Manusia. Lughahnya memang lupa.


Semoga Allah rahmati aku dan kalian dengan kerahmatan yang berpanjangan.


1538
090417

Friday, February 24, 2017

Day 4 - mof

Ayah, hari ni ika ng adik pi ofis ayah. Depa buat tahlil utk ayah. Baik je semua kawan² ayah. Depa pakat cerita pasal ayah sepanjang kerja. Personally depa terasa sangat ayah takda. Kalau dak, pagi² lagi ayah la laughing pill depa. Ayah memang suka bergurau suka menyakat kan.
Murah rezeki ayah, sumbangan orang² semua banyak. InshaAllah tahun ni jugak kitorang buat upah haji umrah utk ayah. Ayah nak pergi umrah, menangis ayah masa cik rahim datang bgtau kata dia nak pi umrah. Ayah kata takut tak sempat.

Ofismet ayah cerita, depa bincang nak buat majlis perpisahan utk persaraan ayah nanti, depa cadang nak buat bulan 3. Tapi ayah takmau.."buat apa buat bulan 3, abg man takda dah masa tu." Depa ingat ayah nak habiskan cuti..rupanya memang ayah dah takda.

Ayah, depa semua besaq hati ayah spend banyak masa dgn depa sebelum ayah pergi. Depa kata sebelum ni ayah biasa² ja, selalu lepak dgn geng² kopi, tp sebelum ayah pergi, setiap hari ayah lepak ng depa. Bersembang, bergurau, nasihat macam².

Ika dah amek barang² ayah tadi. Sekotak ja yg tinggal. Yg lain ayah dah kemas habis. Cubic ayah ada bau ayah lagi. Sayang rasa nak tinggalkan.

Ayah..petang ni kawan² ma, anak murid ma, semua mai buat baca yasin dan tahlil utk ayah. Ayah rehat kat sana senang² ya. Nanti ika pi tengok ayah. Kemas² rumah ayah. Ika rindu ayah.

Tuesday, February 21, 2017

Day 1 - Wallahi it's hard

Subuh semalam ayah boleh selfie nak hantaq ke group family, nak bgtau yg dia dah sihat. Tp tak kesampaian sbb takda internet.
Allah Maha Perancang Terbaik, Allah uji, kemudian Dia bagi nikmat pada kami anak2 ayah, pada ma, dapat borak dgn ayah, cium ayah, jaga ayah, bergurau dgn ayah, aku sendiri dgn dua tangan ni, suap ayah makan, lap badan ayah. Allah bg peluang kami berbakti pd ayah di sisa terakhir hayat ayah.

Susahnyaaaaa tanpa ayah. Perasaan pelik aneh sedih semua ada. Cucu2 ayah duk tanya, tokwan mana? Bila tokwan balik? Kenapa tokwan tidur dalam tanah? Kenapa tak suruh uncle (pemandu van jenazah) bawak tokwan balik rumah? Bertubi² soalan anak² manja cikka ni. Offa, 3 tahun, tak faham apa², tp dia duk ingat ja mama dia kata. Fariq tanya tokwan mana? Offa jawab 'tokwan kan dah meninggal, dah jumpa Allah, nanti lama² kita pulak jumpa tokwan. Tokwan kan tunggu offa kt sana.
Allahu...anak...

Ayah sejenis talkative kuat sakat kuat sembang kuat gelak semua kuat. Sampai akhir nya pun masih bergurau. Allah sayang ayah. Ayah tenang kat sana.
Ktrg redha. Sedih sangat. Tapi ktrg redha. Selamat tinggal, ayah. Tinggallah ayah kat sana, semoga ayah dilayan selemahlembutnya, setenang taman² syurga.
Sayang ayah.
21feb2017

Wednesday, February 15, 2017

Ayah

Day 1
Sun, 12 Feb
Around 10am ayah mengadu sakit dada, few days back he was having cough, so we thought maybe chest pain because of the cough. Few minutes later, ayah kata it's hard to breath, macam tersekat, sempit. So we drove ayah to gh kajang, straight to emergency. 3 hours later, lepas ayah dah stable, ayah warded ke ward biasa. Supported by neb, ayah nampak okay cuma sometimes batuk dan susah nak catch up breath after.

So we spent the afternoon in the ward. Later, around 6+- pm, ayah was having critically trouble breathing, it was a bit chaos, since masa tu waktu melawat, ramai yg melawat termasuklah ustaz salim. It takes few minutes utk nurse tu datang ke bed ayah. Ya, utk datang ke katil after 2 3 kali panggil. Lepas tu ayah dah almost collapse, luckily ada doktor akhirnya yg mempunyai akai, mai ke katil ayah, lepas tu perambat kami keluaq sbb depa nak buat apa tak tau. Geram. Sbb aku sendiri dah 2 3 kali panggil, nurse tolonglah tengok sat ayah saya, dia makin susah nak bernafas tu. Depa buat dek ja. Kot kena kat mak pak hgpa lagu tu, hgpa boleh sabaq ka?

Thanks to them, malam tu another doctor on duty buat checkup and decide to put on tube and ventilator or something, to support ayah's breathing. Personally, aku terasa amat fragile dan hampir berkecai jiwa tgk seksanya ayah masa depa nak masukkan tube, tp Ma, subhanallah, Allah bg kekuatan yg luar biasa sangat², ma tenang sangat², kami dah berendam ayaq mata.

Day 2
Mon, 13 Feb
So, malam ma n angah rolling jaga ayah, so the morning it's my turn. Tp Ma mcm biasa, tak boleh tinggal laki dia, jd ma n aku berdua jaga ayah. Dan kami sejenis yg "there are rules to be break" punya orang maka 2 3 kali guard perambat sorang suh turun sebab 1 patient 1 waris shj, kami pedulik apa. So menjelang waktu melawat, ayah still belum sedar, ramai yg melawat, officemates, suraumates, few schoolmates pun ada.

The night aku n angah pula take turn utk jaga ayah memandangkan "the rules cannot be break" sbb guard on duty sangat la cengey nak mampuih, dia perambat aku siap tunggu tepi katil nak suh aku blah. So aku hantaq ma balik rehat, aku mai ganti ng angah.
Allah nak uji lagi kekuatan mental hambaNya yg fragile ni, ayah bergerak² dgn muka berkerut, 'ayah nak kencing ka? Ayah kencing ja. Takpa depa pasang tube bg ayah senang kencing.' Lepas tu ayah tenang n tertidur balik. Shazrul mai, ayah terjaga balik, muka sakit balik, sambil cuba nak meronta. Ingat ka ayah panas, pi la kipas, minta shazrul kipas kan. Aku lap badan ayah dgn towel basah sbb ayah dah start demam.
Lepas tu ayah keep on meronta dan macam biasa dgn bitchy nya, nurse sekali lagi buat bodo. Then ayah pegang bawah perut belah kiri dia buat muka sakit, aku tanya ayah sakit ka? Angguk. Nak kencing ka? Geleng. Tak boleh kencing ka? Geleng. So aku panggil nurse, bgtau kat dia, ayah sy sakit tak boleh kencing. Bitchy nya wajah nurse itu dia ignore aku dan blah pi katil patient lain. Okay aku sabaq, tak boleh riot sebab depa yg jaga ayah, depa yg tahu nak buat apa. So sabaq. Ayah masih lagi tak selesa, meronta, sampai angah naik. Aku dah ketaq 1 badan. Rapuh nak mampuih sampai angah suh panggil doctor aku kaku takleh gerak. Nasib baik ada syazrul tolong panggil2 doc. So thanks to those bitches yg ignore aku ng angah, it turned out that tube kencing ayah tu rupanya tersumbat, sejak 8pm, ayah duk sakit, depa ignore kami, dan thanks to them, also, demam ayah makin teruk, dan bp ayah drop. It was such a long night dgn nurse yg idk how to describe dan doc yg keep on saying "patient mmg rasa sakit sbb mereka restless, sebab tu i tak bagi ramai2 jaga sini nanti ganggu patient". This doctor la yg insist on "nothing serious" dan dia boleh tak perasan tube ayah tersumbat. Lepas depa tukaq tube, ayah lena sampai ke pagi.

So that night aku jatuh lagi, jiwa berkecai lagi, hati berderai lagi, lemah segala, tengok ayah, tengok mereka yg 'jaga' ayah. Lemah. Aku keluar 1am around sejam, drive 1 kajang, non stop, sampai tenang, patah balik ke hospital.

4am. Aku naik ganti ng angah. Aku naik tu depa baru nak salin ayah, nak tukaq cadar etc. Masa ni nurse yg sama, yg bitchy, depan mata aku ni, buat hal. Dia kasaq nak mampuih, sampai ayah terjaga, bila ayah terjaga, rasa tak selesa, ayah nak meronta la. Dia boleh letak tangan ayah kt perut, dia tampaq 2x. Depan aku. Kuangjaq tak kuangjaq. Aku sabaq, ingat ka dia nak drip ka nak cari urat ka. Lepas tu ayah angkat pulak tangan, dia campak/tolak tangan ayah dgn muka bengis. Masa tu aku naik hantu dah, ni yg kasaq sgt ni pasaipa? Ni anak dia duk depan hg ni, elok sikit buat keja. Diam mcm apa lg. Settle ja depa salin. Aku duk mengaji sebelah ayah. Aku perasan BP kat machine tu mcm tak hidup, aku tgk lengan ayah, thanks to that bitchy nurse tu yg tolak tangan ayah, tube bp tu tercabut taktau pi mana, dia boleh blah gitu ja tak check elok². Aku tanya dia, ni awat bp dia kosong ni, ni tube apa ni? Awat tak bersambung? Mmg mcm ni ka? Saja aku sarkastik, tau dah. Dia boleh pandang aku, cucuk balik tube tu, muncul ja bacaan bp tu, 'ni ha ada dah'. Oh mcm tu jawapan dia? Careless nak mampuih hgpa niiii!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...